Assalamualaikum.. Aku ni harap sangat iium confessions sudi publish aku punye cerita.. sebab ada benda yang aku cuba sampaikan pada orang2 kat luar sana berdasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang aku dengar dari kawan2 aku yang sering mengadu mngenai keluarganya sendiri.. Ok aku adalah seorang gadis.. Gadis yg masih belajar tentang manusia bernama lelaki.. Sebab apa aku sibuk belajar tentang manusia bernama lelaki? Sebab ada sesetengah perangai lelaki yang aku tak berkenan dan disebabkan itu aku sangat takut untuk bernikah.. Sebab takut tersalah pilih !
Mungkin ada juga sesetengah lelaki yang takut untuk menikah kerana masih belum jumpa wanita yang mampu menjaga maruah dirinya, keluarganya dan keturunannya kelak, tetapi sebenarnye lelaki mampu mengenali bagaimana wanita yang mampu menjaga kehormatannya berdasarkan pemakaiannya, aktiviti dan pergaulannya setiap hari.. Mungkin ada lelaki yang menikahi wanita yang masih belum mampu menjadi isteri yang baik, takpe didiklah dia sebab memang tugas seorang suami untuk mendidik isteri dan anak-anak.. Jadi tak salah untuk bantu wanita-wanita ini dengan mendidik mereka mengikut apa yang Allah inginkan..
So kalau tak mampu, didiklah hati kita dahulu untuk menjadi sepertimana apa yang kita nak.. Bukan hanya pandai mengomel saja, ” aku nak isteri pandai masak, cantik, kaya, solehah and blablabla.. ” tapi diri sendiri jadi imam pun masih tak mampu. Mengaji pun masih merangkak bagaimana nak ajar anak isteri mengaji? Aku pernah hampir berdebat dengan lelaki macam ni.. panas betul hati aku.. Boleh pulak dia pertikaikan susah laa perempuan tak pandai masak apa sume.. Bila aku tanya apa matlamat kau kahwin, ewm terus terdiam.. Tau pulak..
Aku pun bebel laa macam ustazah, apa guna kalau kawin tapi takde matlamat? Just hidup macam orang biasa je, pergi keje, balik keje, makan, tido and esok pergi keje balik dan ulang benda yang sama setiap hari dengan takde usaha untuk luangkan masa dengan isteri and anak2 ke apa.. or pasang laa impian dengan pasangan, nak lahirkan generasi yang boleh bantu masyarakat or simpan apa2 impian yang boleh bawak bahagia dunia akhirat.. Aku sedar aku ni sape je nak cite pasal orang yang dah kawin ni sume.. sebab aku pun tak kawin lagi.. dan aku bukanlah wanita melayu terakhir seperti yang diidam-idamkan oleh kebanyakan lelaki.
Aku bukanlah bidadari yang cantik jelita yang turun dari langit. Dan aku bukanlah wanita solehah yang sempurna dari segala segi. Aku cuma wanita biasa yang terlalu banyak kelemahan.. Cuma matlamatku hanya menginginkan redhaNYA.. Cukup Allah bagiku.. Dan Dialah kekuatanku untuk aku terus berubah.. Dan apa yang aku harapkan bukanlah seorang pendamping yang sempurna serba serbi.. Tapi cuma mengharapkan seorang lelaki yang mampu menjadi pelindung dan mampu mendidik diriku dan bakal keturunanku dengan didikan agama dan akhlaknya mengikut cara hidup Islam seperti mana yang Nabi ajar.
Cukuplah dia dapat membantu aku dalam menbentuk keluarga Muslim dan generasi Al-Quran yang Allah redha.. Namun, sekarang aku susah nak jumpa lelaki yang betul-betul dapat mendidik nafsunya dan sentiasa mujahadah (bersungguh-sungguh) untuk mendapatkan redha Allah.. Serius, aku boleh cakap yang aku fobia sebab selalu sangat berhadapan dengan lelaki yang panas baran, pemarah, ego tak bertempat, tak boleh diajak berbincang, tak boleh terima kelemahan orang lain, rasa diri dia je yang betul, silap sikit habis dihemburnya isteri macam isteri tu tak ada hati perasaan.
Ada juga dia buat macam isteri dia tu hamba abdi, macam orang gaji seumur hidup dan tak pernah nak memahami kesakitan yang dialami oleh seorang isteri.. Orang selalu cakap ” seronoknya kawin muda “, ” sweet laa diorang tu ” and etc. Tapi benda tu bertahan berapa lama? Paling lama pun mungkin dalam 3 hingga 5 tahun je. Lepas tu rumah tangga mula goyah. Rumah tangga mula jadi tak manis seperti ketika bercinta. Masing-masing tak dapat memahami antara satu sama lain. Salah faham berlaku kerana benda-benda yang simple je. Jarang berbincang untuk selesaikan masalah dan lebih memilih untuk diam.
Masing-masing pendam, sakit hati sendiri. Bagi yang suka berkongsi cerita, diceritakan pada kenalan yang terdekat yang dirasakan lebih memahami. Bagi yang suka pendam akhirnya meletup sendiri and the end the relationship will be gone. Nau’zubillah.. Kadang-kadang kita tak perasan dan tak sedar bahawa rumah tangga menjadi goyah selepas menikah adalah punca daripada kesilapan kita sendiri sebelum menikah. Kenapa? Pernah jumpa perkataan ni? Permulaan menatijahkan pengakhiran. Keretakan rumah tangga berpunca dari macam-macam faktor..
Dan memang setiap pasangan yang dah berumah tangga akan diuji dengan pelbagai ujian dan rintangan untuk dihadapi bersama. Namun, walau sebesar manapun masalah yang dihadapi akan dapat diatasi jika kedua-dua belah pihak dapat berbincang dengan baik, mampu menerima teguran dan nasihat, sentiasa percaya dan memahami antara satu sama lain. Sebab tu la lelaki kena belajar Fiqh wanita. Faham kenapa perempuan marah, kenapa perempuan menangis, kenapa perempuan lemah, kenapa perempuan yang mengandung, bukan lelaki, kenapa perempuan tak boleh angkat berat, kenapa perempuan selalu emotional tak bertempat..
Kenapa perempuan ni rumit, kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Isteri pun kena belajar lelaki ni sifat dia macam mana dari kecil, macam mana nak dalami hatinya, macam mana nak tackle bila dia merajuk, macam mana nak buat hatinya gembira, bila ada masalah macam mana nak handle. Actually, benda-benda ni pun aku masih belajar sebab bagi aku lelaki ni unik sangat. Ada yang pandai berlakon, sebelum nikah bukan main baik, sweet, pihak semut pun tak mati, tapi lepas nikah keluar semua belang dia. Habis semua dia libas.
Ada yang suka simpan sendiri, tak suka share langsung masalah dia, pikir sendiri je, and the last meletup. Kalau meletup time doa lepas solat tak apa, ni meletup time depan isteri dengan anak-anak. Habis semua dikitai-kitai macam anak patung. Ada yang cepat sensitif, kadang-kadang kita tak bermaksud pun nak sentap dia ke apa, dah terasa. Kita pulak tak tahu macam mana nak pujuk. Ada yang ego menggunung, rasa diri dia hebat sangat, apa yang dia nak mesti dia kena dapat, kalau tak dapat dia akan buat apapun asal dia dapat.
Ada pula yang kerjanya silap sikit nak marah, silap sikit nak mengamuk, silap sikit tuduh orang tu orang ni, dia je betul sampai silap sendiri tak nampak. Bila ditegur mengamuk pula. Macam-macam.. Dan tak dinafikan ada juga perempuan yang macam tu tapi tak semua. Dan bagi sesiapa dah menikah dengan perempuan perempuan yang macam ni, didiklah diri, isteri dan anak2. Memang itu tugas suami. Tapi kalau dapat suami macam tu. Rasa-rasa boleh bentuk tak? Boleh terima ke bila isteri tegur? Tak boleh rasanya. Tegur sikit kena hambur. Tegur sikit kena pelempang.
Kalau nak tau, perempuan ni lagi rumit dari lelaki. Tak percaya? Kaji. Kadang-kadang perempuan sendiri masih ada yang tak faham Fiqh wanita secara keseluruhan. Kat sini, aku bukan nak salahkan lelaki je. Cuma aku takut and trauma dgn lelaki yang ada sifat-sifat yang scary tu. Aku pun minta maaf juga bagi pihak perempuan sebab tak kurang jugak yang ada perangai-perangai yang tak sepatutnye ada pada wanita. Aku seru kepada diri sendiri dan semua wanita diluar sana, jomlah kita tutup aurat sama-sama, jaga akhlak sama-sama, jaga aib kita sebagai wanita yang Allah sayang.
Nak tambah sikit. Aku ada jugak part time mengajar budak mengaji. Budak2nya nau’zubillah. Budak2 sekarang advance sangat. gadgets xpayah cite laa. Mulut selalu sangat mencarut dan tu benda biasa bagi diorang.. Ada yang suka cakp kuat2. jerit2. Aku tanya laa, kenapa jerit2 ni. Cuba cakap elok2. Budak tu kata, ” Nenek saya selalu cakap kuat2, sebab tu saya cakap kuat2. ” Allah. Serius sedih sangat tengok generasi sekarang. Belum lagi mak bapak yang suka sangat manjakan anak2. tak salah nak manjakan anak2. Tapi kalau kena denda duduk atas tar kat dataran sekolah pun jadi isu.
Anak kena padam papan putih pun cikgu kena marah, cikgu pun tak boleh buat apa nak didik anak2 macam ni. Dan tak pelik laa kalau anak2 sekarang sangat kurang ajar dengan orang tua. Allah2. Time kami lagi dasyat. xde pulak sampai mak bapak datang sekolah serang cikgu. Ramai je yang jadi manusia. Pak cik aku dulu, nakal gila waktu kecil. Arwah atok aku pergi ikat dia kat batang pokok yang penuh dengan kerengga. Habis badan dia kena gigit sampai menjerit2 sebab sakit. Alhamdulillah. Jadi je manusia. Kawan aku, balik lambat je kena tinggal duk la kat luar sampai malam, baru boleh masuk rumah.
Alhamdulillah hebat die sekarang. Kadang2 didikan tegas macam ni baru jadikan anak2 ni serik dan taknak buat lagi benda2 yang mak ayah mereka tak suka. Tapi cara kena betul laa. Garang bertempat. Belum masuk lagi part rumah tangga yang selalu bergolak yang kadang2 hanya sebab benda yang remeh. Apa yang aku sebutkan dari a sampai z semuanya aku tujukan pada diri aku sendiri jugak dan semua. Jom lah sama-sama berubah. Memang tak dinafikan, nak berubah memang sakit, Ustaz Haslin Bollywood pun ada cakap,
” nak berubah sangat susah sebab apa? Sebab Allah saja-saja uji kita. Sebab Allah dah mula perhatikan kita. ” Tapi kenapa nak buat jahat senang? Sebab dunia memang diciptakan untuk menjadi syurga orang-orang yang tak beriman. Nau’zubillah. Segala sifat-sifat buruk yang aku sebut tu mintalah dijauhkan dari kita semua, dan yang baik tu kita ambil dan ubahlah demi Dia. Namun, bagi sesiapa yang ada sifat-sifat buruk yang Allah tak suka, masih ada harapan. Kita boleh berubah kalau kita nak. Allah sediakan pintu taubat yang luas dihadapan. Doa sentiasa InsyaAllah Dia takkan akan jaga kita kalau kita usaha untuk jaga Dia.
Segala luahan di atas bukanlah atas dasar emosi semata, hanya sekadar memberi kesedaran bersama yang mana kita masing-masing ada kelemahan yang kadang-kadang hanya kita dan Dia saja yang tahu.
Wallahualam~
– Wardatul Jannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit