Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum, first of all aku nak ucap terima kasih dekat admin sebab sudi approve confession aku ni. Well, ni hanya confession santai2 je, sekadar penghabis masa korang.. hehehe.

Sebelum aku teruskan confession aku, aku nak minta maaf dulu lah sebab penulisan ni mungkin berterabur sebab aku memang takde bakat menulis, so u guys just bear je lah ye.

Sebelum tu, aku kenalkan diri aku dulu, nama aku Hanna Azalea (of course la bukan nama sebenar) berumur awal 30an, dan semestinya masih single.

Disebabkan tajuk ni pon pasal cinta, maka isinya pon berkaitan perjalanan cinta ku yang tak berapa interesting pon. Aku masih single dan tak pernah couple sepanjang hidup.

Bukan aku tak pernah berusaha, semua platform online dating aku cuba: Baitulmuslim, Baituljannah, FB dating, Tinder semua dah cuma Omi je belum, tu pon sebab aku fikir cukuplah mungkin jodohku bukan di online.

Bukan tak ade yang approached cuma banyak sangat redflag jadi aku pon berundur sendiri, namun aku tak pernah reject bulat-bulat,

Aku cakap elok-elok then tak ade usaha diorang untuk kenal dengan lebih dekat, senyap maka ia pon berlalu dan tak meninggalkan kesan pon pada aku sebab feeling tu tak sempat nak ada.

Namun hakikatnya di usia seperti aku, akan terbit rasa sepi dan sunyi walau dah di isi dengan hobi, family namun ada ruang kosong yang perlu di isi, jangan nafikan kata aku happy, bahagia sendiri sebab perasaan sepi tu akan wujud kerana kita manusia, fitrah kita inginkan cinta.

Cinta yang boleh kita berkongsi susah dan senang, ruang memperbaiki diri menjadi lebih indah kalau kita berteman. Begitulah yang aku inginkan dalam erti perkahwinan, saling berkongsi, saling menerima, memberi dan saling memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Alkisahnya, untuk merawat hati aku yang banyak dosa ni, aku ambik keputusan untuk ke Mekah/Umrah, yes, i went there few months ago,

Subhanallah indah sekali moment tu bila dikenang. Nak dijadikan cerita, aku berjumpa dengan seorang Mamat ni, panggil dia Mamat la lagi senang, hahaha.

Ok, for the first time aku jumpa Mamat dalam flight ke Jeddah, hati aku cakap ‘Ok’ memang tak ada perasaan apa pun.

Mamat ni biasa je, dah aku pon biasa attraction nya pon orang biasa juga, aku bukan jenis high taste, tapi tu la jodoh nya tak lekat juga. And suprisingly, kami satu trip, he came with his parent,

Alhamdulillah anak yang baik dari pandangan aku la, aku jadi suka pon sebab aku tengok cara dia layan mak ayah dia dengan baik, dengan jemaah yang lain pon dia jenis yang berlembut dan suka senyum.

Honestly, sepanjang umrah aku tak pernah fikirkan dia pon, tak ada sedikit perasaan pon, rasa ini muncul lepas balik umrah.

Jadi nak cerita masa umrah, memang kami selalu satu trip, pergi lawatan tapi aku pandang macam tu je la, tak ade pulak aku nak berdoa di Raudhah dia sebagai jodohku, cuma aku selalu berdoa jodoh yang terbaik.

Dan sampailah akhir umrah, last day kami kat Madinah baru aku berkesempatan berbual dengan mak dia,

Tu pon aku pergi duduk tepi mak dia sementara menunggu bas kat lobi hotel untuk ke Lapangan Terbang Madinah, kebetulan Mamat ni pon ada kat situ, duduk bertentangan pulak tu, segan dan malu la aku sebagai perempuan, bukan segan sebab suka kat dia.

Kat situ la mak dia cerita pasal si Mamat ni, dia cerita la dia kene scam dengan pak Arab yang tak nak bayar duit baki, terus dia call Mamat,

Nasib baik Mamat ada, fasih cakap Bahasa Arab dan dia cerita yang Mamat ni baru habis PhD, tengah tunggu konvo and my reaction was ‘Alhamdulillah, rajin belajar, muda-muda dah ada PhD’ mak dia senyum je.

Mak dia tanya juga aku asal mana, kerja apa, umur berapa dan jawapan bodoh yang aku bagi bila dia tanya umur aku ‘Saya dah tua makcik, umur 30 lebih dah’ dan mak dia cakap ‘oh, Mamat ni 28’ senyum-senyum Mamat, maybe kelakar kot.

After several hours, sampaila kitorang kat Lapangan Terbang Madinah, rancak pulak aku berbual dengan mak dia, mungkin sebab aku sorang kot, jadi aku bebas dan lonely jugak, maka aku mingle dengan semua orang. Adakah aku sempat bercakap dengan Mamat ni?

Sempat, aku banyakla tanya Mamat pasal agama, dah orang belajar agama, of course he knows better, aku tanya benda yang aku betul-betul tak tahu k, korang jangan ingat aku gunakan topik agama nak pancing si Mamat pulak, hahaha.

Dan feeling tu start ada bila atas flight balik Malaysia, aku teringat dekat si Mamat ni terus ‘Eh dah kenapa? Ya Allah, tolong bagi Mamat duduk seat tepi aku’ and sadly doa tu tak termakbul, haha.

Mamat duduk satu row dengan parents dia, kebetulan masa tu flight banyak free seating, aku sorang duduk satu row tengah, memang heaven.

Fast forward, after two weeks, aku ingatkan perasaan ni dah hilang tapi makin kuat, aku ingat dia terus, aku beranikan diri luah perasaan aku dekat Mutawwif (ustaz) kami,

Aku minta ustaz tanyakan Mamat ni samada dia single ke dah berpunya, dengan Mamat bukan main malu, dengan ustaz tak pulak, dan ustaz pon bagitau yang Mamat ni single dan buat masa ni tak berkenan dekat sape-sape.

So after that, aku saje je scroll FB dan terdetik hati aku nak stalk FB Mamat, aku stalk orang bujang je k. BF, tunang or suami orang a big no no (NEVER).

Yes memang ada bila type nama Mamat memang keluar FB dia, and suprisingly dia mutual friend dengan kawan aku, kecik betul dunia.

Aku pon dengan tak malunya terus mesej Mamat through Messenger and he replied, happy nya aku hahaha. Sepanjang umur, ni kali pertama kali hati aku berbunga bila orang reply mesej aku. Nampak sangat memang aku suka dia.

Step seterusnya sebab Messenger ni banyak makan space phone aku, maka aku delete and aku reach Mamat kat Whatsapp, hahaha gigih kan? Mana aku dapat no phone Mamat? Of course la kat Whatsapp group trip kami, no one left ye so aku save no Mamat siap-siap.

Aku whatapps Mamat, and again topic agama yang menjadi perbualan, mestilah banyak benda yang aku tanya sebab aku pon bukan perempuan yang baik, banyak dosa-dosa lain walaupon tak pernah bercouple dan bercinta.

Nak dijadikan sebab aku rasa dia tak berminat dengan aku bila dia ghosting aku, lama sampai confession ni ditulis dia tak reply whatsapp aku, hahaha.

Tak pelah Mamat, aku sedar diri, aku dengan dia pon jauh beza, bagai langit dengan bumi, lagipon aku lagi tua dari dia, oh ye di awal conversation lagi, dia bahasakan aku ni kakak, kat situ pon aku dah nampak, haha.

Aku pon berlapang dada je lah, aku redha sahaja. Aku ikhlas suka dia, ni first time aku betul-betul suka orang.

Aku doa kalau kami berjodoh, jumpakan kami semula dalam keadaan diri kami yang terbaik, yelah maybe dia sekarang pon struggle cari kerja maka fokusnya untuk stabilkan hidup dulu,

Aku pulak banyak lompong-lompong yang perlu diperbaiki, dan sekiranya tidak berjodoh aku redha sahaja, aku doa semoga dia berjodoh dengan seorang yang baik, solehah, sejuk mata memandang dan boleh membahagiakannya dunia akhirat.

Aku sedih ke? tak jugak, more like rasa yang lapang, maybe sebab aku ikhlas suka dia kot hahaha. Begitulah ceritanya.

Terima kasihla korang sudi baca confession aku yang tak seberapa ni. Takde yang sweet pon, korang jangan bayangkan macam cerita Adam dan Hawa pulak, takde scene lari-lari bertembung di Jabal Rahmah ke apa tau, aku pon taktau Mamat kat mana masa tu, hahaha.

Untuk korang yang single macam aku, marilah kita berlapang dada dan sentiasa beroda kepada Allah semoga kita dikurniakan jodoh yang terbaik, cepat atau lambat atau mungkin tiada jodoh kita didunia ni, itu semua aturan Allah, siapa kita untuk menidakkannya.

Marilah kita sentiasa bersangka baik, baiki akhlak, perbaiki diri kita, Inshaa ALLAH, ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.

Assalamualaikum and peace~

– Hanna Azalea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *