Hai semua, aku Nurul umur lewat 20-an dan masih bujang. Aku cuma nak luahkan perasaan aku yang dah lama sangat aku simpan,
Takde siapa pun tahu iaitu pasal cinta pertama aku. Tak pasti la kalau perempuan lain macam aku ke tak yang masih teringat je kat first love korang.
Momen ni start masa aku mula2 pindah sekolah rendah kat satu kampung ni waktu tu darjah 5. Hari first sekolah tu memang nervous sangat sebab persekitaran baru kawan2 baru, sekolah baru tapi sebab budak2 lagi kan belum akil baligh pun memang senang ngam je.
90’s kids mase tu mesti ade geng main petang2 pastu aku ngam ngan geng sepermainan kawasan rumah aku tu dan mula dari situ aku rapat dengan Ali.
Ali bukan duduk kawasan rumah aku cuma dia ada motor dan selalu datang main ngan geng kawasan rumah aku. Jadi bila kat sekolah rendah walaupun lain kelas aku selalu lepak ngan geng main ni.
Fyi, geng main aku ni semua lelaki aku sorang je perempuan kadang ade jugak adik perempuan aku ikut main tapi kurang lasak dan cepat nangis so aku selalu taknak bawak dia.
Kitaorang akan main macam2 waktu petang contohnya main basikal, teng-teng, pegi sauk ikan, panjat pokok dan paling kerap main bola la.
Dalam 6-7 orang geng aku tu, aku paling rapat dengan Ali sebab aku jumpa dia sampai waktu ngaji malam so pegi ngaji pun masih main sama2 kalau dah habis turn ngaji tu. Sampai satu tahap aku rasa suka dan selesa dengan Ali cuma kitorg kawan macam biasa.
Fast forward tingkatan 1 aku sekolah asrama kat negeri lain dan lost contact dengan Ali dan geng2 lain sebab zaman tu masih pakai telefon rumah ye. Lebih kurang beberapa tahun kemudian start zaman masing2 ade Facebook.
Tiba2 aku nampak Ali add friend aku walaupun kitaorang takde mutual friend pun. So memang aku tahu dia search aku kat fb memandangkan nama sebenar aku agak rare jadi mudah dia jumpa.
Aku pernah search nama dia waktu keluar outing curi2 pegi CC tapi tak jumpa sebab nama dia terlalu mainstream. Bila Ali add friend aku betapa seronoknya aku rasa dan kitorg akan chat kat fb je tu pun aku akan reply 2 minggu sekali sebab rules outing asrama mmg 2 minggu sekali.
Bila dah senior sikit aku berani curi2 bawak fon baling anjing kat asrama dan aku akan chat Ali kadang2 call tapi jarang la macam seminggu 2 kali macam tu.
Tapi ini semua hanya sebagai kawan ye cuma aku ada perasan Ali banyak kali bagi aku hint nak ngorat aku tapi aku terlalu bodoh dalam bercinta dan anggap itu gurauan semata.
Walaupun aku jenis kasar Ali je yang panggil aku dengan gelaran ‘Princess’ dan dia pernah pos tudung dan novel untuk aku kat sekolah asrama.
Aku nampak effort dia sebab bila pikir balik mane ade shoppee dulu nak order2 online kau kena beli barang tu physically dan pegi pejabat pos pulak.
Ali selalu cakap dia rindu aku dan rindu kita yang dulu. Sejak tu aku sedar yang Ali pun memang ada perasaan yang sama macam aku. Suka sama suka cuma tak terluah sebab kurang komunikasi dan berjarak. Cuma terluah melalui perbuatan dan bahasa tubuh je.
Banyak kali aku rasa nak confess tapi aku jenis introvert dan pemalu. Hubungan kitorang yang mesra ni takde sape tahu walaupun kawan2 kitorang mase kecik ni. Tapi aku tak pasti la kalau Ali ade cerita kat dorang.
Btw, mase aku dah sekolah asrama ni family aku pun dah pindah dari kampung tu ke negeri lain pulak jadi kalau balik cuti pun memang tak dapat pun jumpa Ali.
Last aku jumpa Ali mase tingkatan 4 sebab mak ayah aku hadir jemputan kahwin kat kampung tu dan kebetulan aku tengah cuti jadi aku ikut sekali.
Semakin kacak tengok Ali depan2 dengan berjanggut dan berbadan sasa lagi tapi kitorg cuma bertegur sapa macam tu je takde borak panjang2 sebab malu orang tengok kat majlis kahwin. Ali pulak memang setia sekolah di kampung tu sampai form 6.
Fast forward lagi aku memang sibuk belajar sampai ke UA dan dah jarang contact Ali. Kadang ade hilang nombor tapi bile teringat aku chat Ali mintak nombor dia kat fb so kitorang ws la balik pastu hilang balik.
Ali pulak habis sekolah ada terima tawaran UA tapi berenti sebab dia anak bongsu dan kena jaga mak yang sakit kat kampung jadi dia buat kerja2 kampung je la.
Geng2 kitorang ni pulak dah merata rata dah pegi dan lost contact jugak cuma tengok post masing2 kat social media je la.
Walaupun aku jarang chat Ali tapi setiap kali hari raya dia takkan miss wish Selamat hari raya dan minta maaf kosong2 kat aku even dia takde salah pun dengan aku. Sampai satu tahun masa raya pkp tu aku tak dapat pun wish raya dari dia.
Aku dm dia kat ig tapi tak read pun dan last dia post pun dah lama tapi aku buat bodoh je la tah2 dia dah ada awek kan tu tak layan aku dah.
Tahun kedua pun sama aku yang wish dulu tapi still takde reply. Aku siap cakap Ali mana kau aku rindu dan still senyap. Ali tak pernah macam tu ye dia akan reply kalau aku chat, aku je yang kadang2 tak reply dia.
Lama2 aku stalk jugak ig dan fb dia tengok following dia, adik beradik dia dan guess what apa aku jumpa. Ali dah meninggal 2 tahun lepas akibat kemalangan masa nak pegi kerja.
Aku in denial dan terus contact sorang geng kitorang ni nakkan kepastian dan dia cakap ye memang Ali dah meninggal. Aku nangis teruk gile malam tu sampai mc esoknya.
Aku menyesal tak ambik tahu pasal Ali aku rindu nak bercerita dengan Ali. Tapi aku nangis lebih kepada menyesal tak terus terang kat Ali.
Walaupun hubungan kitorang lebih kepada teman tapi mesra tapi aku setia pada Ali aku tak penah layan lelaki lain nak2 lagi bercinta.
Dan sekarang aku belum jumpa jodoh walaupun dah cuba dan aku reda kalau Arwah Ali tu sebenarnya adalah jodoh aku.
Semoga kita bertemu lagi di syurga ye.
Al-fatihah untuk Ali. I love you Ali.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sedey la cerita awak. Cinta tak terucap..semoga arwah Ali tenang disana , ditemani bidadari syurga. Semoga awak bertemu jodoh dgn org seiras Ali…
Moga saudari bertemu jodoh dengan lelaki yang baik-baik. Al Fatihah untuk Ali, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman