Aku mulakan kisahku dengan lafaz bismilllah. Kisah yang baru sahaja aku lalui tahun lepas. Kisah ini mungkin sesetengah orang berfikir mcm buat novel je atau saja nak minta perhatian. Tapi sebenarnya Allah sahaja yg tahu kenapa benda mcm ini berlaku kat aku. Mungkin ini semua berlaku ada hikmahnya.
Aku terima segala yg berlaku tetapi pada masa yg sama aku memikirkan mengapa sanggupnya dia berbuat begitu? Apa salahku terhadapnya? Adakah ini balasan aku terlalu mencintai manusia melebihi cintaku kepada Allah? Sungguh aku merasakan cinta itu benar2 buta sehingga semua benda yg tidak sempurna menjadi perfect mcm lagu Ed Sheeran tu.
Aku namakan lelaki itu si B. Ceritanya bermula apabila aku melanjutkan pelajaran ku di sebuah universiti yg terletak jauh dari rumahku. Di situ lah perkenalan antara aku dan si B. Pada mulanya aku mendapati si B ni jenis suka senyum kat semua orang sehinggalah saya menganggap dia sebagai seorang playboy dgn pandangan gelenyarnya.
Si B ni merupanya seorang yg boleh dianggap budak kampung yg agak kuno dgn gaya pemakaiannya pun sudah boleh tahu. Satu kelemahan pada awal saya mengenalinya adalah seorang yg terlalu rendah diri. Rendah diri yg dimaksudkan adalah merasakan diri sendiri tidak berguna. Sikit2 mengadu tentang diri sendiri lemah semua benda. Keputusan peperiksaannya juga agak lemah kerana dia seperti org yg tiada hati nak belajar dan ingin menetap balik ke rumahnya.
Aku selalu menasihatinya agar jgn berputus ada dan selalu stay positif. Allah dah beri peluang kita hidup jgn pernah kita sia2kan hidup ini dengan pemikiran negatif sahaja. Semakin lama aku dan si B ini berwhatsapp, aku nampak si B ni semakin lama semakin menunjukkan peningkatan. Aku anggap akulah yg telah merubahkan hidup si B ini ke arah lebih positif. Dan dia juga berterima kasih kepadaku kerana sentiasa mendgr luahan yg dia hadapi dan tanpa aku tidak mungkin dia dpt teruskan belajar di U ini.
Suatu hari, si B meminta aku menjadi teman wanitanya. Kami berpakat utk berfikir selama satu hari seblm bersetuju menjadi kekasih. Dan akhirnya kami menjadi pasangan kekasih. Bermulalah dgn calling bergayut tiap malam sampai pagi buta, chat yang tak henti2 dan dating pada hujung minggu. Sehingga aku merasakan oh akulah orang yg paling bahagia dalam dunia ini. Hanya aku dan dia. Mula2 aku curiga adakah dia serius atau hanya menjadikan aku mainan semata2? Setiap kata2 yg dia berikan membuat aku merasakan ya dialah jodoh yg kucari.
Aku ikhlas dan benar2 tulus mencintainya setelah mempercayai dgn semua kata-kata manis yg dia berikan. Perempuan mana je tidak cair dengan lelaki yang pandai berkata manis ni. Setiap pandangan ku terhadap dia sungguh sempurna dan tiada cacat cela langsung.
Suatu hari tu, aku terdengar lagu Bukan Cinta Palsu by Cassandra Band. Sungguh lepas aku dengar je lagu ni, aku merasakan inilah isi hatiku kepada si B. Para pembaca boleh cuba dengar dan menghayati lagu ni. Jika betul2 dihayati terasa sungguh betapa serius aku terhadapnya. Aku pun whatsapp kepadanya utk dgr lagu tajuk ni dan inilah isi hatiku kepadanya. Yg aku akan setia seperti apa yg pernah dia katakan kepadaku agar tidak tinggalkan dia dan sentiasa setia bersamanya. Aku tidak pastilah sama ada dia dgr atau tidak dan mungkin dia cuma kata okay sahaja tanpa mendgrnya.
Sehinggalah satu hati tu Allah tunjuk kepada aku perkara yg sebenar. Satu per satu perkara terbukti bahawa rupanya dia sudah mempunyai seseorang yg berada di kampung halamannya. Si B ni dah berbini agaknya tapi sampai sekarang aku masih keliru apa tujuan dia nak sebenarnya? Sekarang aku nampak dia agak bahagia asyik post gambar dgn perempuan itu. Apakah dia langsung merasakan menyesal atau bersalah dgn apa yg telah dia lakukan terhadapku? Dia seolah2 menganggap tiada benda berlaku dan boleh menjalankan hidup bersama perempuan itu dgn biasa.
Perasaan aku setelah aku tahu yg aku telah tertipu bercampur baur. Semuanya ada sampai tak terkata2. Aku mengaku sepanjang aku bersamanya, aku alpa dengan Allah. Aku lakukan perkara wajib ikut mood tak tentu. Aku ikut suka aku je nak solat baru solat. Subuh pun selalu dibiarkan begitu sahaja. Namun setelah peristiwa ini berlaku, aku berubah.
Aku menunaikan solat lima waktu dan juga solat taubat. Aku berasa tenang setelah mengerjakan solat. Aku juga mendekatkan diri dgn Al-Quran. Walaupun tidak lancar bacaan, aku membaca dgn bersungguh sehingga lah ke hari ini. Kalau dulu aku merasakan susahnya nak baca quran ni, kena tgk satu persatu dan bacaan pun tersekat-sekat. Alhamdulillah saya meneruskan bacaan Al Quran setiap hari selepas solat Maghrib dan bacaan pun semakin lancar.
Aku bersyukur Allah berikan aku kesedaran pada awal2 lagi. Aku sentiasa selitkan doa jika dia jodohku dekatkanlah, jika dia bukan jauhkanlah. Dan semuanya terjawab dlm sekelip mata sahaja. Aku tidak salahkan si B juga tetapi salah aku sendiri juga kerana menerima dia yg kononnya akan menjadi org yg bersama2 membina masjid bersamaku. Aku harap aku tak akan pernah jumpa dgn dia lagi dan semoga dia tahu akan kesilapan yang telah dibuat olehnya.
Aku juga pernah mendoakan kepada Allah supaya dia merasakan kekecewaan yg telah saya rasakan(kerana aku terlalu kecewa). Namun aku sedar itu semua dah berlaku dan saya perlu redha atas semua yg berlaku. Org kata tiada siapa yg inginkan bencana buruk berlaku kepada diri sendiri. Aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk semua org dan semoga dijauhkan org yg tidak baik.
Aku mendoakan semua yg membaca ini mengecapi kebahagiaan dengan orang yg sanggup bersusah senang dgn kita. Cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan dan kita hendaklah mencari org yg mampu melengkapi hidup kita bersama2. Aku berharap para pembaca mendoakan kebahagiaan aku dgn jodoh untukku tepat pada masanya.
Bagi yg menghadapi perkara yg sama dgn aku, aku berharap kita sama2 move on kerana tidak guna kita menitiskan air mata demi lelaki/perempuan yg tidak menghargai kita. Banyak lagi lelaki/perempuan yg lebih baik kita akan dpt dan jgn berhenti berdoa kepada Allah. Jgn lupa juga ibu bapa kita yg byk membahagiakan diri kita dari kecil lagi. Kebahagiaan itu wujud jika kita meluangkan masa dgn keluarga tersyg.
Tak kira lelaki/perempuan, hargailah pasangan yg setia dgn anda. Jgn pernah menipu pasangan utk kepentingan diri. Once cheater always a cheater. Sekali menipu tiada siapa akan percaya lagi. Jahanam lah org yg curang2 ni. Ingat pesanan akak. Yg dah kahwin pun boleh curang ini kan yg belum kahwin. Jgn sesekali beri harapan sekiranya tidak suka pun. Reject awal2. Bygkan je kalau diri kita yg dicurangi bolehkah kita terima? Boleh jadi despresi kalau iman tak kuat. Yg penting ingat yg satu; Allah.
Diharapkan kisah aku menjadi pedoman dan pengajaran utk kita semua supaya tidak terlalu mempercayai sesiapa sahaja sehinggalah kekecewaan sahaja yg bakal kita hadapi.
– Miss S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit