Assalamualaikum.. Saya zu, ya nama sebenar. Ramai je yang bernama zu kan. Terima kasih admin sudi kongsi kisah saya. Saya nak kongsi pengalaman saya memilih pasangan hidup.
Saya dan suami ni cuma satu kampung ja tapi kurang kenal cuma kenal ibu bapa masing2 sahaja. Sebelum saya kenal suami dengan lebih rapat ramai jugala yang pernah saya berkawan. Dalam masa yang sama 2 3 orang juga lelaki yang saya berkawan untuk kenal. Ya saya sebenarnya memilih. Mestilah saya pilih pasangan untuk hidup selamanya insyaaAllah..
Masa saya belajar di sebuah institut saya berkawan dengan dua orang lelaki hanya berbalas sms sahaja yala masatu pakai nokia tochligh ja.hihi kadang bercakap juga dalam talian. Berjumpa akan ada berteman. Seorang belajar sama di institit. seorang lagi belajar juga tapi di lain negeri dalam bahagia oil&gas sekarang dia dah kerja offshore. Seorang lagi belajar bahagian elektrik sekarang kerja tenaga pelajar dalam bidang elektrik juga. Macam mana boleh tahu saya stalker la, huhu tapi itu semua untuk tahu perkembangan sahaja.
Masa sekolah menengah pun ada juga. Dulu saya sekolah agama. Walaupun kelas asing lelaki perempuan tapi ada juga main kawan2 ada 2 orang juga. Alhamdulillah sekarang kedua sudah menjadi ustaz di sekolah yang berlainan. Kesemuanya sudah mendirikan rumahtangga dan beranak pinak. Sekian kisah mereka.
Kisah saya dan suami. Nama pun satu kampung mestilah pernah bersua muka tapi tak pernah sekali bertegur sapa. Kisahnya bermula ketika saya baru pulang dari institut turun bas dan tunggu ayah saya datang ambil tiba2 dia lalu dengan motor yamaha125rz hitam dihadapan saya dan berhenti depan sikit dari saya lalu dia menoleh kebelakang melihat saya dari situlah kali pertama kami bertentang mata. Tak lama dia kembali menunggang ke rumah masa tu baru azan mangrib dia bergegas pulang mungkin berkejar untuk solat dan selang 2 ke 3 minit ayah saya pun datang ambil.
Tidak berhenti disitu keesokannya jiran rumah saya mak menakan buat kenduri kesyukuran panggil orang2 kampung. Tak terlepas la suami saya juga datang. Sedang saya basuh pinggan di hujung rumah dia datang membawa pinggan betul2 depan saya. Kali kedua kami bertentang mata berbalas senyuman.huhu malamnya datangla sms dari dia bertegur salam..
Waktu ini saya di semester akhir berhubung dengan dia pun on off. Oh lupa no fon dia ambik dari adik lelaki saya. Merangkap wali kami ketika nikah..hihi ketika praktikal saya praktikal berdekatan dengan rumah maka lagi kerapla kami berjumpa cuma hujung minggu sebab dia bekerja agak jauh dari rumah tiap2 hujung minggu dia akan pulang ke kampung.
Makin lama saya mengenali dia. Makin hati terusik. Dia kerja apa? Masa tu dia bekerja sebagai tukang servis air con hospital di sebuah hospital kerajaan. Masa tu gaji dia belum sampai 1k cuma kerja bawahan. Dia boleh beli motor dengan harga 9k keatas yala yamaha 125rz mahal la. Dia beli hasil gaji bulanan. Saya kenal semua keluarga dia adik beradik dia. Kawan lelaki yang 2 orang tu terus saya left tanpa sebab. kejam kan. Tapi mereka boleh terima dengan hati yang luka. Maafkan saya….
Penting untuk kita kenal keluarga bakal suami dan sangat penting juga ibu bapa kita juga saling kenal ibubapa suami. Adik beradiknya. Andai kita tahu sedikit keburukan dari keluarganya dan kita perlu berfikir boleh kah kita bertahan kerana kita juga akan hidup bersama keluarganya. Sebelum terlambat kita kena fikir sejauh itu agar kita tak akan ada masalah pada keluargannya. Andai kita boleh bertahan teruskan. Kerana bagi saya itu semua penting. Bukan hanya kenal hati budi malah kenal juga situasi kedudukan kita dengan dia. Apa kita boleh terima semuaanya. Bagi saya keluarga penting. Ya memang kita hidup hanya suami isteri. Tapi bukan hanya sekadar itu. Selagi boleh memilih kita pilih.
Sejak berkawan dengan dia dia mula rapat dengan ayah saya. Rapat di surau bersembang berjemaah sekali. Solat alhamdulillah 5 waktu cukup. Sangat penting untuk memilih pasangan hidup bagi kita seorang muslim solat 5 waktu. Wajib suami kita solat cukup 5 waktu termasuk solat jumaat. Yang sunat itu belakang kira yang penting solat 5 waktu. Saya tekankan wajib solat 5 waktu. Makin lama ayah saya mungkin dapat hidu hubungan kami.
Saya menerima khabar kurang menyenangkan ayah jatuh sakit. (Lukimia stage 3) dia banyak memberi kata2 semangat pada saya nasihat semua lah kata kata yang baik. ayah dan mak tiap2 bulan berulang alik ke hospital untuk rawatan kemo di hospital besar peneng. Saya ketika ini praktikal. Dan saya lah yang menjaga adik2 di rumah. Saya mempunyai 4 adik kerana saya sulong. Dia baik kadang pernah hulurkan duit tapi saya tolak. Saya tahu gaji dia tak seberapa. Memang saya tak ambil. Kadang dia bagi makanan. Makanan memang tak boleh ditolak sebab dia paksa ambil juga.
Sekian lama ayah saya di hospital Allah lebih sayangkan ayah saya. Ayah saya menghembuskan nafas terakhir setelah 7 ke 8 bulan menanggung sakit. Sedih sangat kerana ayah segalanya bagi saya. Dia pula setelah tahu ayah saya sudah tiada pada waktu subuh dia bergegas pulang ke kampung dengan alasan bapa saudara meninggal. Lagi amat saya terharu dengan dia. Terima kasih abang..
Setelah setahun ayah pergi saya dan dia mengambil keputusan untuk bertunang selepas raya dan bernikah pada 1.11.2014. Sekarang saya dan dia sudah dikurnia sepasang cahaya mata alhamdulillah. Mungkin sudah panjang saya menulis. Andai tulisan ini dikongsi dan mendapat 50 kongsi di muka buku saya akan kongsikan pula rezeki dia semakin hari semakin bertambah dan tak pernah berkurang ketika dia mula melamar saya dan sehingga ke hari ini, dengan tajuk ‘rezeki cinta sebelum dan selepas kahwin’.
Sekian…
– Sayang abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit