Cinta Sampai M4ti II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-sampai-mati-2/).

Salam semua pembaca, masih ingat kisah so called “cinta sampai mati” saya pada si M, ex yang saya cintai dari umur 15, putus umur 25 dan sampai sekarang umur 35 masih lagi tersemat rasa cinta pada M tu.

Kononnya nak anonymous, tapi lupa ramai kawan saya dan M yang follow page ni. Kawan saya Zaini (bukan nama sebenar) yang juga rakan si M terbaca luahan cerita tersebut dan tersangat yakinnya la hai itu kisah saya dan M,

Dia maklumkan pada si M, Zaini ada no phone saya dan setelah M baca dia minta no phone saya dari si Zaini ni.

Maka mid February haritu saya yang tengah golek golek depan tv sebab kena habiskan cuti tahun lepas dapat lah satu whatsapp.

Whatsapp tertulis “salam” *Dina*, maaf ganggu, ini M, kalau saya nak call boleh, atau tak mahu saya call saya nak whatsapp, moga *Dina* baik2 sahaja.

Masa dapat whatsapp tu saya punya terkujat Allah sahaja yang maha tahu. Mengigil tangan dan terketap ketap gigi tahan terkejut nak balas whatsapp tu.

Saya cuma maklumkan tak perlu call, kalau tak ada benda penting pun tak perlu whatsapp lepas tu saya tanya mana dapat no saya.

M maklumkan dapat dari Zaini dan dia dah baca kisah saya di IIUM Confession.

Dia yakin itu kisah kami sebab bab dia peluk kaki saya minta maaf nangis2 sebab hati dia dah jatuh pada isteri dia sekarang ni. Tak ada siapa tahu hal ini kan kecuali kami berdua.

Dia maklumkan lepas putus dia memang banyak kali cll dan cuba email saya nak minta maaf sungguh2 tapi saya block segala nombor dia.

Memang saya akui lepas putus dia cuba contact tapi lepas baca sms pertama dia bukannya nak sambung balik hubungan tapi lebih nak justified kan tindakan dia saya block segala bentuk contact.

M maklumkan dia tak sangka sampai macam gini teruknya sakit perasaan saya atas perbuatan dia, dia ada cuba riki2 perkembangan saya dan dia tau saya masih single.

Dia maklumkan juga ada masa dia teringatkan saya pada satu satu masa tapi dia abaikan saja perasaan tu sebab dia anggap saya benci dia separuh nyawa.

Dia whatsapp ya gambar saya yang dia masih simpan, scanned n share diwahtsapp. Gambar saya 10 tahun lepas masa kami masih bercinta padahal masa tu dia dah angau dengan isteri nya sekarang.

Dia maklumkan lagi saya sentiasa ada dalam lubuk hati dia sebab cinta pertama dia.

Tapi cinta sampai mati dia hanya pada isteri dan anak anak sahaja. Dia ajak jumpa untuk borak borak kosong ditempat awam kononnya.

Saya tolak sebab takut saya bertambah *gila* Ada lagi whatsapp dia yang panjang berjela tapi saya cuma kasi gitz nya saja la ya.

So saya baca berulang ulang kali, bayangkan whatsapp ini yang saya harapkan dari seseorang sejak 10 tahun dulu.. Tapi bila dah dapat perasaan saya jadi kosong.

Awal2 menggigil, terketar2, lama lama jadi numb pula perasaan dan diri ni. Tak ada rasa nak jumpa, tak ada rasa nak sambung cinta (kot dia nak la kan..) tak ada rasa apa.. Cuma numb.

Saya balas, maaf luah perasaan di FB, maaf jadi stalker dia, maaf tetap sayang dia walaupun dia dah jadi suami dan bapa orang.. Panjang lagi tapi itu antara nya.

M maklumkan kalau dia boleh putar masa dia tak akan terima kerja di syarikat yang mana dia jumpa isteri nya tu, dia konon kononnya tak sangka dia boleh kecewa kan orang yang dia paling sayang.

Saya maklum kan kalau paling sayang tak adalah dia buat apa yang dia buat pada saya.

Akhir whatsapp kami, saya cuma minta lepaskan saya dalam ingatan dia.. Buang gambar2 lama saya sebab saya pun tak simpan lansung gambar dia, set privacy fb dia hanya pada friends sahaja..

Saya janji pada dia saya tak stalk dia lagi dan cuba untuk lupakan dia. Dia bagi rekod suara dengan suara sebak nya..

Minta maaf banyak kali berat rasa dada dia bila baca luahan hati saya, dia tak sangka saya hati saya akan sehancur itu. (boleh ya kau tak tak sangka).

Apapun lepas tu memang saya delete segala nombor dia, saya cuba buka fb dia dah pun private, pic profile pun gambar basikal.. saya pun dah block fb dia.

Kawan baik yang saya cerita kan segala isi hati saya baru2 ini bawa saya jumpa ustaz minta doa pulihkan hati saya..

Pakcik ustaz tu ada doakan dan isteri dia mandikan saya dengan air bunga+limau nipis, lepas dimandikan ustaz cakap, remuk sungguh hati awak ni, macam dalam dunia sendiri, dia berikan beberapa ayat Quran untuk saya wiridkan lepas setiap solat.

Sekarang saya dalam fasa nak pulih kan diri, dah tak menangis, dah tak ingat sangat pada M.. Maaf cerita kali ini tak best, apapun doakan saya ya, dah masuk umur 35 tahun tapi terbeban dengan perasaan yang tak kesampaian.

Saya rasanya tak cerita, dulu setiap lepas subuh saya mesti menangis teringat kan M, sekarang alhamdulilah dah tak ada. Saya yakin saya boleh lepaskan beban perasaan saya sebab nampak perubahannya.

Terima kasih pada admin IIUM confessions, terima kasih pada pembaca semua. Doakan saya jumpa jodoh yang baik dan sayang saya selamanya.. Aamin.

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *