Hi semua. Ni kali ke-2 aku tulis kat sini. Aku nak luahkan sebab aku rasa macam aku perlukan medium untuk aku lepaskan rasa sesak dalam hati.
Aku baru je nak masuk 2 tahun kahwin, belum dikurniakan anak. Aku pernah gugur sebelum ni tapi sampai sekarang belum ada rezeki anak.
Nak dijadikan cerita, aku kerja office hour, cuti Sabtu Ahad, cuti umum (PH) pun cuti, tapi suami aku jenis kerja event. Cuti ikut nasib, kerja pun waktu syif.
Sebelum ni aku PJJ dengan suami aku, sejak bulan 9 tahun lepas baru aku pindah ikut duduk serumah dengan suami.
Suami aku ni kerja dia memang tak menentu, jenis asyik fikir kerja. Kalau nak cakap nafkah batin tu, paling banyak pernah dapat pun 5 kali je sebulan, paling sikit ada 1-2 kali je. Alasan dia, dia penat.
Kadang aku tunggu je dia nak ajak tapi sesudahnya aku je yang gentel-gentel telur dia baru on.
Masa kitorang kat rumah, mostly adalah tengok telefon masing-masing. Dia akan tengok drama dekat phone dia, aku pun main je telefon aku. Kitorang jarang nak borak, jarang nak sweet-sweet.
Entah, dulu awal masa aku duduk dengan dia, aku jadi stres juga, kenapa dia macam tu eh? Pastu pasal rumah kitorang duduk sekarang, aku rasa kadang-kadang aku ni macam bibik.
Rumah aku kemas, akulah masak, akulah basuh baju, lipat baju. Dia tak ada usaha nak tolong langsung. Duduk dalam bilik terbongkang main telefon lepas tu kadang-kadang dia video call kawan-kawan tempat kerja dia, borak pasal kerja event dorang.
Aku tak suka circle kawan dia, even mostly dah kahwin ada anak tapi perangai masing-masing macam budak sekolah.
Aku cuma nak luahkan… aku jangka yang perkahwinan aku best. Ada teman nak borak, ada teman nak ajak jalan-jalan, teman makan. Tapi realitinya, aku kebanyakan masa aku sorang.
Ajak pergi makan luar pun, tengah makan sibuk main phone. Ajak jalan-jalan pun sama. Ajak dating? Jauh sekali.
Bila ajak pergi tempat makan yang aku teringin, dia mesti akan jadi joykiller. “Apa benda tempat ni?” “Makanan tak sedap pun bayar kemain mahal.” Padahal DUIT aku. Aku ajak dia teman je, aku yang bayar.
Dulu aku meroyan juga dia tak ada masa untuk aku. Sekarang lepas dah dekat 9 bulan tinggal serumah, aku tak peduli dah pasal masa dia.
Kadang-kadang aku tak tahu la aku masih ada rasa sayang dekat dia sebagai suami atau apa. Kadang-kadang aku rasa macam kitorang cuma “roommate”, bukan “soulmate”.
Makin lama rasa macam makin hilang spark tu. Aku cuba ajak dia keluar jalan-jalan, pergi dating ke apa. Tapi dia macam acuh tak acuh. Alasan tak ada duit la, apa la.
Aku menyampah kadang-kadang. Aku sampai satu tahap aku nak pergi mana-mana, buat apa, aku dah malas nak ajak dia. Ada suami macam tak ada suami.
Aku balik rumah mak aku pun aku tak kisah langsung kalau dia tak ikut. Sibuk sangat dengan kerja dia, so aku boleh pergi mana-mana aku nak sendiri. Tapi aku still akan minta izin.
Jujur cakap, kalau boleh diputarkan balik masa, aku rasa nak je aku teruskan untuk tak kahwin dengan dia. Sebab dulu mak aku dah nampak aku yang kejar dia, dia rileks je. Tapi aku nafikan benda tu walaupun betul.
Baik aku hidup single daripada kahwin dengan lelaki yang aku sendiri tak pasti, cinta ke dia dekat aku?
– Zehra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dlm r/tangga, komunikasi tu penting.. kalau asyik sibuk je dgn kerja & hp, mse bla nk bercakap, bercerita dan berkomunikasi dgn pasangan awk.. bayangkn klaw perkara yg sama berlaku selama 10 atau 20 thn, sanggup ke awk..? Cuba lah bwak berbincang dgn pasangan secara orang dewasa, tnya dia, apa yg sbenarnya yg dia mahu dlm perkahwinan ini, mcmne nt klaw dah ada ank2, masih nk ‘buat hal sendiri’ jugak ke.. cuba cari apa topik yg dia boleh dibawa bersembang, mngkin bole pupuk komunikasi antara u all.., selain itu slalu brdoa n solat hajat agar suami tu lembut hatinya utk berubah kpd sikap yg lbh baik kpd isteri & anak2nya nt.. insha Allah..
Simple je, u bahagia tak?? X kan..bawa bincang, snraikan apa ko rasa, apa ko nak, ..dan bg tau klu x boleh ubah ..ko nak CERAI..u deserve dpt laki g lbih baik