Cinta Lama

Assalamualaikum sahabat.. Actually dah lama aku follow page ni, cuma kali ni aku terpanggil nak share story aku.

Kawan aku pernah kenalkan aku dengan seorang wanita, sederhana, sedap mata memandang.

Aku kenal dengan dia tahun 2007 di sebuah universiti awam. Lain kos & dia junior aku. Dia banyak tolong aku dalam setiap subjek walaupon lain kos.

Lepas habis belajar, aku kerja dekat KL, duduk dengan family aku. Senang la nak jumpa dia jugak.

Tak lama lepas tu, bila dia habis belajar dia balik Johor stay dengan family dia & kerja kat sana.

Memang aku berniat nak ikat perhubungan ni, tapi banyak perkara menghalang. Jadi aku ambil keputusan untuk kerja di Johor supaya dekat dengan dia.

Aku, tak pernah sentuh dia. Sebab aku nak jadikan dia yang halal untuk aku.

Tahun 2010, 4 tahun hubungan aku dengan dia & aku dah dapat kerja di Johor, dia duduk di rumah family, aku sewa bilik di sana.

Dari aku naik motor, sampai aku dah beli kereta, & dalam proceed nak beli rumah, dia ade dengan aku.

Aku jumpa family dia. Aku kerja sungguh sungguh untuk segerakan majlis aku nanti. Dia layan aku baik. Aku nampak dia sayang aku sangat.

Tapi Allah nak tunjuk, terkantoi dia ade lelaki lain, budak kerja dia jugak. Padahal aku dekat dengan dia, masa aku banyak terluang dengan dia.

Menggigil badan aku tengok gambar dia dengan lelaki tu shopping same same, pergi melaka sama-sama, gambar dekat-dekat. Rupanya dah setahun dia berhubung dengan lelaki tu.

Ya Allah aku betol betol jatuh. Aku tanya diaa, dia cuma cakap dia tak sedar benda ni terjadi dengan cepat.

Aku sayang dia sangat. Aku setia dengan dia. Hari -hari, aku rindu dia.

Aku ambik keputusan untuk lepaskan dia.

Tahun 2025. Umur aku dah cecah 35, dah 15 tahun perkara ni jadi, tapi aku masih rindu dia. Hati aku masih sayang dia.

Lepas kejadian tu, aku langsung tak nak jumpa dia, & tak ambil tahu tentang dia.

Aku selalu berdoa semoga Allah kuatkan hati aku ni untuk bangun dari segala kesakitan masa lalu. Tolong doakan aku sahabat. Supaya aku terus kuat.

Assalamualaikum..

– Zarr (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Semoga Allah beri kesembuhan dan mengantikan dgn pasangan yg lebih baik utk dunia & akhirat. Heal yourself Zarr. Its time to move on. Take care.

    • Kan..reda je der.bunga tak sekuntum ..kumbang pun bkn seekor….positif je..biar waktu yg merawat luka tu.buang semua apa yg mengingaatkn dia..ada yg lebih baik lg yg menanti.so sabar.yg penting jgn pernsh berhenti berharap

  2. Selalu macam ni, tak lelaki baik jumpa perempuan curang, perempuan baik pulak jumpa lelaki buaya.

    Semoga adik bertemu jodoh dan bahagia dalam masa terdekat. Jangan buang masa dik.

  3. Ko bukan rindu dia, ko rindu kepada memori masa ko menyayangi dan disayangi seseorang. Kalo dia tak kantoi masa tu, dia kantoi lepas dah kahwin bro. Walau macam mana pon tetap akan berpisah sebab dah bukan jodoh. Cari la pengganti dan ko akan mengalami perasaan tu semula. Auto ko dah tak ingat dah perempuan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *