Hai, aku Hannan. Baru mula bekerja dalam beberapa bulan. Orang kata baru nak mula belajar hidup la kan. Aku Cuma nak share pasal ‘Dia’.
Ya, dia yang masih di ingatan. Semalam birthday dia, dan tiba-tiba dia masuk ke ingatan setelah hampir 3 tahun aku cuba melupakan dia.
Dan aku rasa pertama kalinya aku rasa nak menangis untuk dia dalam masa 3 tahun ni. Tapi bukan tangisan sedih, atau gembira. Entah la haha. Aku kenal dia dari zaman sekolah menengah lagi. Cukup sekadar kawan satu kelas tapi takpernah la aku bertegur sapa dengan dia.
Aku pulak jenis tak bercakap sangat. Aku selalu juga perhatikan dia, Cuma secara sorok-sorok la. Malu eh kalau orang lain dapat tangkap hahaha. Aku tengok dia bertukar-tukar gf la, crush dia ramai betul, ada junior, ada senior.
Kita pula jenis sedar diri, mendiamkan diri aje la, mengelak dan buat macam tak pernah wujud dekat kelas tu.
Akhirnya, masa form 3, dia mula tegur aku. Aku suka betul masa tu hahaha gedikk rasa bila ingat balik. Tapi masih berkawan jelah, lama-lama jadi kawan rapat. Dia pun rajin kerumah aku, study sama-sama. Kira ajar satu sama lain la.
Aku blur math sains, dia bijak. Dia ajar 2 subjek tu. Aku pulak masa tu la kan, haha boleh lah bahasa inggeris dengan seni. Aku ajar dia pula.
Ma ayah aku okey je sebab dia tahu anak dia ni takde kawan sangat. Tapi dalam masa yang sama, tanpa aku sedar, ada juga yang bitter aku kawan dengan dia.
Bukan la nak kata kami ni kategori top, tapi ada la rupa. Sikit haha. Tiba-tiba ramai kawan-kawan lelaki dia mula pinggirkan dia. Aku pun taktau sebab apa.
Then, masa aku habis spm, dia kata dia suka aku. Dia suka tengok aku tenang je takde reaksi dekat muka. Aku segan, aku senyum jelah. Anggap macam biasa je. Lepas tu berpisah macam tu, contact cuma bila perlu.
Lepas spm, aku sambung study lagi. Rezeki dapat sambung dekat negeri sendiri. Dan, yang aku terkejut, dia pun ada dekat situ. Aku tembung dengan dia masa orientasi, terkejut sungguh aku.
Dia ketawa siap tegur, hai, kuat jodoh kita ni. So bersambung la episode ‘berkawan’ kami ni. Setiap kali waktu makan memang muncul muka dia dekat depan aku. Nak makan sama-sama katanya. Daripada jadi kawan aku je, tiba-tiba jadi kawan dengan kawan-kawan aku juga.
Hubungan kami macam kawan, tapi rapat la. Aku ingat cinta monyet je, rupanya sekali lagi dia cakap dia suka aku. Dia tanya aku macam mana. Aku taktau nak respon macam mana, memang aku suka dia.
Tapi aku malu. Dan tak nak la jadi apa-apa dekat persahabatan kami nanti kan. Tapi dia okey je, dia tak memaksa. Dia kata dia faham.
Satu hari tu, malam, aku dapat panggilan daripada kawan dia, dia accident. Terkejut aku, auto rasa jantung ni macam nak tercabut. Sepanjang kelas esoknya tu, aku rasa macam apa je. Tiba-tiba rasa takut hilang dia.
Habis kelas petang tu, aku pergi la hospital niat nak lawat dia. Masa aku sampai, ada kawan dia. Kawan dia kata teruk juga, patah tangan dengan ada la masalah dalaman, tak sedar lagi. Aku masuk, tengok, dan ya masih tak sedar lagi gayanya.
Mula la rasa sebak, menyesal semua, sebab tak layan dia dengan baik. Aku cakap bisik sorang-sorang je, aku cakap aku minta maaf dan aku pun suka dia. Aku takut hilang dia.
Lepas tu aku tengok dia senyum, slow-slow buka mata. Cis, kena tipu rupanya dengan haziq, kawan dia tu. Malu weh hahahahaha. Rasa nak sorok kepala bawah katil.
Kemudian, korang faham-faham la eh episode lepas dia keluar hospital tu. Macam ni rupanya perasaan bila ada partner eh, berbunga-bunga je sentiasa hahahaha.
Kami jarang gaduh, cuma kalau selisih pendapat sikit tu biasa la kan. Tapi biasa kalau tak bertegur tu, sehari je. Esoknya okey dah.
Banyak sebenarnya kenangan, banyak tempat kami pergi berjalan-jalan, banyak aktiviti buat sama-sama macam hiking, join ngo-ngo punya program etc. Organisasi pun biasa sama-sama, contoh dia pengerusi, aku setiausaha.
Time meeting sama-sama, sakit kepala uruskan budak-budak, kena marah dan macam-macam lagi la. Kami pula jenis banyak naik public transport nak ke mana-mana sebab rasa lagi mudah tau.
Jadi dalam relay ni, memang banyak berbual je. Share pasal satu topik tu. Then grad. Masa ni family kami pun dah kenal satu sama lain.
Cuma untuk ke fasa seterusnya tu, belum lagi sebab rasa, muda lagi. Ada impian masing-masing yang tak tercapai lagi. Lepas tu kami mula kerja. Dah tak banyak masa juga masa tu untuk satu sama lain. Tapi still berhubung. Keluar hujung minggu bila free.
Kemudian, ada rezeki lebih, aku sambung lagi study ke peringkat seterusnya. Jauh ke pantai timur sana.
Seingat aku dia pun nak sambung sama, cuma keluarga dia, ibu dia minta dia kerja je. Sebab jauh sangat kan tempat belajar dia. Dia anak yang baik, dia dengar cakap ibu dia.
Sorang la aku belajar, dan dia bekerja. Hubungan kami baik je dalam setahun pertama lepas aku sambung. Hari-hari call tanya perkembangan, kongsi cerita.
Tiap kali aku balik, dia la paling gembira. Datang rumah aku yee, duk membawang dengan ma aku depan rumah hahaha.
Ada juga plan nak bertunang masa aku cuti sem, tapi masih dalam perancangan la. Tapi tu la, jangan disangka sentiasa baik ye, aku rasa macam dia semakin menjauh. Dia makin kerap keluar dengan kawan-kawan sekerja dia sampai larut malam.
Aku bukan halang dia keluar.. cuma cakap dekat dia, kalau boleh jangan la sampai tengah pagi. Aku risau sebenarnya, sebab dia jenis microsleep.
Mungkin masa aku jauh tu, dia rasa sunyi. Yelah aku busy assignment, tak terlayan dia sangat. Ramai la pula kawan perempuan dia.
Silap aku sebab aku sangka dia sayang aku sangat, takkan buat benda bukan-bukan. Dalam diam, dia rapat dengan perempuan lain. Ada sekali kami bergaduh sebab benda kecil je, dan kami berpisah.
Dua minggu lepas tu, aku dapat tahu dia ada orang lain dah. Aku kecewa sebab, rupanya bergaduh tu cuma alasan. Aku rasa bodoh sangat kalau ingat balik, sebab benda tu buat pointer aku jatuh ye, study main-main. Takde semangat.
Dalam tempoh setahun tu, tipu la kalau dia takde datang balik, tapi bila aku bagi ruang, dia buat lagi. Kira dia datang bila dia rasa dia tak suka dekat perempuan lepas aku tu la. Ada la dalam 2 orang lepas aku tu. Tapi tak bertahan agaknya.
Raya 3 tahun lepas, malam raya, aku ingat kami dah berbaik. Aku silap rupanya. Dia call sebab nak pisah cara baik. Dia dah ada pengganti lain dan dia dah bawak jumpa ibu dia. Ibu dia pun suka.
Aku kecewa ye. Tapi aku cuba terima dengan hati yang terbuka. Aku doakan dia semoga urusan dipermudahkan.
Aku bawa diri jauh. Lama ye aku takut nak balik rumah ma ayah aku, sebab rasa macam nampak dia dekat mana-mana sudut kawasan aku.
Cuti pun aku taknbalik. Tapi hari-hari la call ma. Sampai sekarang pun, kalau aku balik, aku tak keluar rumah. Aku rasa takut, rasa tak selamat, rasa terancam macam tu la.
Benda ni buat aku takut, aku tak suka lelaki dekat-dekat dengan aku. Aku rimas. Kawan boleh, tapi kalau nak lebih, aku friendzone terus. Aku block.
Tak lama, aku dapat khabar dia dah bertunang. Masih boleh menerima. Aku ingat khabar angin je. Susah ye nak bangun balik, nak teruskan hidup. Ibarat macam separuh daripada diri tu hilang tak tau kemana.
Masa ni aku dah mula jumpa kaunselor, sebab aku punya tekanan sangat teruk. Tak masuk kelas, assignment tak buat. Aku rasa macam tak nak hidup.
Tapi alhamdulillah sekeliling aku sangat baik. Kawan-kawan sentiasa ada, support, tarik aku. Then, aku cuba kuatkan hati.
Memang pesan awal-awal dekat hati, kena terima yang tak lama lagi akan dapat khabar yang aku sendiri tak nak dengar.
Alhamdulillah sangat, awal tahun lepas, kawan aku bagitahu dia nak nikah dah. Masa tahu tu, aku pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana.
Cuma bila dah tinggal sorang-sorang dalam bilik masa tu, aku menangis. Hiba sangat rasa. Cuma masa tu aku cuba nak senyum, aku doa dalam hati untuk dia. Aku doa untuk diri aku, untuk tetap kuat. Dia bukan untuk aku.
Beberapa hari sebelum kejadian, aku join program kampus ke Pahang 2 minggu. Saja ikut bagi busy. Masa hari kejadian, aku rasa kosong. Malam tu baru aku rasa nak menangis. Masa tu dalam hati Allah je yang tahu.
Balik daripada program tu, sepatah pun aku takde meluah ke bercakap ke pasal ni. Kawan-kawan aku pun mungkin faham, depa takde tanya. Cuma selalu peluk usap belakang aku jela. Selalu ajak aku jalan-jalan.
Lepas daripada masa ni, memang takde menangis untuk dia. Kerasnya hati aku masa ni. Aku banyak doa menangis untuk kesembuhan diri aku sendiri jelah. Ma ayah aku pun makin kerap call aku, sehari sampai 2 3 kali hahahaha.
Aku simpan sendiri, takde share dengan ma, tapi aku tahu, ma dapat rasa apa yang aku rasa. Sebab ma selalu cakap, ma sayang Hannan. Walau apa pun, Hannan masih ada ma, ada ayah.
Makin kerap aku jumpa kaunselor lepas tu. Kemudian, sampai satu tahap, aku cakap dekat diri aku, lepas ni Hannan, kena kuat untuk pelbagai benda mendatang. Hannan kuat kan, sikit je ni. Kena ikhlas, Allah sayang Hannan.
Alhamdulillah, lama-lama dapat terima. Hujung tahun lepas, dapat khabar wife dia pregnant. Aku pun taktau nak bagi reaksi apa, Cuma masa tu, aku rasa sebak, aku doakan kesejahteraan untuk isteri dengan anak dia.
Mudah mudahan urusan dia sekeluarga Allah permudahkan. Memang setiap kali aku teringat pasal dia, aku minta diri aku untuk doakan yang baik-baik untuk dia sekeluarga. Untuk aku juga.
Sekarang, life aku macam ni la. Pergi kerja, balik kerja. Takde masa untuk social. Ada, cuma lebih untuk diri sendiri. Tipu la kalau takde yang datang mendekat. Ada, ramai. Cuma untuk masa sekarang, aku takmau. Cukup sekadar kawan.
Aku rasa sekarang, masa depan aku lebih penting daripada benda-benda macam ni. Kerja, kumpul asset, pergi holiday. Mohon doakan aku eh. Doa orang berpuasa ni mustajab. Mana tau salah satu daripada kita dimakbulkan.
Hehehe terima kasih la pinjamkan masa untuk baca cerita macam budak-budak ni. Selamat berpuasa semua, dan selamat hari raya! Risau raya terkejut lagi.
Btw, aku baru terbaca pasal pelangi selepas hujan (https://iiumc.com/pelangi-selepas-hujan-9/), big hug Kak Lynn. Semoga berbahagia sampai syurga Allah :)
– Hannan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit