Cinta Pertama

Assalamualaikum, tajuk agak cliche kan? Tapi rasa macam nak share, cerita pasal Cinta Pertama aku yang aku rasa meninggalkan kesan paling besar dalam hidup aku.

Nama aku Hannah (bukan nama sebenar), berasal dari selatan tanah air. Bermulanya cerita aku, pada zaman cinta monyet. Waktu sekolah.

Alah, waktu itu, mana lah tahu sangat bab bab cinta. Tapi ada sesuatu yang membuat kan aku sedar, dia cinta pertama aku.

Ceritanya agak complicated. Bermula dari sosial media, zaman masih tak berfikir apa apa. Zaman buat duckface untuk tunjuk diri paling comel hahaha. Disitu lah perkenalan kami bermula. Aku namakan si lelaki ini sebagai Az.

Az berasal dari ibu negara dan merupakan pelajar sebuah kolej di utara tanah air sementara aku pula adalah salah seorang pelajar SMK biasa di selatan tanah air.

Kami berkenalan di media sosial dan berborak seperti biasa. Tak fikir itu cinta, cuma fikir nak berkawan.

Pada awalnya, aku tak tahu yang Az ni orang yang berada dan mempunyai nama. Tapi, kalau aku tahu pun, aku tak peduli. Perkenalan kami seperti perkenalan orang lain.

Perangai Az ni sangat lah lembut, baik, family-oriented, bercita-cita tinggi dan sangat romantik. Perangainya yang suka bergurau senda, sangat ceria dan suka mengusik sampai aku menangis, katanya suka tengok aku begitu. Comel.

Walaupun kami tak pernah bertemu, hanya melalui chat dan call sahaja, dia meninggalkan satu rasa yang aku tak pernah rasa. Tapi masa tu masih budak, keliru lagi.

Suatu hari, kami terputus hubungan kerana aku tidak lagi bermain aplikasi itu. Aku jadi lupa tentang Az.

Pada tahun 2018, kawan sekolah menengah aku tegur aku semula. Agak pelik kerana aku tak rapat dengan kawan aku yang ini dari zaman sekolah lagi.

Dia hantar screenshot dan muka seorang lelaki sambil bertanya “Kau kenal dia siapa? Dia cari kau”.

Aku terpinga-pinga. Aku minta kawan aku untuk bagi nombor telefon aku kepada lelaki tersebut, untuk aku pastikan, siapa lelaki yang mencari aku itu. Az. Ya, Az.

Aku hampir tak cam itu dia. Sangat berbeza. Manis. Dia sebenarnya manis sejak budak-budak dulu lagi. Kami berkenalan semula seperti biasa. Katanya dia cuba cari aku dah lama, sejak aku padam aplikasi tersebut.

Katanya buntu, hampir setiap hari mencari. Kebetulan dia mengerjakan umrah ketika itu, dia selit nama aku untuk kami dipertemukan semula. Sampai lah satu malam, dia almost give up untuk mencari aku.

Tiba-tiba, dia terdetik nak buka komputer riba dia pada malam itu. Saja mencari gambar-gambar lama katanya.

Tiba-tiba dia terjumpa satu Screenshot Whatsapp Conversation antara aku dan kawan sekolah aku (yang dia contact tadi).

Nombor kawan aku tersebut, aku tak save ya pada waktu itu. Jadi, dia boleh tahu nombor kawan aku tu melalui chat tersebut. Aku screenshot perbualan tersebut untuk aku maklumkan pada Az mengenai aktiviti di sekolah aku waktu itu.

Dan dia simpan. Tersimpan dalam komputer Az. Mungkin itu cara Tuhan pertemukan kami semula.

Aku agak teruja, mungkin terlebih teruja. Kerana dia ingat aku. Kembali semula rasa pelik yang aku rasakan masa awal-awal perkenalan kami.

Oh, ini rasa… sayang ke? Kami berkawan seperti biasa. Tidak lama, kami menjalinkan hubungan. Pada aku, lantaklah nak jadi apa.

Aku rasa sayang sangat pada Az. Az selalu dorong aku, tunjukkan jalan, cara untuk kami sama-sama berjaya. Az selalu kongsi cita-cita dia.

Aku suka, sebab dia sangat bercita-cita tinggi. Pada aku, lelaki yang memikirkan masa depan, sangat attractive.

Kami menjalinkan hubungan seperti biasa. 3 bulan pertama, semuanya lancar. Untuk pengetahuan, kami tidak pernah berjumpa ya. Banyak perancangan kami ketika itu, untuk berjumpa.

Banyak juga rasa yang bercampur-baur, takut, teruja, sayang, suka semua ada. Takut juga fikir apa family dia akan fikir pasal aku kalau dah berjumpa nanti.

Yelah, aku tak pernah dibawa jumpa keluarga oleh mana-mana lelaki. Ish macam-macam lah dah fikir.

Masuk bulan keempat, semuanya berubah. Aku ada melakukan satu kesalahan, tapi bukanlah curang, atau ada lelaki lain. Tidak berkait dengan hubungan kami. Tapi pada dia kesalahan tu sangat besar sampai dia melibatkan arwah ayah aku.

(Untuk pengetahuan, ayah aku dah tak ada dari umur aku 4 bulan dalam kandungan mak aku.) Aku masih merayu untuk dia maafkan aku.

Dia block aku di semua tempat, semua rancangan kami dibatalkan.

Dua bulan, aku berkurung tidak keluar dari bilik. Mak aku sampai melutut merayu untuk aku keluar dan berhenti menangis.

Aku menangis seperti tiada hari esok. Waktu makan dah tak teratur. Seminggu hanya makan dua tiga kali sahaja. Tidur apa tah lagi. Aku cuma menangis dan menangis macam orang gila.

Tak lama selepas itu, dia cari aku semula tanpa rasa sebersalah. Waktu itu lah baru aku kenal perangai dia. Aku tak salahkan dia seratus peratus, cuma aku tertanya, kenapa dia berubah sampai macam ni.

Dia datang kembali dan aku masih beri dia peluang. Tapi dia masih mengungkit hal itu dan ada saja hari hari untuk jadikan hal itu sebagai pergaduhan.

Lama kelamaan, aku nampak Az mula menunjukkan perangai sebenarnya dan mengambil kesempatan terhadap aku. Tapi aku pura-pura buta.

Setahun aku menahan semua cacian, kecurangan dia, ada masa dia akan seromantik yang boleh, ada masa aku dia layan seperti anjing je.

Aku tetap maafkan dia.

Dipendekkan cerita, aku mula tawar hati. Dia masih sama, seminggu hilang, seminggu cari. Dua minggu hilang, lepastu muncul semula.

Waktu ini aku taktahu, apa hubungan kami sebenarnya. Dan dia siapa?

Tahun kedua, aku ditakdirkan belajar diinstitusi yang sama dengan adik Az di salah satu negeri yang terkenal dengan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.

Sengaja aku pilih institusi tersebut, sebab aku masih ada harapan ingin berjumpa dengan Az.

Sejak kejadian itu, perancangan kami untuk bertemu asyik dibatalkan oleh Az. Kali ini aku nekad, aku nak dekat dengan Az. Dengan adik dia pun boleh lah, sebab aku tahu Az kerap melawat adik dia.

Aku tak kisah orang panggil aku perempuan gila, psycho atau apa. Aku cuma nak fix hubungan aku dengan Az. Walaupun sebenarnya, jauh dalam sudut hati aku, aku tahu kami dah takada harapan.

Sepanjang aku diinstitusi tersebut, Az masih main tarik tali, sekejap okay sekejap aku dimaki. Aku masih sabar.

Az tak pernah ingin bertemu dengan aku walaupun semasa dia menjenguk adik dia. Az akan selalu senyap berjam-jam tiba tiba saja dah maklum yang dia dah pulang dari melawat adik dia.

Aku? Dia tak endah dan sikit pun tiada usaha nak berjumpa. Tak macam awal-awal dulu. Sehingga satu hari, aku turun diwaktu ke kafe kolej, waktu itu, ramai keluarga turun berjumpa anak-anak dan adik beradik masing-masing.

Semasa aku berjalan ke kafe, aku ternampak Az. Aku senyum dan terkesima dalam masa yang sama. Ini kali pertama aku berjumpa Az. Az tak nampak teruja, malah seperti marah. Aku nekad nak jumpa dia.

Tapi dipandang sinis oleh keluarga dia pada waktu itu. Aku beransur dengan muka yang tebal, menahan malu. Aku masih maafkan dia.

Pertengahan tahun kedua hubungan kami, kami seperti biasa. Masih ada hari romantik, ada hari dia akan marah aku untuk hal yang aku tak tahu kenapa.

Dia suka bergurau sambil menunjukkan perbualan dia dengan ramai perempuan sambil cakap, “semua ni cantikkan? Tak macam you, you dahlah tak lembut macam perempuan-perempuan ni”.

Aku tak kisah kalau pembaca nak rasa aku menipu, aku yang lalui waktu tu. Cuma aku diam dan senyum. Masih sayangkan dia.

Tahun ketiga, kami mula renggang. Mungkin dia dah puas seksa aku. Atau aku yang dah tawar hati? Kami hanya borak 2-3 bulan sekali.

Aku masih mencari-cari dia, spam text setiap hari. Cuma mungkin dah jadi rutin, aku terbiasa dan tak rasa apa apa lagi. Tapi masih sayang.

Suatu hari dia benar-benar hilang. Aku give up.

Tak berapa lama selepas itu, dia hantar kad jemputan undangan ke Majlis Pertunangan dia dengan seorang perempuan. Katanya dah kenal perempuan itu selama 10 tahun.

Jadi, aku yang 4 tahun ni? Oh. Selama ini aku hanya simpanan dia. Aku saja yang anggap dia cinta pertama aku. Dia pula? Gunakan aku.

Hancur sehancurnya. Tuhan saja tahu. Aku seperti perempuan gila. Sejak itu, aku dah taktahu tentang dia.

Aku masih simpan dendam, taktahu cara nak maafkan dan lepaskan semua ini. Sehingga ke harini, aku masih tak mampu nak maafkan dia.

Kenapa kena dendam? Sebab dia, mental aku rosak. Aku perlu berjumpa dengan pakar psikatri mengenai keadaan mental dan emosi aku sejak kami putus.

Kesannya sampai harini. Aku boleh maafkan dia waktu dia libatkan arwah ayah aku dalam pergaduhan kami? Gila. Dia sekarang, dah bahagia.

Aku? masih merawat luka. Sejujurnya, aku rindu dia. Tapi aku akan buang perasaan ni jauh jauh.

Kadang aku terfikir, tergamaknya dia buat perempuan yang sanggup sabar, tunggu dia waktu dia tak ada apa apa.

Aku yang dorong dia waktu dia hanya pelajar biasa sampai dia sekarang menjadi salah seorang tenaga pengajar dan mempunyai bengkel sendiri.

Tapi dia pilih orang lain untuk jalani hidup bersama dan lupakan semua janjinya.

Satu kata dari aku, cuaca pun boleh berubah, apatah lagi hati manusia. Jangan berharap pada manusia melebihi berharap pada Tuhan.

Maaf kalau cerita aku agak berbelit, panjang dan complicated.

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *