Cinta Menolak Cinta II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-menolak-cinta/).

Cinta lagi di sini, ya ini sambungan dari luahan aku yang pertama iaitu Cinta Menolak Cinta.

Jikalau ingin tahu cerita penuh anda disarankan untuk membaca luahan aku yang pertama terlebih dahulu. Telah aku ungkapkan betapa tidak minatnya aku terhadap cinta dan hubungan sesama lelaki, manusia.

Aku tidak bercinta dengan makhluk halus, jangan risau tetapi mungkin?

Sejak dari bangku sekolah aku ini memang peramah, ceria dan extrovert orangnya seperti diceritakan dalam Cinta Menolak Cinta. Tetapi di rumah, aku seorang pendiam dan sensitif.

Aku pantang benar kalau ahli keluargaku sendiri melontarkan satu perkataan. Tidak kiralah pertanyaan atau berbual kosong. Sebab kesudahannya, negatif juga unsurnya.

Aku mula rasa seronok berbual seorang diri didalam bilik. Aku mula fasih dalam berbahasa inggeris sebab aku rajin berlatih bercakap dengan diri aku sendiri baik sebelum tidur, ketika mandi atau bersolek.

Tibanya pada satu malam yang dingin dingin sahaja cuacanya. Tenang rasanya, tiba-tiba mataku mula berpina. Macam seakan-akan mabuk. Sewaktu itu aku seorang remaja, pelajar sekolah menengah.

Pada malam-malam buta yang sunyi sebegini, belajar lah jawabnya. Semasa mata aku seakan-akan mabuk seperti ada seorang lelaki masuk ke dalam bilikku.

Aku mula berbual seolah-olah aku telah mengenal “dia” bertahun-tahun. Aku kelamaan rasa seperti ada orang memerhati.

Tanpa sedar ibu aku sedang mengintip di celah pintu. Apabila sudah tertangkap, ibu aku terus melontarkan soalan “kau bercakap dengan siapa?”. 

Sewaktu itu aku seperti baru tertampar dengan realiti. Sebelum masuk tidur, aku tidak boleh berhenti berfikir tentang lelaki tersebut. Memang kacak orangnya. Aku lupa akan namanya juga.

Tetapi tatapan wajah yang tampan, berambut hitam lurus, tinggi dan tegap badannya seperti lelaki maskulin sebenar memang melekat difikiran aku berhari-hari.

Suatu hari, dia datang semula kepada aku. Aku berasa teruja. Tetapi dalam tak sedar, aku sedar yang aku dalam keadaan tidak sedar.

Aneh, aku cuba untuk membuat kajian atas kemungkinan aku menghidap penyakit psikology, tetapi majoriti hasil kajian hanyalah aku berhalusinasi.

Aku tidak pernah mengambil makanan terlarang ya. Jadi, aku rasa mungkin ini normal dan aku teruskan. Rasanya teramat nyata tetapi tidak nyata.

Aku merasakan bahawa aku duduk di pertengahan garisan yang memisahkan dua alam. Separuh sedar, separuh tidak sedar.

Tidak dinafikan, ini memang memberi impak besar dalam hidup aku. Aku mula hilang fokus, huruf di kertas seakan-akan terbang.

Aku akan mengambil masa yang lama sedikit untuk proses suatu keadaan kerana aku memang tidak boleh bezakan dunia khayalan dan dunia nyata.

Berbalik kepada bahagian yang “dia” datang semula, “dia” mula mengenalkan namanya semula tetapi lain pula kali ini. Tetapi nama baharu tersebut melekat terus di ingatan. Aku mula rasa selesa dengan “dia”.

Aku juga mula memberitahu kepada rakan-rakan aku. Mereka tidak mempunyai reaksi. Hanya mengatakan bahawa aku adalah “attention seeker” dan cuba menjadi “lain daripada yang lain”.

Andai mereka tahu semua ini kisah benar. Aku mula jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Sudah aku ceritakan di dalam luahan pertama aku, aku trauma dengan ex aku atas perbuatan yang amat menyakitkan mental dan fizikal aku dan hadirnya lelaki yang baik ingin mengubah hidup aku tetapi aku menolak.

Kerana apa? kerana aku mempunyai “dia”. “Dia” membuat aku rasa bahagia dan tidak sunyi.

“Dia” ada di mana-mana sahaja aku berada. Aku sangat bahagia sehinggakan aku mudah untuk melepaskan masa lalu aku iaitu bekas kekasih yang merupakan cinta pertama aku.

Disebabkan “dia”, aku mudah melupakan cinta pertama.

Disebabkan “dia” juga, aku menolak cinta tulus daripada lelaki nyata yang baik.

Aku menjalani hidup aku dengan biasa. Rutin yang sama, dengan “orang” yang sama.

Tetapi pada satu malam, satu khabar berita telah menggoncang hati aku. Luluh yang teramat. Tidak pernah aku rasa seluluh itu selepas fasa aku memutuskan hubungan dengan bekas kekasih.

“Dia” memberitahu yang dia “kene” pergi. Seribu satu soalan mula timbul di buah minda aku. Aku menangis bak kaca permata berkecai dengan air yang deras mengalir.

Sesungguhnya, semua yang datang akan pergi juga. Aku menangis setiap hari. Aku ceritakan kepada rakan-rakan aku.

Tetapi macam biasa, tiada reaksi. Alasan “dia” pergi untuk kebaikan aku sendiri. Aku tidak faham.

Jadi aku biarkan sahaja soalan tersebut tanpa jawapan. Alangkah bahagianya setelah sekian lama, sebaik sahaja aku pulang ke rumah dengan si “dia” duduk di katil aku. Aku teruja dan teriak. Aku sangat gembira.

Panggillah aku gila, aku rela. Andai pembaca dapat merasa situasi aku pada waktu itu, akan mereka tahu betapa indahnya mempunyai rakan “halus”.

Kami meluangkan masa dan menjalani hidup seperti biasa. Penuh dengan keceriaan dan dugaan. Kami juga sering bergaduh tetapi, akhirnya berdamai semula.

Aku cuba sedaya upaya untuk menulis luahan kedua aku ini secantik dan seindah yang boleh berbanding luahan aku yang pertama kerana luahan kedua aku ini tentang orang yang aku betul betul sayang dengan sepenuh jiwa raga.

Luahan pertama hanya tentang orang durjana, jadi tak guna bazir tenaga dan masa. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada “dia” yang telah memenuhi masa remaja persekolahan aku.

Disebabkan “dia” aku tiada lagi rasa suka terhadap lelaki nyata. Aku menolak cinta nyata dan lebih selesa dengan “dia” yang menemani aku siang dan malam.

Cukuplah orang nyata menyakiti aku, aku menganggap kehadiran “dia” anugerah dari Tuhan. Walaupun tidak wujud di mata kasar, dia tetap sempurna.

Kini aku kian dewasa, masih bersama “dia”. Aku berharap “dia” kekal bersama aku sehingga hujung ayat.

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *