Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confession. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah dari sebarang penyakit yang merbahaya.
Saya berharap jalan cerita saya ini dapat menjadi pengajaran buat semua terutama kepada yang sudah berkahwin.
Cinta antara suami orang dan isteri orang memang benar berlaku. Itulah ujian perasaan buat kami.
Sebelum saya lanjutkan kisah kami, saya perkenalkan diri saya dan dia secara ringkas.
Nama saya hawa, saya berumur awal 30 an, mempunyai suami yang penyayang dan sepasang anak yang sangat comel serta saya seorang al-hafizah.
Dia bernama Adam, berumur pertengahan 30 an, mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak juga merupakan seorang al-hafiz.
Ya, kami berdua bercinta dari sekolah tahfiz yang sama pada suatu ketika dahulu dan terpisah ketika beliau melanjutkan pengajian di Jordan kerana berkahwin. Isterinyalah yang melamarnya disana.
Selepas Adam berkahwin, saya terpaksa move on dan buka hati saya untuk lelaki lain. kami terus tidak berhubung dan totally lost contact selama 8 tahun.
Bermulalah pada awal tahun 2021, Adam menegur saya di facebook, bertanya khabar.
Pada awalnya saya agak pelik dan terkejut dengan kehadiran Adam secara tiba2 tapi saya layankan saja kerana masih menganggap Adam sebagai kawan.
Kami berbual seolah-olah kami baru berkenalan dan saya pada awalnya memanggil Adam sebagai “ustaz” kerana ingin menghormatinya memandangkan beliau mempunyai tahfiz sendiri.
Tetapi Adam berkeras supaya saya hanya memanggilnya paggilan namanya saja seperti kami bercinta dahulu.
Hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, hubungan atas dasar ‘kawan’ ini semakin rapat dan mesra seperti orang bercinta.
Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri begitu juga dengan Adam.
Sehinggakan suami saya tidak pernah sedikit pun menghidu perbuatan saya bermesej mesra dengan lelaki lain.
Tetapi isteri Adam mula syak sesuatu kerana pernah terbaca mesej saya di hp Adam dan selalu melihat Adam bermesej dengan seseorang.
Akhirnya isteri Adam tahu suaminya masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kononnya masih di anggap sebagai kawan.
Adam semakin berhati2. Setiap kali selepas mesej pasti dia akan terus pAdam. Begitu juga jika call, dia akan clearkan setiap apa yang berkaitan dengan saya.
Hubungan kami semakin serius. Sentiasa teringatkan satu sama lain, rindu, sayang, cinta semua muncul kembali. Sentiasa stalk facebook masing2.
Dua hari sekali pasti kami akan berhubung, malah selalu juga kami bermesej setiap hari.
Semakin berani kami bermesej manja atau geli2 sehingga menyentuh hal2 yang sensitif yang menaikkan syahwat.
Jika tidak malu pada diri sendiri, sekurang kurangnya malulah pada Allah. Itulah yang selalu saya fikirkan.
Dosa? Saya sentiasa fikirkan hal itu. Tapi hati saya tidak kuat untuk menolaknya, untuk melupakannya kerana Adam sudah usik hati saya.
Kami pernah berjumpa tetapi hanya berbual kosong tanpa menyentuh hati dan perasaan. Kami juga bercadang untuk melepaskan rindu yang sudah lama tersimpan.
Tapi jauh di sudut hati, saya tidak mahu pertemuan itu terjadi kerana sudah boleh agak apa akibatnya jika kami berjumpa, takut2 terlanjur jika nafsu sudah menguasai. Nauzubillah.
Terlalu banyak zina hati yang kami buat, terlalu banyak maksiat mata, jari, telinga dan mulut yang kami lakukan.
Kami telah berdosa pada pasangan masing2. Lagi2 saya sebagai seorang isteri. Saya sepatutnya menjaga maruah, tetapi saya kalah dengan nafsu.
Tapi sekarang saya betul2 nekad dan sedar, saya perlu terima hakikat yang diaturkan oleh Allah bahawa saya dan Adam tidak mungkin boleh bersama kerana masing2 sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.
Kami mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah.
Saya kuatkan hati untuk block semua yang berkaitan dengan Adam. Saya buang semua barang pemberiannya, gambar2 dan sebagainya.
Saya mengaku memang susah untuk saya melupakannya dan perlukan masa untuk kembali kepada normal.
Saya sangat sayangkan suami saya, anak-anak saya, tapi saya juga sayangkan Adam. Bila saya teringatkan Adam pasti saya menangis. Saya cuba untuk kuat buang perasaan haram ini.
Kenangan Adam terlalu banyak bagi saya. Sepatutnya saya teringatkan Rasulullah yang membuatkan saya menangis. Hinanya rasa saya ni.
Saya mohon pembaca yang membaca cerita saya ini, tolong doakan saya kuat dan terus dapat move on dari Adam. Doakan saya supaya dapat lupakan dan buang perasaan ini.
Yamhullahu maa yasyaa’..
Sekian dari insan hina.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit