Cinta Pertama

Ke hadapan cinta pertamaku,

Apa khabar awak disana? Saya? Sudah berkahwin dengan pilihan hati saya dan baru je melahirkan baby boy bulan mei tahun ni. 5 tahun berkahwin baru Allah hadirkan malaikat kecil untuk saya dan suami.

Cuma sekarang saya berani nak meluah apa yang tersimpan dalam hati saya dan maafkan saya sebab mengambil masa 10 tahun untuk berbicara & ini saja cara untuk saya lepaskan apa yang terbuku dalam hati selama ni.

Awak ingat tak lagi first time kita jumpa? Dekat tempat mengaji time saya darjah 5. Masa ni saya baru pindah ke kampung dan masih budak2 lagi tak tahu pasal cinta2 ni.

Awak tua dua tahun dari saya dan boleh dikatakan antara yang top la kat kelas mengaji tu sampai makcik yang mengajar pun suruh awak ajar dan perbetulkan bacaan saya. Sampai menangis-nangis sebab kena marah.

Ingat lagi surah tu surah al-Baqarah sebab tak ikut tajwid. Garang betul awak masa tu. Takyah cakap la meluat benci tak suka tu semua ada.

Tapi siapa sangka dekat2 saya nak spm, ada spark antara kita tapi masing-masing pendam sebab awkward & rasa belum masa dia lagi.

Tapi rasa tu we both know it is not normal walaupun takde declare couple macam budak2 sekarang. Cuma panggilan sahaja bertukar where we both da tak ber aku engkau dan guna nama. Masa tu pun da berbunga2 dalam hati.

Kad ngan surat tabur bedak jela jadi penghubung. Orang tengah dia pulak kawan baik saya merangkap sepupu awak. SMS & smartphone pun baru nak up. Jenuh la nak topap kredit. Nasib awak jaga kedai pakcik awak yang jual topap. Dapat la jugak jeling2 masa pegi beli tu.

Kemudian, awak masuk latihan askar dan saya ke menara gading. Masa ni da mula renggang tapi masih berhubung sampai akhirnya awak kata awak suka perempuan lain kat sana. Masa ni tipu lah saya tak sedih tapi siapalah saya yang takda declaration apa2 dengan awak.

Akhirnya saya melepaskan walau dalam hati teramat sayang. Saya cut off awak betul-betul sampai saya jumpa suami saya di universiti. Dia baik sangat tapi dia tak pernah tahu kewujudan awak sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercerita apa yang pernah saya lalui.

Suatu hari, saya baru habis kelas petang dan tiba-tiba awak tercongok depan kolej. Rasa lembik lutut 2 tahun tak jumpa masa tu. Awak kata awak dah habis latihan dan sangat malu nak cari saya.

Awak tak bertahan lama pun dengan perempuan tu hanya dalam 2 bulan saja sebab katanya dia tak memahami tugas awak. Selebihnya awak malu nak cari saya sebab beralih arah.

Saya cuma tutup luahan hati awak dengan gelak dan mengatakan tak apa sebab kita tak pernah declare apa-apa hubungan pun. Lagipun saya pun da ada orang lain. Kalau saya sayangkan awak betul-betul, mesti saya pun takkan suka orang lain.

Riak muka awak terus berubah. Tak tahu lah terasa hati atau apa & terus tukar topik lain. Kita sembang-sembang kosong sampai awak balik sebelum maghrib.

Malam tu, sepupu awak contact saya & kata sebenarnya awak nak ajak saya kahwin lepas habis belajar. Kalau kata saya tak tersentuh, tipu lah sebab awak orang pertama yang saya rasa lain dari yang lain.

Rasa sayang masih bersisa tapi ini tak adil untuk suami saya (aka kekasih waktu tu). Dia melayan saya dengan baik dan tulus menyayangi saya. Tak tergamak saya melukakan hati dia sebab saya tahu pedih rasanya ditinggalkan.

Sepupu awak fed up agaknya sampai kata kita sama-sama sayang tapi sama-sama tak luah apa yang ada dalam hati. Saya cuma kata kalau ada jodoh ada lah. Lagipun saya masih belajar & tak mahu fikir lebih lagi.

Awak still berhubung tanya khabar saya sehingga saya bekerja & selalu tanya kalau suami saya tu layan saya okay ke tak. Saya selalu kata suami saya layan okay je walaupun kadang2 nampak awak yang melebih dari dia. Huhu…

Sampailah satu hari saya terima panggilan dari sepupu awak. Katanya, datang cepat kat hospital ***** *****, ada emergency dan dia terus tutup call.

Sesampainya saya disana, saya hanya nampak ramai orang menangis, rupa-rupanya awak dah tinggalkan kami semua. Awak kemalangan & berlaku pendarahan teruk di kepala.

Ahli keluarga awak semua ada, saya hanya memandang dari jauh bersama sepupu awak. Kaki saya tak boleh melangkah ke hadapan langsung. Saya tak dapat menangis, hanya pandangan kosong saya tunjukkan.

Selesai urusan, saya pulang ke rumah. Di rumah, semua emosi datang bertimpa. Saya menjerit menangis sampai tertidur.

Saya MC dua hari dan berkurung dalam bilik. Separuh hati menyalahkan diri sendiri why I am so mean masa awak datang jumpa saya. Mesti awak rasa berlagaknya saya masa tu. Mesti awak rasa saya nak balas apa yang awak buat kat saya kan. Saya takda pun niat macam tu.

Saya simpan semua yang saya rasa sampai harini. Saya tak pandai nak susun ayat. Tapi saya nak luah apa yang ada dalam hati saya. Saya tak pernah marah pun masa awak suka perempuan lain. Tak perlu rasa malu dulu.

Allah dah tetapkan tertulis yang jodoh kita tiada. Tapi perkenalan dengan awak mengajar saya tak semua cinta budak-budak tu cinta monyet. Ada yang berbekas sampai kita pejam mata.

Terkadang saya rasa berdosa dengan suami saya sebab rindukan awak. Rasa jahatnya saya rindukan orang yang tiada. Saya tak pernah ceritakan semua ni dekat suami saya. Semoga Allah ampunkan saya insan yang lemah ni.

10 tahun dah awak tinggalkan dunia yang fana’ ni. Saya okay dan bahagia awak. Maaf juga saya tak dapat ziarah kubur awak sampai sekarang. Saya tak ada kekuatan untuk itu.

Saya doakan roh awak dicucuri Rahmat Allah SWT. Berbahagialah awak disana, cinta pertama saya.

– LEYAA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sy pon pernah berada dlm situasi begini berkawan since secondary..alhamdulillah 15 tahun bahagia bersama suami cumanya husband tau kewujudan insan lain tu tp husband jenis tak amik port sgt kisah silam sy..syg tu dah takda tapi kdg2 teringat cerita lama kdg2 rindu (mashaAllah berdosanya sy!) Ampunkan daku wahai suamiku
    dan sy tak menyesal kawin dgn husband coz he is the best for me and he made my dream comes true which is dpt kawin bawah pedang!

  2. Entahla pelik betul admin approve citer ni. Pebenda kak contact orang laki lain masa dah khawin? Sedih tu tak rasa pun dari baca citer ni just rasa why did you normalize your act? Find la feelings susah control tapi your actions. Nasib baik dah in the past. Haih stopla takde faedah kak oi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *