Cinta, Restu dan Amalan Soleh

Assalamualaikum admin, mohon siarkan artikel ini ya sebab saya dah tak mampu brain masalah ini lagi.

Bismillah Hirr Rahman Nirr Rahim.

Name aku Aris, seorang Jurutera di sebuah syarikat perkapalan. Pada 2014, aku telah berkenalan dengan seorang gadis (H) dan kami menjalinkan hubungan cinta sehingga sekarang. Selama 4 tahun perkenalan kami, banyak perkara yang elok dan tak elok telah kami lakukan bersama (mohon tidak judge). Dan dengan itu kami mengambil kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga memandangkan keluarga H pun sudah kenal dan selesa dengan kehadiran aku.

Cerita sedih bermula apabila aku mula memberitahu niat aku untuk membina masjid kepada umi (Ibu angkat, ayah dan ibu aku dah meninggal dunia) aku, pada awalnya umi okay saja. Aku pun melonjak gembira kerana sudah dapat Green Light untuk meneruskan ke fasa seterusnya. Tetapi beberapa bulan selepas itu, umi menyatakan rasa ketidaksedapan hati dan tidak membenarkan aku untuk meneruskan apa yg telah kami hajati seperti sebelum ini. Masakan tiada angin serta ribut taufan, tiba-tiba umi tergamak untuk memutuskan hajat suci kami ini. Dalam kesedihan aku bertanya kepada umi.

A : “Apa yang buat umi tiba-tiba bertukar fikiran ni? kan umi dah setuju haritu. Umi kecik hati dgn Aris?”
U : “Umi dapat berita dari kenalan umi, Makcik Z bagitau umi yang emak kepada H telah bomohkan kau dengan ilmu pengasih nak, umi kesian kat ko nanti.”
A : “MasyaAllah umi, makcik Z tahu dari mana?”
U : “Dia ada datang rumah haritu lawat umi, tiba-tiba tanya umi kenapa muka kusut, lalu dia seperti menurun dan dari situ dia nampak yang memang ada yg tak kena dgn keluarga H tu nak.”
A : “Lah, patutlah.”

Memandangkan umi merupakan seorang yg hardcore dgn kepercayaan kepada alam mistik dan turun menurun, umi terus menghalang aku dari meneruskan apa yg dihajati kami.

Selama 2 bulan aku mencari akal bagaimana untuk membuktikan kepada umi yg sebenarnya tiada apa yg perlu dirisaukan. Maka pada satu malam, ada sahabat aku mensarankan untuk pergi bertemu ustaz di pusat perubatan islam D. Aku bersetuju dan pergi bersamanya. Alhamdulillah selepas sesi rawatan yg dilakukan ustaz. Ustaz mengesahkan tiada apa-apa yg perlu diubati dari badan aku. Demi Allah aku lega dan ingin memberitahu umi untuk percaya bahawa keluar H bukanlah dalam kalangan manusia yg mengamalkan ilmu sesat seperti yg didakwa Makcik Z.

Pada hujung minggu, aku mengajak umi dan sepupu aku untuk ke D supaya umi boleh mendengar sendiri penjelasan ustaz, tapi umi tidak mahu turuti dan mencadangkan untuk berjumpa seorang perawat lain yg umi lebih kenal. Aku okay sahaja kerana aku yakin tiada apa yg perlu takutkan. Maka pada malam itu kami ke rumah perawat itu pada jam 9 malam selepas isya’. Sejurus aku melangkah masuk, aku pandang bahagian kiri aku dan dapati satu bekas berisi kemenyan. Aku mula syak wasangka kerana aku tidak menganggap perubatan islam yg sebenar-sebenarnya memerlukan itu semua melainkan ayat-ayat suci Al-Quran dan keizinan Ilahi. Tapi aku layankan dulu sebab taknak kecewakan umi. Tak semena-mena perawat itu duduk di bekas kemenyan itu dan beritual seperti menurun sambil menghiris limau dan masukkan kedalam sebuah besen berisi air. Suaranya berubah dan dia memanggil aku.

Perawat (P) :”Apa masalah yg kau nak tau nak?”
A : “Tengokkan ada apa-apa dalam badan sy ni tak.”
P : “Ada benda yg ko dah makan masa ko bersama perempuan ni.”
A : “Makan apa tok?”
Lalu perawat menyeru..
P : “Bonzai (khadam jin), kau bawak benda tu kesini”

Pelepupp (Bunyi seperti batu jatuh kedalam air diikuti bunyi gas meluap, sssss).

Tak semena-mena ada sebiji botol dgn cecair bewarna merah seperti merah guava berada di dalam bekas tu dgn effect gas di sekelilingnya.
Aku tidak kaget sebab aku tahu peranan jin dalam memecahbelahkan manusia dan ia normal. Lalu perawat menuang cecair dari dalam botol itu dan menyuruh umi dan sepupu aku hidu. Aku tidak bau apa tetapi mereka mendakwa cecair itu berbau hanyir.

P : “Benda ni la yg ko da makan sampai ko jadi sayang sgt dan tak mahu lepaskan perempuan tu”
A : “…”

Sejak dari itu, umi aku menangis setiap hari dan memaksa untuk aku lupakan H. Tapi hati aku dalam diam tak membenarkan pemahaman yg telah menguasai umi aku untuk percaya kata-kata perawat itu kerana aku tidak akan sesekali percaya bahawa manusia yg menggunakan jin utk mendapatkan berita dan meramal itu benar malah bagi aku perbuatan itu melampau dan tersimpang jauh dari jalan islam. Sehingga harini aku masih mencari cara untuk meyakinkan ibu bahawa H adalah pilihan hati aku dan mustahil untuk aku melupakannya kerana aku ingin menebus kesilapan aku.

Tapi, ada petikan yang aku terjumpa :

Sekiranya kita tidak dapat apa yg kira terlampau impikan, percayalah bahawa mungkin itu lebih baik daripada memilikinya.

Aku buntu, bantu aku. bagi yg ada pengalaman, aku mohon nasihat kalian apa yg perlu aku lakukan. Aku ingin bahagia juga. Terima Kasih.

– Aris Zainani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *