Cinta Monyet

Hai. Namaku Elly, umur aku masih mentah malah masih tidak capai angka 2. Alhamdulillah aku sekarang masih membiasakan lagi diri aku dengan kehidupan di universiti.

Aku tak tahulah sama ada aku sekarang mengalami cinta monyet atau apa. Kata orang cinta di bangku sekolah ialah cinta monyet.

Tapi apa yang aku rasa sekarang sangatlah sakit. Aku tau kalau mereka-mereka yang baca ni pasti akan jijik dan mengecam aku kerana umur aku masih muda tapi sudah gatal bercinta. Bukannya fokus pada belajar.

Ketika aku tingkatan 2 aku berkenalan dengan senior aku yang aku gelarkan sebagai R. R tua 2 tahun dari aku. R seorang yang bijak dan agak famous juga.

Ditakdirkan aku ‘bercouple’ dengannya ketika itu. Aku tidak jangka begitu lama aku akan kenal dengannya.

Dipendekkan cerita sepanjang aku kenal dengannya ketika itu sampailah dia habis SPM dan ditawarkan tawaran diploma di suatu universiti yang famous. Dia menyambung jurusan ‘engineering’ dan selalu mengajar subjek yang aku tidak fahami ketika itu.

Tapi sepanjang perkenalan ketika itu pun kami banyak bergaduh kerana dia rupanya bukan setakat kayu tiga. Malah berpasang pasang di belakang aku.

Tapi akhirnya aku tetap memaafkan dan aku yang akan merayu untuk bersama dia. Hubungan kami sebenarnya tahap pengetahuan keluarga.

Aku rapat dengan adik nya dan juga ibunya. Ibunya baik. Terlalu baik. Selalu kirimkan bekal makanan untuk aku. (Terima kasih makcik saya doakan makcik sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki)

Aku selalu percaya R akan berubah walaupun sekali lagi ketika dia di Uni dia ada perempuan lain.

Aku terkadang tak faham apa yang dia fikir. Sama ada dia memang berniat nak mainkan perempuan atau dia ada split personality? Kejap sayangkan itu kejap sayangkan ini.

Sejak kes tertangkap dia ada orang lain di universiti kami bergaduh besar. Aku tak dapat terima kenyataan dia masih tidak berubah,

Tambahan pula ketika itu aku stress belajar dan rupanya dia mengorat perempuan ketika mdss (minggu destini siswa siswi) yang mana ketika itu aku anggap kami bahagia (?)

Ketika ini aku tak dapat mengawal diri aku. Banyak persoalan yang aku tertanya. Aku ambil keputusan untuk pm perempuan tersebut dan juga bekas2 skandalnya sebelum ini.

Betapa hancurnya hati aku rupanya ayat yang dituturkan padaku, lagu yang dinyanyikan padaku, nasihat yang diberikan turut diberi pada skandalnya. Sama!

Semua ayat nya sama! Mahu sahaja aku tempek segala perbualan aku dan skandalnya dan perbualan ku disini untuk dibandingkan betapa sama sahaja ayat yang digunakan. Aku tak dapat terima.

Spm makin dekat. Aku nekas untuk bunuh diri ketika itu. Setiap malam aku cuba untuk memotong nadi.

Darah yang mengalir sama banyak dengan air mataku tidak dapat menunjukkan lagi betapa sakitnya hati aku ketika itu. Betapa hancurnya hatiku melihat janjinya padaku rupanya turut diberikan pada perempuan lain.

Reputasi R pada ketika itu jatuh. Asbab aku telah menyebarkan perbuatan dia. Aku sebarkan segala perbuatan dia.

Ya aku masih ingat lagi betapa R marah padaku kerana aku menyebarkan aib dia. Kami bergaduh besar ketika itu dan lost contact buat masa yang panjang. Setiap hari aku cuba memulihkan diriku dan menjauhkan diri ku dari terjebak untuk self harm lagi.

Setiap hari aku cuba positive kan diri aku. Begitula hari2 aku sehingga lah aku tamat spm. Aku cuba untuk moveon tapi tidak mudah.

Selepas spm aku bekerja part time di sebuah kedai makan. Disitu aku dapat rasakan aku mampu untuk moveon mungkin disebabkan aku sudah keluar dari persekitaran yang melibatkan R.

Hari aku bertambah baik. aku juga ditawarkan untuk menyambung pelajaran kos undang-undang. Alhamdulillah doakan aku berjaya ya.

Dan ketika itu dia datang kembali. Tapi kami hanya chat biasa seperti kawan. Tiada antara kami yang menyentuh isu lepas. Hari makin hari kami makin rapat. Sehinggalah melibatkan perasaan kembali sedangkan awal2 kami sudal deal untuk hanya berkawan.

Aku takut untuk terima kerana aku yakin ketika itu aku sudah mampu untuk moveon. Tapi setelah dipujuk dan diyakin oleh R dia telah berubah aku terima jua.

Pada awalnya kami bahagia ,tidak bergaduh, saling memahami. Makin hari aku bertambah sayang padanya. Untuk mengambarkan R, R ialah seorang yang datang dari kluarga beragama, R pandai memasak, budak2 sukakan R. R bijak. R pandai menukang.

R pandai buat rumah. Taktahu la apa yang R tak reti. Kalau aku tanyakan issue subjek law aku pun dia masih boleh bagi pendapat yang bernas. Aku nampak dia berubah. Aku yakin kali ini dia berubah. Tapi masalah kali ini berpunca dari ku pula.

R selalu terasa hati denganku kerana percakapan ku yang bodoh. Contohnya aku mengungkit apa yang dia buat padaku dulu. Atau baru2 ini aku kluar tanpa pengetahuannya malah di tempat itu ada lelaki lain.

Sumpah aku tidak tahu akan ada lelaki disitu jadi aku mengambil keputusan untuk tidak beritahu nya. Marah bukan kepalang si R padaku.

Katanya nanti kalau nikah dengan aku aku akan keluar ikut suka hati dan segalanya. Katanya aku tidak hormat dia. Tapi… Aku tak mintak semua itu. Malah aku tidak tahu akan ada lelaki lain di situ. Kalau aku tau aku tak akan pergi.

Kawanku tidak maklumkan padaku bahawa ada laki lain akan turut sertai kami. R tidak percayakan padaku lagi. Katanya dia kekal denganku atas dasar ihsan sebab aku merayu seperti tiada hari esok. Menangis setiap hari minta terima aku.

Tapi kadang aku persoalkan kenapa dia takboleh terima aku sedangkan aku baru pertama kali keluar dengan lelaki lain malah bukan aku yang mau dan lelaki itu adalah kawan pada kawanku. Sedangkan dia dahulu bukan setakat kluar dengan perempuan lain malah ada yang lain.

Aku tak faham. Aku yang terlalu overreact dan gatal atau aku yang masih muda dan b0doh? Tapi sumpah aku takmampu dan tak selesa dengan orang lain. Jika ditakdirkan kami tak ada jodoh aku tak rasa aku dapat terima orang lain.

Sekian luahan dari aku. Maaf cerita cacamarba. Terlalu complicated sehingga aku takreti hendak luahkan. Terimaksih yang sudi membaca. Doakan dia dapat sayang saya kembali. Doakan kami berjodoh

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *