Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-pandang-pertama-yang-tak-kesampaian/).
Aku rasa cringe pulak baca tajuk aku ni, haha. Tapi terima kasih korang yang baca dan bagi nasihat yang baik dekat aku. Aku rasa disayangi pulak cehhh.
Actually doa-doa korang tu semua, Alhamdulillah dah berjaya aku kecapi. Sedih atau gembira, semua ni pinjaman dari Allah.
Nanti dekat bawah sikit aku cerita nikmat yang Allah bagi dekat aku setelah berjaya harungi kisah ni.
Tapi dah alang-alang cerita, aku nak cerita lebih detail sikit dari kisah aku ni. Sedikit recap, F tu kan orang yang aku suka, manakala aku namakan D untuk kawan aku a.k.a buah hati F.
Korang yang baca jangan stress baca cerita aku tau. Aku sebenarnya dah banyak heal. Aku cerita ni sebab aku nak luahkan je. Mungkin ada yang boleh relate dan ambik benda-benda baik dari perkongsian aku ni.
Ok let’s start…
Masa awal-awal aku perasan F kerap whatsapp D, aku ada la merajuk dengan F. Masa ni dia dah start layan aku special. Lepas tu F janji dengan aku taknak contact dah dengan D sebab dia tahu aku tak suka.
Tapi banyak kali je F contact D lepas tu. The thing about F ni, dia jenis yang cuai dan aku jenis yang bijak. Sorry la self claim :P
F ni, bila dia nak tunjuk screen phone dia dekat aku, mesti phone dia dalam mode airplane. Tunjuk pun tak bagi aku pegang la. So aku macam boleh agak, dia sebenarnya taknak bagi aku baca notification yang keluar masa aku tengah tengok screen phone dia.
Ada sekali tu, kitaorang tengah bincang pasal event. Dia bagi aku pinjam phone dia untuk call pejabat pengurusan. Lama sangat dialing, aku gerak 10 meter dari dia, berjalan-jalan macam tu. Bosan tunggu lama dialing.
Pastu takde orang angkat. So aku masuk lah call log untuk dial balik. Masa tu aku terkejut sebab tengok call log dia penuh dengan 1 nama lelaki. Call kebanyakannya waktu subuh.
Aku click nak tengok nombor. Aku hafal nombor tu dan aku nervous sebab aku rasa nombor tu familiar. Masa aku bagi balik phone dekat F, muka dia cuak. Dia tak pandang mata aku.
Aku ambik phone sendiri dan taip nombor yang aku hafal tadi. Keluar nama D dalam phone aku.
Jadi sebenarnya, F save nama D dengan nama lelaki. Mungkin untuk elakkan diri dari kantoi dengan aku atau kawan-kawan kitaorang yang lain.
Masa aku tau nombor yang duk call F waktu subuh tu adalah sebenarnya D, aku macam speechless dan kaku. Lepas tu aku excuse diri aku.
Benda macam ni banyak kali jadi. Dia kantoi dan aku diam. Sebab aku tak reti marah orang. aku perlu ambik masa untuk proses dalam otak. Lama-lama benda ni jadi terpendam. Aku mula jadi confused antara sayang dan benci.
Aku nak tunjukkan yang dia penting dalam hidup aku, tapi at the same time aku macam insecure, betul ke dia rasa benda yang sama? Habis tu kenapa dia contact D walaupun dia dah janji dengan aku? Itulah persoalan dalam minda aku.
Lagi satu, D tu kan kawan aku. Kalau F sekalipun tak mengaku dia contact D, D selalunya akan kantoikan dulu. Sometimes aku rasa D ni pun boleh tahan jugak. Dia macam sengaja nak sakitkan aku.
Waktu D dah mengaku diorang ada something tu kan… Aku macam dah tak tahan la masa ni. Aku explode dan aku marah jugak dengan D.
Tapi aku ni sejenis soft spoken je. Jadi, bila aku guna perkataan “explode” tu, takde la aku pergi maki hamun dia ke apa. Aku just pertikaikan je kenapa kawan aku sendiri buat aku macam tu.
Aku cakap dekat D yang dia adalah orang ketiga dan selalu buat aku rasa insecure of losing F. Lepas tu dia boleh jawab “Saya bukan orang ketiga, saya bukan perampas”. Dalam erti kata lain, dia tak iktiraf pun la relationship aku dan F.
Masa tu aku dah nampak psycho jugak D ni. Aku rasa orang dekat universiti (yang tak pernah bercakap dengan aku pun), tahu yang aku ada something dengan F. Tapi si D, kawan aku dalam satu circle, boleh kata aku takde apa-apa dengan F.
Lepas tu, D warning aku dengan ayat dia, “So dah tahu kan? Lepas ni jangan contact F dah”.
Lepas dengar ayat D tu, aku balas dengan sinis, “Oh kenapa? Insecure? Macam tu lah saya rasa insecure dengan awak dulu”. Terdiam dia. Padan muka. Aku rasa lepas peristiwa ni kot D dendam dengan aku haha.
Tapi aku pun sebenarnya masa ni dah let go perasaan aku dekat F. Aku tak maksudkan pun. Saja nak buat dia merasa sikit apa yang aku lalui selama ni disebabkan dia.
F obviously tak mengaku la kan dekat D yang aku ni special ke apa. Lepas aku sedar benda ni, aku stop fighting. Sebab aku sedar, dah tak worth fighting for someone yang tak fight untuk aku.
Aku bersusah payah bersama F. Banyak benda kitaorang lalui bersama. Tapi bila dia kantoi curang, dia buat seolah aku ni yang tergila-gilakan dia. Ego dia taknak mengaku yang dia salah.
Korang nak tahu tahap mana complicated si F ni? Kalau kita nak tukar plan telco dari company A ke company B, line kan akan putus beberapa jam sebelum masuk line telco yang baru?
Masa F nak tukar line telco dia, F letak nombor aku sebagai emergency contact. Dah macam takde orang lain kan? Macam takde roommate dan takde kawan lelaki je. Pastu tak ngaku aku ni someone dalam hidup dia. Nyampah aku.
Lepas melalui hubungan toxic ni, ada la setahun lebih aku reflect diri aku. Mula-mula tu aku tertanya jugak, apa la agaknya kurang diri aku.
Masa ni lebih kepada fasa questioning la. Why it happened to me? Why must it be my best friend who did it? Banyaklah “why” aku duk tanya diri sendiri.
Tapi aku berjaya bangkit, sebab aku nak buktikan aku boleh jadi lagi bahagia tanpa dia. Aku cope dengan belajar maafkan diri sendiri. Aku maafkan kebodohan aku. Sedih jugak nak mengaku diri bodoh haha.
Lepas tu, slowly aku move to fasa yang lebih ok sikit. Start sini, aku dah boleh lupakan F.
Aku sedar aku ni sebenarnya tak reti bercinta. Sebab aku membesar sendirian. Adik beradik aku sambung belajar, aku sorang kat rumah. Mak aku kerja balik petang. Malam pun dia tidur awal.
Ayah pulak tak duduk sekali sebab parents aku bercerai. Jadi aku memang tak tau perasaan disayangi dan macam mana sepatutnya menyayangi.
Sebab tu aku kata, mungkin dari pihak aku pun, aku sendiri yang tak reti nak luahkan betapa aku sayang dekat F masa tu.
Apa yang orang nampak jauh beza dengan realiti. Aku top student, pemimpin mahasiswa, kategori budak baik, rajin solat dekat masjid, tutup aurat dan menjaga jugak batas-batas.
Orang mungkin rasa hidup aku sempurna. Tapi sebenarnya tak. Aku rasa hidup aku banyak jugak ujian. Bezanya, aku tak reti luahkan sedih dan marah. Kalau aku post apa-apa dekat IG, selalu aku macam pesan “sangka baik dengan Allah” “jangan give up” “be strong”.
Dan dalam setiap penulisan tu, memang aku takkan cerita apa yang jadi dalam hidup aku. Jadi mungkin sebab tu orang selalu rasa aku takde masalah.
Kita sebenarnya tak tahu sejauh mana ujian seseorang tu tengah lalui kan? Sekurangnya, benda ni la yang aku belajar. Ujian ni mengajar aku kemanusiaan dan empati.
Aku rasa peritnya kehilangan, sakitnya berjuang sendirian, penatnya menahan rasa sebab tak reti meluahkan. Jadi aku taknak buat benda yang sama dekat orang lain.
Berbalik pada doa-doa korang, Alhamdulillah lepas beberapa tahun, aku dah ada someone. Dan sangat betul, aku rasa memang jauhhhh lagi baik dari F. Insha Allah tahun depan aku kahwin hehe
Yang ni pun ketentuan Allah jugak, selama 5 tahun kirorang satu kelas, aku tak pernah perasan pun kewujudan dia.
Maksud aku, aku tahu la nama dia. Tapi aku tak pernah menyembang dengan dia. Tak pernah satu perkataan pun kitaorang sembang hatta senyum.
Dia macam tak ambik tahu pasal aku. Dan aku pun tak ambik tahu pasal dia. Aku ni bertegur sapa je dengan kawan-kawan dia. Tapi dengan dia je tak.
Lagi satu, aku macam ada mindset ingatkan dia macam budak-budak nakal sebabkan kawan-kawan sekeliling dia.
Takdelah nakal yang jahat ke macam mana, tapi aku seolah-olah rasa macam dia jenis yang tak serius, atau macam budak-budak remaja tak matang, haha.
Tapi ternyata salah judgement aku. Konklusinya, aku lah orang yang dulu nya salah judge orang. Duk nampak F tu lah lelaki soleh, berkepimpinan, ada bright future sampai aku tak nampak pun lelaki lain. Turns out “lelaki lain yang aku tak nampak”, is way better.
Dia terlalu baik sampaikan aku macam tak expect wujud ya lelaki sebaik ini. Eh tapi belum kahwin lagi, so tak tahu la kan haha. Doakan aku tau?
So far dah 1 tahun lebih dengan dia, tak pernah dia lukakan hati aku. Kalau merajuk ke apa, kitaorang jenis yang boleh communicate dengan tenang je, Alhamdulillah.
Aku tak tau nak describe macam mana. Hanya Allah yang tahu betapa aku bersyukur.
Masa aku nak bangkit dulu, aku memang selalu pesan dekat diri, Allah nak bagi someone yang lebih baik. Dan bila benda ni jadi, aku rasa tersentuh mengingatkan betapa sayangnya Allah dekat aku.
Masa nak move on dulu, aku cuba amalkan sujud syukur atas ujian yang Allah bagi. Selalu kita dengar orang syukur atas nikmat kan?
Kalau aku pulak, aku cuba didik diri aku untuk bersyukur dengan ujian. Sebab dengan cara hadap ujian tu lah:
1. Aku jadi manusia yang lebih baik (boleh improve kekurangan diri)
2. Aku dapat rezeki yang lebih baik (Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik)
3. Dan paling penting, aku jadi ingat sesungguhnya dunia ni hanyalah sementara. Aku cuba ingat yang benda-benda macam ni, kalau difikirkan sangat pun, bukan boleh selamatkan aku dekat akhirat esok. Melainkan aku jadikan ujian tu sebagai nikmat.
Kan Allah kata, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya” (ar-Rad: 11)
Jadi, aku ubah lah ujian jadi nikmat. Ini lah motivasi aku untuk bangkit dan keep going.
Untuk orang yang senasib dengan aku, mungkin dari cerita aku ni nampak mudah nya aku move on dan bersangka baik dengan Allah. Tapi sebenarnya ni semua sikit je dari keseluruhan cerita.
Give yourself some time to rise up again. Kalau nak menangis, nangis jelah sepuas hati. Tapi janji, kau bangkit lepas tu ya?
Yang baik tu datang dari Allah SWT. Yang buruk tu korang jadikan teladan.
Oklah tu je cerita aku. Terima kasih yang doakan baik-baik untuk aku. Aku doakan doa tu berbalik untuk korang. Babai!
Love,
– Kiwi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit