Cinta Lama Yang Nak Dilupakan

Aku Mawar. Dah berkahwin selama 8 tahun. Aku ada masalah sejak aku berkahwin sehingga sekarang aku akan mimpikan dia. Tak kerap. Tapi akan mimpi.

Sehari dah cukup bizi dengan urusan hidup tak lah sempat nak teringatkan ex. Pelik dah 8 tahun kahwin. Tapi bila malam kenapa mimpikan dia.. Even tak kerap tapi menjerut perasaan.. Aku tak nak ingat memori lama.

Ex sudah berkahwin dulu before aku. Masing2 dah ada life sendiri. Kadang aku rasa tak puas hati kenapa masuk mimpi aku! Kenapa aku yang kena ingatkan semua tentang dulu.

Makin kerap mimpi kalau aku jauh hati dengan suami.. Aku terseksa dengan memori lama. Aku tak nak ingat.

Kenapa break up, aku anggap tak ada jodoh. Masa tu tahun awal 2010. Aku masuk u. Study degree after STPM.

Dia ada datang rumah beritahu nak serious dengan aku. Ajak kahwin. Ada mak aku. Perkenalkan diri sama² datang dengan kawan. Tapi masa tu rasanya belum cukup sesuai masa. Tak kena masa. Mak tak sambut baik.

Aku pun blurr. Tak matang lagi masa tu. Mana nak habiskan sambung belajar. Mana nak kenal dunia. Tengah kejar impian.Dan semakin kuat bila mak aku nasihat. Jangan teruskan.

Then, masa tu tak ada whatsapp. Call, sms, topup pun mahal masa tu. Cakap la dengan dia dah buat keputusan tak boleh teruskan hubungan.

Dia datang rumah, dia pulangkan segala gambar, surat. Dia cakap jumpa dia pulang semua ni kalau nakkan kita semula.

Aku pun melepaskan dia pergi dengan pandangan mata yang kosong. Masa jumpa aku diam je. Mata ke mata ke yang berbicara. Serabut. Dah lah masa tu nak ujian MEDSI. Jadi masa tu aku pilih nak capai impian. Fikirkan nasihat mak.

Selepas tu, masa zaman belajar aku ada terserempak dia, aku dalam kereta, ayah drive.. Dia mampu tengok je dengan pandangan kosong. Tak kan aku nak bye² dia. Kan dalam kereta family. Aku bukan tak perasan dia. Hati aku berdebar. Tapi aku kuatkan hati. No.

Masa tu susah nak berhubung. Bukan macam sekarang ni. Kekesalan tu ada sebab tak explain kat dia mak aku nasihat aku fokus impian dulu cinta boleh nanti².

Habis aku belajar aku beranikan diri semula sms dia. Dia jawab jgn contact dia, dia dah bertunang dan akan berkahwin. Aku baca. Aku tak balas la sms tu. For what aku dah tahu jawapan. Tak payah buat drama. Jangan kacau orang.

Sementara aku belajar tu dia pun belajar juga sambung cita² dia jadi polis dan dia pernah cakap hal cita² dia nak stay di terengganu. Dan.. Memang dia work for it.

Masa aku habis belajar. Aku baru free nak mulakan zaman pekerjaan aku dapat tahu dia pun dah selamat berkahwin. Fb kawan² aku ada, jadi tahulah aku. Cantik. Sama padan sama iras. Dah jodoh kan. Cukuplah dia dah bahagia sampai sekarang.

Cumanya aku, why aku selalu mimpi dia sejak aku kahwin lagi sampai sekarang. Sakit bila teringat. Sakit bila salah aku sendiri yang biar je dia pergi.Tapi dah lah kan. Dia dah buat pilihan pun utk tak tunggu aku. Tak ada jodoh kan.

Bila tahu aku berkahwin, dia ucapkan tahniah aku dah berkahwin. Dlm group whatsapp kawan sekolah. Tahun aku bekerja barulah ada apps whatsapp oi.

Tapi even ada nombor masing² pun. Tak ada perkara yang patut berhubung pun. Masing² dah buat pilihan sendiri dan dah ada life sendiri.

Cuma aku yang stuck dengan mimpi dia. Aku tahu aku yang tahan perasaan dari awal lagi.Aku rasional tak ada jodoh. Tapi sampai sekarang pun tak dapat nak lupakan semua memory.

Tolonglah, sakit bila teringat. Nak lupakan. Apa caranya?

– Taman Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dik.. Akak face the same. Situation.. Tapi akak x mimpi dia.. Akak yg salah break up n kawin ngn pilihan mak.. Tp akak redha jodoh akak. Ngn suami.. Tp sepanjang perkahwinan akak.. Akak ada jugak try call hp dia.. Tp just dial.. And not waiting he pick up the call.. Dia x pernah tukar no phone dia smpi skrg.. 16 years we separated…akak still ingat dia.. Tp x nak berhubung balik… Akak. Dah niat setia dgn suami.. Akka. Bahgia dgn arwah suami… 16 thn kami kawin.. Arwah suami meninggal… Dan skrg akak menjalinkan hubungan cinya yg terputus dgn ex akak..dia still bujang.. And he was waiting for me to call him again.. It is the reason why he was not changing his phone numbet..
    Pelikkan aturan Allah… Selama ni dia. Mendoakan akak bahagia.. Dan akak pun mendoakan dia bahagia… Rupanya kami saling mengingati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *