Cinta Platonik

I am a woman in early 30s. Yes still single. What I want to share is about nasib aku kurang bernasib baik dalam relationship.

My first serious relationship masa aku final year diploma, and lama bertahan sampai aku habis degree. Almost 3 years and aku decided untuk break up. Alasan aku dia tak jaga solat, heavy smoker & takde keje tetap.

Aku sebenarnya tak pernah pon rasa nak kahwin dengan dia. Masa tu lebih pada nak ada someone as bf. Plus kawan-kawan ada bf masing-masing time tu. We were in relationship tapi feelings tu macam takde.

He was suffering a lot after our break up, keep calling & texting me everyday for years after our break up.

Tapi aku still tak menyesal. Aku macam nekad je. Aku fikir aku ada reasons yang solid untuk putus dengan dia. Aku tak nak if we got married, our kids ada ayah yang tak jaga solat & tak jaga agama walaupon aku bukanlah baik sangat.

Then after habis degree, aku dapat keje yang aku idamkan selama ni. Aku kenal dengan this guy. Aku namakan dia mamat bff. Kami kawan je mula-mula then jadi best friend. Sebab kami selalu keje dalam satu team. Bos suka letak kami to work together.

Dia always share cerita about his family and parents. Selalu lunch and dinner together. Sebab aku jenis tak ramai kawan. To that extent kami selalu shopping, buat everyday’s routine sama-sama. Bila dia nak beli rumah dan kereta pon dia share & bawak aku g sama-sama.

If ada kalau events company like dinner pon kami akan pergi sedondon sama-sama macam couple. Then semua org ingat kami in a relationship. Even kami selalu backpacking pergi travel sama-sama during holiday. Dia selalu take care, ada time aku susah dan senang. Sangat caring.

Kami dah macam suami isteri dah cumanya stay kat rumah lain-lain. Don’t get me wrong, kami tidak pernah sampai to the sexual relationship pon. Maksud aku dari segi kebersamaan dalam rutin harian, kerja & travel interest. Kami pon dah kenal parents & family masing-masing.

Cuma aku pelik ape status aku dalam hati dia. Sebab kami tak pernah cakap soal hati. At that time, aku fikir maybe dia jenis lelaki yang susah or malu nak confess kot. So aku just go with the flow walaupun aku nak sangat bring our relationship to a marriage.

Then after few years, aku confess yang aku suka dia & nak dia selalu ada dalam hidup aku forever sebagai yang halal. Then out of suprise dia pon confess juga. Tapi bukan confess yang dia suka aku. He confessed to me yang dia gay. Tuhan saja tau perasaan aku masa tu.

All this while rupanya aku berada dalam platonic love kot. Korang boleh google la platonic love tu ape. Patutlah dia tidak pernah nak cakap pasal hati dan perasaan. Dia memang takde nafsu pon kat aku. Aku memang heartbroken sangat time tu.

Aku macam in denial tak boleh terima walaupon lepas tu aku siasat dengan close contacts dia memang it is proven yang dia memang gay. Siap ada casual partner.

Patutlah aku pelik jugak sebab dalam sebulan akan ada time yang dia menghilang & sangat berahsia pasal dia gi mana or sape kawan-kawan dia. Plus walaupon sangat rapat, aku tak pernah tahu apa-apa passwords dia.

Since kami dalam team yang sama dalam company, so memang tak boleh elak memang setiap hari akan jumpa dia. So aku buat keputusan untuk resign. Plus aku fikir untuk achieve something dalam career bila umur dah nak end of 20s.

Aku decided untuk sambung professional certificate kat UK. Kami masih lagi kawan macam biasa. Cuma pada aku perasaan tu masih ada walaupun sparks tu dah mula hilang. Dia masih lagi baik dan take care pada aku. Even dia tolong belikan tiket, uruskan visa & still hantar aku kat airport masa aku nak fly.

Sedih sangat masa tu. Dia pesan macam-macam. Siap mintak kawan dia yang kat sana untuk jemput & uruskan aku punya accomodation kat sana. Sedih. Aku tak pernah expect akan involve dalam relationship yang macam tu. Apa motif laki and perempuan berkawan kalau tak nak berkahwin kan.

Aku berdoa supaya Tuhan bagi jalan mudah untuk aku lupakan dia & semoga dia bertaubat. Tapi sangat susah. Kami masih lagi baik & contact each other.

So aku decided untuk stay as bff. Sebab aku tak mampu nak benci dia. Banyak memori kami bersama & kebaikan dia dalam hidup aku sepanjang tinggal sorang2 keje kat KL.

Then masa aku study kat UK aku kenal dengan sorang mamat ni. Aku namakan dia mamat UK. Kami satu kelas. Dia baik dan selalu solat on time. Kami close, selalu study sama-sama & spend time together. The best thing dengan dia kami sama-sama suka tengok live performance and layan busking.

Dia seorang pendengar yang sangat baik. This time aku tak nak buang masa, so aku decided nak just directly talk about our relationship walaupun once again aku macam perigi cari timba dah. Then it turned out he said dia dah ada gf kat kampung.

Once again aku sedih. Sedih sebab kami rapat. Tapi aku tak boleh nak memiliki dia. Tapi kami still berkawan macam biasa. Sebab aku tak ramai kawan kat sini. Kami pon dalam circle yang sama je sebab Malaysian pon tak ramai kat sini. Aku fikir positif je.

Lepas confession tu kami dah tak close sangat macam awal-awal sem. Aku redha je even aku sangat rindu momen-momen masa kami rapat.

So aku fokus je habiskan paper. Sebab yuran untuk professional certificate ni sangat mahal kalau aku fail mana-mana paper. Plus scholarship pon aku dapat cukup-cukup je.

Then masa di final semester, dia datang cari aku balik. Aku still positive je. Kami jadi rapat semula. Then aku dapat tahu gf dia kat kampung tadi dah tunang dengan orang lain.

Patutla dia nampak macam single je. So aku pon just go with the flow. Study dan lepak sama-sama. Tapi tak pernah cakap soal hati. Sebab malas nak kecewa lagi.

Waktu ni aku rasa sangat bahagia sebab dia sangat caring. Dia akan jeles bila aku mesra dengan lelaki lain. Pernah plan nak develop our career together. Went through together all the final processes nak habiskan certificate kami. Happy and nangis sama-sama.

So aku assume dia ada interest dengan aku. So aku tunggu je sampai kami habis study. Tapi at the end tak ada ape-ape pon sampai abis. Again platonic love.

After habis, aku balik KL semula dan start keje balik. Syukur rezeki aku senang dapat keje balik. Kami masih lagi contact dan aku anggap maybe takde jodoh aku dengan dia mamat UK tadi.

Mungkin jodoh kami sebagai kawan je. Sebab dia macam takde efforts pon untuk bawa relationship kami into a marriage, sama macam mamat bff tadi. So sampai sekarang pon macam tu je.

Dan sekarang bila dah keje aku cam dah malas nak kenal-kenal orang. Aku macam dah give up nak start everything from zero. Sebab untuk perempuan umur 30an macam aku memang aim untuk relationship untuk kahwin.

Aku macam terfikir kenapalah jodoh aku berat walaupon aku jenis yang tak susah untuk berkawan dengan lelaki.

My bffs ramai lelaki. Aku pon ada jugak ada kenal lelaki-lelaki lain, cuma yang went through macam-macam mamat bff dengan mamat uk ni, Berkawan pulak lama bukan sekejab-sekejab. Pattern relationship aku macam sama je, stagnant bila dah close.

Macam lelaki akan stop dengan aku setakat tu je even dah go through together macam-macam, but remain as good friend je. Penat. Sedih sangat. At this age, aku nak sangat ada family. Ada suami dan anak-anak. Ada life partner yang boleh growing old together.

Kadang-kadang aku tak faham apa yang lelaki nak sebenarnya. Go through macam-macam dalam relationship bukan menjamin yang diorang nak memperisterikan kita. So sad. Kadang-kadang terfikir adakah ini kifarah sebab aku reject ex aku yang first tadi tanpa bagi dia peluang untuk berubah.

Hopefully everyone dalam IIUM confession boleh doakan jodoh untuk aku. Or boleh nasihatkan aku apa-apa yang aku tak realize atau terlepas pandang. Terima kasih.

– Anastasia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *