Cinta No. 1 Dan 0 II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-no-1-dan-0/).

Alamak, ramai pulak marah Bonsai sebab cerita tergantung. Sorrylah korang, aku ni busy sikit dengan kerja hakiki dan jaga anak- anak aku. Maklumlah Galah tu kerja nelayan kat laut balik pun selang 3 minggu.

Untunglah Galah 3 minggu me time kat laut sambil tengok dolphins. Aku kerja pastu nak kena urus anak-anak aku yang dua orang tu; Lidi dengan Pau.

Ye, Lidi tu sejibik muka abah dia dengan kurus dan renjongnya. Pau pulak macam mak dia lah bulat, muka kami pun sama, perangai lagilah sama, pening Bonsai nak uruskan anak yang macam diri sendiri, haishh.

Galah selalu gelakkan aku tiap kali aku bergaduh dengan Pau. Dia kata aku bergaduh dengan klon sendirik. Hampeh betul, nasib baik sayang. Heheh

Eh, maappp melalut lagi. Baiklah jom sambung cerita cinta kami yang tak seberapa sweet ni. Lepas kami dah stop contact each other dalam setengah tahun, tiba-tiba ayah aku sakit. Aku memang tak berani nak drive dari Johor, tapi aku dah tak keruan sangat dah.

Aku ada ayah je, tak sanggup aku kalo kehilangan ayah. Aku jadi tak tentu arah. Tiket bas semua sold out dah. Entah macam mana aku teringat kat Galah.

Masa tu Galah kerja di Melaka dah dekat jugak dengan aku. Lantak lah! aku dah tak fikir dah bab malu ke apa ke yang penting aku dapat balik tengok ayah aku. Aku msg Galah dan laju je dia reply. Aku bagitau yang aku nak tumpang dia balik kampung. Aku cerita bab ayah aku sakit.

Time tu aku syukur sangat Galah tak sentuh pun bab kisah kami tu. Galah tak tanya banyak dia terus suruh aku besiap dan kami terus balik kampung dengan kereta Galah.

Perjalanan 6 jam terasa panjang. Aku diam je sepanjang perjalanan. Aku menangis fikir ayah yang sakit. Galah macam gelisah dia memang tak boleh tengok aku sedih. Tapi Galah pun diam. Memang awkward sangat time tu tapi aku dah tak peduli. 

Alhamdulillah, ayah aku sakit yang tak berat sangat, biasalah orang tua. Cuma perlu warded 3 hari dah boleh discharged. Galahlah yang dok ulang-alik hantar aku ke hospital.

Masa nilah aku rasa Galah ni the greenest flag ever. Aku rasa macam perasaan aku pada Galah pun makin berubah tapi aku malu nak mengaku.

Ayah aku memang berkenan dengan Galah dari dulu lagi. Aku rasa ayah aku pun perasan yang Galah tu suka dekat aku. Tapi.. anak ayah dah reject dia dulu macam mana ni??

Ayah makin sihat aku pun dapat cuti 2 hari je campur weekend jadi 4 hari di kampung. Aku ingatkan nak beli tiket bas balik Johor tapi Galah insisted nak hantar aku.

Lama pulak Galah ni dapat cuti, tapi aku malas nak amik port bab tu. Aku segan nak tumpang Galah lagi tapi letih jugak nak balik naik bas, jadi aku terima ke ajakan Galah. 

Halfway perjalanan Galah start buka cerita kisah kami yang tergantung. Galah suruh aku bagi peluang pada dia. Dia cakap dia serius dengan aku. Bukan nak buang masa couple sebab dia dah kenal aku dari sekolah lagi. Dia memang nak kahwin dengan aku.

Merah padam muka aku malu time tu. Gedik pun ya. Akhirnya aku mengaku jelah yang aku pun suka dekat Galah tapi aku takut. Kami tak sepadan.

Dengan kerjaya dan rupa Galah sekarang, Galah boleh dapat perempuan yang lebih baik, cantik, selim – melim dari aku. Galah marah aku. Dia cakap ingat semua lelaki pandang rupa dengan saiz badan ke? Ingat semua lelaki taste perempuan kurus ke?

Galah kata dia suka aku dari sekolah lagi. Dia suka perangai garang aku, dia suka aku tegas. Dia cakap aku gemuk yang cute. Dia suka aku chubby.

Payah jugak aku nak percaya sebab orang selalu mengata pasal kegemukan aku. Nanti family Galah boleh ke terima aku yang gemuk ni?

Galah kata dia tak peduli apa pendapat orang dia yang nak kahwin dengan aku bukan orang lain. Akhirnya persahabatan kami berubah jadi percintaan. 

Kami bercinta tak lama, 3 bulan je lepas tu kami bertunang setahun lepas tu kami nikah. Ada jugak aku dengar orang mengata yang kami tak sepadan. Tapi waktu tu aku dah tak heran dah.

Kebaikan dan keikhlasan Galah dah ubah mentaliti aku. Aku jadi yakin pada diri dan semakin sayang pada diri aku. Aku embrace kegemukan aku ni cuma aku cubala jgk untuk jaga pemakanan dan kesihatan.

Jadi masa aku kahwin tu berat aku turun la sikit cuma masih tetap gemuk lagi. Pada yang sama saiz dengan aku kat luar sana jangan la give up. Teruskan jadi diri sendiri tapi jangan rendah diri.

Sayangilah diri kita pasti akan ada jodoh yang Allah tetapkan pada kita. Lelaki baik itu wujud di dunia ini. Dah 13 tahun aku kahwin dengan Galah. Bergaduh tu biasa tapi kami masih sweet bercinta sampai harini mudahan sampai syurga.

Galah sejenis yang rajin layan karenah aku dan anak-anak kami. Ayah aku pun sayang sangat Galah sebab Galah rajin layan ayah jugak. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah pinjamkan.

Tipulah kalau aku kata kami tak pernah diuji. Bab kewangan, kestabilan hidup semua cukup tapi Allah uji aku dengan zuriat. 7 tahun kami jadi pejuang garis dua. 6 kali kami kehilangan anak syurga yang tak sempat melihat dunia.

Syukur, Allah pinjamkan kami Lidi dan Pau buat peneman di dunia ini. Kalau ada masa akan aku cerita perjuangan Bonsai memiliki zuriat, insyaallah. 

Terima kasih ye semua yang sudi baca kisah Bonsai dan Galah yang tak seberapa. Kisah cinta 1 dan 0 yang tak sehebat mana cukup sekadar perkongsian sahaja. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

– Bonsai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *