Cinta Pudar Yang Tinggal Hanya Benci

Assalamualaikum wbt semua. Aku merupakan seorang SAHM, berumur 24 tahun. Anak 3.

Kalau mak aku tak strok, mungkin sekarang aku sedang berada dalam tahun ketiga universiti, mak pula akan bantu jaga anak anak aku sebab mak tak suka hantar pengasuh…

Selama 4 tahun perkahwinanku dengan suami, tahun lepas merupakan yang paling teruk setakat ni.

Abang ipar dan birasku duduk serumah dengan kami menyebabkan aku tak selesa. Aku juga terpaksa tanggung keperluan biras sebab abang ipar penagih. Apa je dia boleh buat.

Suami pula buat bodoh bila aku minta usir manusia tak guna ni. Menyebabkan aku berdendam dengan suami.

Aku sedar pada waktu itu aku ini bukanlah sesiapa kecuali pendatang di dalam keluarga suamiku. Baju anak2, mainan dan belanja makan anak2 aku guna duit simpanan sendiri. Bila minta suami beli dia buat muka.

Tapi bila biras aku minta dia belikan baju untuk anak buahnya, dengan kadar segera dia beli. Aku ambil hati sangat2. Aku benci suami aku.

Bila suami balik rumah, birasku yang seharian duk dalam bilik pun keluar nak bercerita manja dengan suamiku. Sedangkan aku bagai tunggul berdiri di samping suami yang duduk.

Tahun lalu jugalah suami aku tampar aku disebabkan aku tertidur dan lock pintu bilik.

Suami aku pulang lambat tengok match. Aku lock sebab abg ipar suka buka pintu tak ketuk dulu sebab nak tengok anak2 aku. Entah la.

Suami janji tak buat lagi. Tapi awal bulan ni bila dia balik jam 3 pagi, aku minta dia tidur di luar untuk elakkan kami bergaduh dia tak nak dan aku mula keluar dan dia ugut bunuh aku, dia bersumpah atas nama Allah dia akan bunuh aku.

Aku tergamam. Sanggup dia cakap macam tu.

Baju raya anak dan kasut raya serta accessories anak2 aku beli sendiri. Teringin nak tengok anak2 bergaya hari raya pertama walaupun kami tidaklah beraya kemana pun.

Tak berani bagi tahu suami kang buat muka lagi. Tak suka orang yang tak ikhlas dengan keluarga kecil sendiri.

Btw, biras aku dah balik ke kampung halaman dia. Tapi abang ipar penagih masih ada lagi. Bilik dia, baju dia semua aku yang settle kan.

Aku ada juga tanya suami bila abang ipar nak keluar, katanya jangan tanya lagi.

Yela aku ni siapa, kan? Makanan free, duit dapat jatuh dari langit. Mana mahunya nak berambus. Kalau function takpe, ni menyumbang pencemaran asap rokok dalam rumah je.

Buat masa ni, di dalam hati aku cuma benci kepada suami. Tapi aku tak tahu nak buat apa.

Bila diluah suami macam pandai manipulate dan salahkan aku balik.

So aku tengah kumpul evidence dan merangka hujah aku agar aku tidak dimanipulasi, tidak dibodoh2kan. Entah apa ada dalam otak bapa aku jodohkan aku dengan lelaki bangang macam ni.

Sepanjang hidup rajin bisnes tapi tak maju2. Yela sebab dia membela banyak biawak hidup. Aku ajak dia buka acc saving anak dia cakap duit takde. Tapi diam2 bagi pinjam kat kawan2 sampai beribu2.

Takpe la, insha Allah mesti ada rezeki aku. Korang doakan aku berjaya ya.

And lagi satu, kalau korang ada dalam situasi aku korang buat apa?

Aku dah malas jadi the one yang slowtalk untuk selamatkan rumah tangga. For now i’ll just watch and see apa tindakan suami aku. Suka hati dialah nak buat apa. Malas nak fikir.

– Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. kalau saya balik je rumah mak sndri, dpat kebenaran ke tk lantak, nafkah yg wajib pun tk sempurna. bak kata ustaz nafkah tempat tinggal tk sempurna kalau ada org yg buat isteri tak selesa. tkpun aku tuntut je cerai siap ugut bunuh bagai ni bahaya jugak merisaukan. dari cerita sis husband sis mcm tk guna kalau saya pon jadi benci kt suami sndri, bukan nk menggalakkan perceraian tp dalam cite ni sis yg paling trseksa dan terbeban emosi dan fizikal.

  2. Kumpul bukti2 perbelanjaan yg tpaksa tanggung sendiri…angkat kaki.. lain macam dah tu level toksik nya.. seksa mental fizikal kalau xbertindak awal..

  3. sedih dan simpati sy baca luahan akak. selamatkan diri akak dan anak², jgn duduk dlm environment ni, tak bagus utk anak² dan akak sendiri. lekas buat tindakan. moga semua urusan akak dpermudah

  4. Kalau saya saya rasa bagus akak bagitau family akak dan stay ngan diorg sbb kalau stay kat sana nanti anak anak akak sakit pula sbb abg ipar akak kan merokok pastu pergi ke pejabat agama untuk berbincang ttg nafkah yg dia tak bagi selama ni kalau dia masih tak berubah akak tak ya risau dah sbb akak dah cuba untuk baiki hubungan dia yg tak nak akak dah terlepas dari dosa sbb dah nasihat kan dia…ni yg saya rasa patut akak try lah tapi kalau tak berjaya maaf ye ni je yg saya dpt fikir…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *