Apakah erti cinta jika perkataan itu hanya diungkapkan atas dasar nafsu semata-mata. Adakah kita benar-benar memahami dan menghayati ungkapan keramat itu? CINTA, bukan hanya ditujukan pada sepasang kekasih sahaja, namun rasa cinta itu bisa ditujukan pada keluarga, sahabat dan lebih-lebih lagi cinta itu ditujukan khas buat Sang Pencipta Allah Azza wajalla (Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia).
Mungkin kita pernah mendengar ada orang yang mengungkapkan kata-kata ‘cinta’ sebegini. “Saya cintakan awak kerana Allah”. Jika ditanya kembali, adakah orang yang mengungkapkan perkataan cinta itu benar-benar mengerti akan maksud ‘cinta kerana Allah’? Mulut bisa berkata apa sahaja, namun perasaan di hati tiada siapa yang tahu melainkan hanya Dia. Jangan pernah gunakan nama Allah jika kamu tidak benar-benar memahami apa yang sedang kamu bicarakan saat itu. Jika kamu bilang “aku cintakan kamu kerana Allah. Kalau kamu tidak percaya sila belah dadaku, x-ray hatiku”. Kalau wanita yang di luar sana tidak percaya pada kata-kata itu, tanyakan soalan ini kepada sang pengungkap kata-kata keramat itu. “Jika benar cinta kau itu kerana Allah, kau bangun subuh pukul berapa? “Ada tak kau solat subuh berjemaah di masjid”? Cukup sekadar soalan itu yang ditanya. Bukannya suruh belah dada, x-ray hati. Gamaknya mati lah kau. Gila kan ayat-ayat hiperbola cinta manusia ni. Hahaha…I don’t take it serious. Cuma ayat-ayat tu terlampau gila bagi aku. “Lautan api sanggup ku renangi demi cintamu”. Gila betul ayat ni. Minum teh O panas pun kau tiup, ada hati nak renangi lautan api konon. Pinjam kejap ayat Jep masa show sepahtu kat maharaja lawak mega.
Tidak semua orang faham akan maksud disebalik cinta itu. Jika semua orang sudah faham, tak adalah kerap sangat orang bercerai pada setiap minit, jam dan tahun. Statistik menunjukkan 48,077 pasangan Islam bercerai sejak Januari sehingga 10 Julai pada tahun 2016. Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah. Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus). Sumber Utusan Online.
Melihat kepada kes isteri curang tu, aku nak kupas sikit perkongsian yang aku dapat daripada seorang ustaz yang datang bagi talk kat universiti aku. Talk ustaz tu bukan pasal isu rumah tangga atau nikah. Ia lebih kepada tadabbur Al-Qur’an. Macam mana nak kurangkan penceraian pasangan Islam? Jom buka surah An-Nisaa’ 4:34.
Seorang suami jangan terus ceraikan si isteri apabila dapat tahu isteri anda ada berjumpa dengan lelaki lain. Mungkin lelaki tu nak promote MLM kat isteri anda ke, mana lah tahu kan. Cuba bagi peluang dekat isteri untuk terangkan perkara sebenar. Ini tidak, tengok je gambar isteri anda bersama lelaki lain yang tersebar dalam group whatsapp kampung terus anda naik angin lalu memukul isteri anda yang sebenarnya tidak bersalah. Jom ikuti step by step yang Allah dah nyatakan dalam Al-Qur’an. Jadi kes penceraian dapat dikurangkan.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (4:34).
Step pertama, Allah kata jika isteri kamu nusyuz, bagi sikit tazkirah kat depa. “Yang tahu kan keluar rumah tanpa izin abang tu berdosa. Abang sayang sangat kat yang…bla…bla. Tapi kalau depa tazkirah hang balik “Oh, you nak cakap i berdosalah keluar rumah tak bagitahu you, perlu ke i mintak izin you bla..bla..”. Ikut step yang kedua. Pulaukan isterimu dari tempat tidur. “Malam ni abang tidur di luar”. Kata si suami. Selama ni bantal isteri dia tu lengan si suami, agak-agak kalau tidur sorang-sorang dalam bilik rasanya tak boleh tidur kot. Tapi kalau si isteri masih lagi belum insaf, ikut step yang ketiga. Pukul isterimu dengan pukulan yang ringan. Guna dua jari sahaja dan pukul di tempat yang tidak akan menyebabkan dia cacat. Allah tak suruh lempang kan, Allah suruh pukul yang ringan-ringan je. Baik kan Allah. Tapi kalau dalam drama, isteri salah sikit suami terus naik tangan untuk lempang si isteri. In shaa Allah, Kamu berdoalah agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Apa-apa pun siasat dulu, jangan terus lafazkan perkataan cerai. Dah cerai baru menyesal. Lepas cerai baru dapat tahu bekas isteri anda dulu terpaksa dengar promoter MLM ‘berucap’ je masa dia keluar shopping kat Pavillion.
Jika sebelum berkahwin, sang pria bisa mengungkapkan perkataan romantis untuk menunjukkan yang dia itu terlalu menyintai sang wanita. Lalu setelah menikah, mahu sebut sayang kepada si isteri rasa macam “euwww gelinya sayang-sayang bagai, guna I you je lah”. Lalu si isteri pun bertanya kepada si suami, kenapa kita guna I you je, tengok jiran sebelah kita, dia panggil husband dia abang, husband dia panggil dia sayang. Si suami pula menjawab, “Kan kita dah guna abang sayang tu sejak kita bercinta lagi. You dah lupa ke? Sekarang I dah malas nak panggil you sayang”. Jadi bila sudah berkahwin, tidak banyak perkara manis yang boleh dibuat oleh pasangan kerana semuanya sudah dirasa ketika waktu bercinta dahulu. Pegang tangan? Sudah. Peluk-peluk? Sudah. Lagi apa ya? Ehh Okey! cukup-cukup.
Kerana itu, Islam melarang untuk berpacaran sebelum menikah. Kerana ia akan mendekatkan kita kepada zina. (Rujuk surah Al-Israa’: 32) Kamu tidak rasakah bercinta sebelum menikah itu buang masa? Tak boleh pegang tangan, tak boleh peluk, tak boleh manja-manja sangat, tak boleh gedik-gedik depan pasangan. Kalau dah suka mesti ada rasa nak sentuh sikit-sikit kan. Tapi sebab belum kahwin jadi semuanya harus terbatas. Semuanya tak boleh. Habis kalau tak boleh buat semua tu, mesti rasa bosan kan sebab tak best dan tak romantik langsung. Kalau jumpa pun kena duduk jauh-jauh. Nak mulakan perbualan wajib dengan Al-fatihah dan di akhiri dengan tasbih kaffarah (penebus dosa). Ber ‘ana’ ‘enti’ untuk menampakkan cinta itu didasari atas nama islamik. Dalam Islam tidak ada yang namanya pacaran islamik atau couple islamik kecuali setelah menikah. “Kau nak sangat bercinta, nak sangat couple kan. Boleh tak ada masalah. Bawakan calon yang sesuai, nanti ayah hantarkan rombongan meminang. Tapi sebelum kau menikah, kau harus istiqomah solat subuh di masjid selama 40 hari, setelah itu kau boleh menikah. Ada bran?
Sekarang ni kita fikir gatal kita je kan. Ehh…maksud aku gatal untuk menikah muda lah, gatal nak bercouple lah. Itu maksud aku. Tapi sudahkah kita bersedia ke arah perkahwinan yang diredhai oleh Allah. Sudah cukupkah ilmu kita untuk mendirikan rumah tangga? Sudah bersediakah kita dengan ujian dan cabaran yang bakal kita tempuhi semasa melayari bahtera perkahwinan? Sudah tahukah kita yang alam perkahwinan itu tidak semuanya sweet-sweet belaka macam drama pukul 7 kat TV3. Alam rumah tangga tidak sesawit lakonan Zul Ariffin dari episod pertama hingga akhir. Jadi sebelum berkahwin, tuntutlah ilmu rumah tangga untuk menjadi seorang suami dan isteri yang memahami tanggungjawab masing-masing agar rumah tangga yang dibina diberkati oleh Allah.
Oh, kat atas tu aku ada tulis universiti kan. Yup, aku masih lagi seorang pelajar. Tapi tak salahkan aku nak kongsi benda-benda macam ni sebab aku sayang agama aku. Benda baik aku kongsilah. Lagi satu, aku bukan student agama. Course yang aku ambik ni tak bunyi islamik langsung. Bukan student agama je yang boleh cakap pasal dakwah-dakwah ni. As a muslim, kita semua dai’e. Tapi, Jangan jadi penunggang agama sudah. Okeyy chill lah semua. Aku harap kita sama-sama dapat manfaat dari apa yang aku cuba sampaikan. Doakan aku dapat jodoh yang baik-baik. Hehehe…sempat pulak tu.
– Armada Band
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit