Cinta Sejati II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-sejati/).

Assalamualaikum. Terima admin approve confession aku yang sebelum ni. Aku ada beritahu nak cerita kisah pasal doa. .aku ada beberapa kisah doa tapi aku decide untuk cerita pasal doa yang berkaitan dengan ex yang aku ada sebut dalam confession yang lepas.

Disclaimer, cerita aku ni macam drama tv sikit, aku sendiri masa kena tu macam tak percaya apa yang jadi..

Maaf lah ya kalau ada yang rasa geram dengan kebodohan aku dulu, aku waktu tu bukan setakat masih budak, aku memang banyak buat silap dan jenis tak berfikir panjang, time tu aku masih melalui fasa tak berapa pandai buat penilaian.

Dan jangan pelik kalau cara aku bercerita nampak bersahaja dan tak berapa beremosi, entahlah..dah banyak benda aku lalui, kisah silam aku banyak aku ambik sebagai pengajaran je.

Aku pun tak ada simpan atau pendam apa-apa, cuma aku bercerita ni hopefully dapat jadi pengajaran.

Anyway..

Ex aku bernama Faiz. Aku kenal ex aku tu nak dekat akhir tahun 2011, waktu tu aku dah nak dekat habis degree. Waktu aku kenal dia, aku boleh kata hati aku sebenarnya dah agak tertutup untuk bercinta.

Beberapa bulan sebelum aku kenal Faiz, aku baru je lepas kena tipu teruk.

Sebelum aku kenal Faiz tu, aku couple dengan Azmi. To cut the story short, Azmi rembat duit aku semuanya lebih RM 7k. Untuk seorang student dan bukan anak orang senang, jumlah tu sangatlah besar.

Duit tu duit gaji yang aku kerja selama 2 bulan campur dengan duit PTPTN. Masa jadi ni aku baru je start semester baru, semester 6.

Aku tak sangka dia buat macamtu sebab masa sepanjang aku kerja dan belum dapat gaji, masa aku tengah tak ada duit, dia rajin jugak hulur duit belanja untuk aku.

By the way, yang aku kerja tu aku kerja masa cuti semester, masatu cuti semester 4 bulan. Aku bukan study oversea ya, tahun tu, sekali tu je kerajaan Malaysia cuba-cuba nak try okay ke tak kalau buat cuti sem sampai 4 bulan. Tak okay lah kut sebab depa tak proceed pun lepas tu.

Okay sambung ya, jadi si Azmi ni, dia rembat dan hilangkan diri macam tu je, masa awal-awal, sampai sebulan aku tak boleh tidur, setiap malam aku menangis, aku text dan call dia tak angkat.

Aku tak ada duit nak makan. Habis kelas, kawan-kawan aku pergi makan, aku terus balik rumah, aku cakap aku ada hal, padahal aku tak ada duit nak makan.

Oh ya, masa ni aku tak cerita dekat siapa-siapa, termasuk family aku. Sebab aku malu nak cerita, mungkin ego aku sangat tebal jugak, aku malu kalau orang anggap aku ni seorang perempuan yang bodoh dan senang kena tipu.

Sudahnya, aku depression. Okaylah aku memang tak pernah diagnose, masa tu perkataan depression pun aku tak pernah dengar. Cuma bila sekarang aku banyak baca pasal orang depression, symptom nya banyak yang sama dengan keadaan aku waktu tu.

Lagipun pada aku tak pelik lah, dengan tak cukup makan, tak tidur, asyik menangis, stress, overthinking segala macam, tak mustahil aku memang betul kena depression time tu.

Okay balik pada cerita Faiz, time aku kenal Faiz, masa tu aku dah tak depression tapi hati masih rasa sengsara. Aku cerita pada dia apa jadi kat aku.

Aku jadikan dia tempat mengadu. Dia seorang yang good listener, supportive, understanding, caring, loving, protective, macam-macam lah.

Aku rasa dia datang bawak satu sinaran dalam hidup aku, aku bagi dia nama Faiz My Sunshine. Dia banyak tolong aku dan aku nampak effort dia bersungguh nak dapatkan hati aku.

Dia faham keadaan aku jadi dia sabar dan sanggup tunggu sampailah hati aku betul-betul terbuka untuk terima dia.

Aku memang dari awal rasa senang and tenang bila aku dengan dia cuma hati aku kuat kata yang aku perlu lebih hati-hati. Lagipun of course aku masih lagi tengah trauma waktu tu.

Lepas lebih 6 bulan aku kenal Faiz dan tengok kesungguhan dia, aku pun setuju jadi girlfriend dia. Pada aku pilihan aku tu sangatlah bijak, walaupun dia tak handsome pun pada aku, tapi waktu tu aku rasa dia lah lelaki yang paling baik yang aku pernah jumpa.

Oh ya aku mention pasal rupa sebab masa umur-umur aku time tu, aku sebenarnya agak mementingkan rupa. Tapi lepas kena game begitu begini, aku dah tak nampak dah yang handsome tu sebagai satu benda yang patut di utamakan.

Okay lah malas nak panjangkan lagi cerita. Akhirnya lepas hampir 4 tahun aku dengan dia, kami putus. Sebab apa? Sebabbb.. selama aku dengan dia tu, percaya atau tidak.., aku.., tak pernah tahu status sebenar dia.

Oh ya tujuan confession ni sebab aku nak bercerita pasal doa. Okay kalau nak ikutkan, sepanjang hubungan kami, aku selalu doa dan kalau ada siapa-siapa pergi umrah pun aku akan mintak untuk doakan supaya aku buat pilihan yang tepat dan dijodohkan dengan jodoh yang baik.

Sebab walaupun aku sangat sayangkan Faiz, tapi aku tak nak sesekali ketepikan Allah dalam nak buat keputusan yang besar macam ni. Sebab aku dah pernah rasa pahitnya buat keputusan ikut sedap hati dan kepala sendiri.

Malam Nisfu Syaaban tahun 2015. Aku tinggal di rumah kakak aku, bilik di tingkat atas. Malam tu aku balik dari kerja, aku naik atas dan bila aku jenguk ke bilik kakak aku, aku nampak dia atas tikar sejadah sambil pegang tasbih.

Kakak aku nampak aku jenguk jadi dia kata pada aku, “Hanis, malam ni malam Nisfu Syaaban, kau doa lah banyak-banyak InsyaAllah doa mustajab.

“Okay” aku pun masuk bilik, dan aku berdoa.. Macam-macam aku doa termasuklah doa tentang jodoh. Waktu ni aku tak ada masalah apa-apa pun dengan Faiz dan aku tak ada curiga apa-apa.

Tapi dalam doa aku doa macam ni “Ya Allah, jodohkanlah aku dengan jodoh yang baik, jika Faiz orangnya, Engkau permudahkanlah jalannya, jika tidak, Engkau berilah aku petunjuk.”

Aku doa sungguh-sungguh malam tu. Waktu tu first time aku berdoa sambal menangis-nangis, serious.

Okay beberapa hari lepas pada aku berdoa tu. Tiba-tiba aku terdetik nak Google nama Faiz. Memang saja-saja tak ada apa tujuan pun masa aku search tu.

Tengah cari-cari, entah macam mana aku came across satu website yang tunjukkan semua social media Faiz. Faiz tak pernah ada Facebook setahu aku, dulu pun aku pernah cari tapi tak pernah pun jumpa.

Kuasa Allah, aku terjumpa Facebook Faiz dan profile picture dia adalah gambar kahwin dia. Aku memang sangat-sangat terkujat.

Oh dekat sini aku masukkan sekali apa yang aku luahkan pada Faiz. Aku buat macam surat, sebab kalau Whatsapp aku rasa tak puas nak lepas semua dan kalau bercakap pun mungkin ada yang aku terlupa nak cakap. Biasalah perempuan.

Masa mula-mula aku tahu, aku tak beritahu Faiz dulu sebab dia ada hutang dalam RM2k kat aku, jadi aku dapatkan balik duit aku tu, then baru aku beritahu dia. Aku kata nanti aku pinjamkan balik, tapi of course lah tak.

Lepas aku dah confront dia, baru aku bagi dia surat ni. Ada dua surat, sebab, two is better than one,,kah kahh. Maaf tak lawak pun sebenarnya.

Jangan pelik kenapa aku tak mengamuk gila-gila, sebab..aku ni memang sejenis perempuan yang tak berapa pandai mengamuk.

Surat pertama untuk Faiz:

Faiz. I’m sorry (Aku say sorry sebab aku tipu kata nak pinjamkan balik duit tapi aku bukan nak beri pinjam balik pun sebenarnya)

I have just done something that I really needs to

Bukan I nak balas dendam, and I bukan sengaja nak susahkan you

But I’m sure that you’ll understand

You know everything about me, pasal apa yang pernah jadi kat I

You sangat tau I ni jenis yg macam mana

You know what I want in life, for my future and what’s importance for me

In fact, I have my rights and you have your responsibilities

Orang kata, pandai buat pandai tanggung

Yes Faiz, you’re busted

I already know the truth

Tapi I malas nak mengamuk..I malas nak marah-marah

Kalau nak diikutkan banyak benda yg I nak tanya..

Tapi I dah malas nak fikir banyak-banyak, malas nak semak-semak kan kepala otak

Makin banyak I fikir, makin I layankan perasaan, makin gila I jadi nya

I admit, banyak yang I berubah daripada benda yang tak elok kepada yang elok

It was good and thank you, I still appreciate it.

But the things that you have done and all those lies that you’ve told me

It is far from my expectation, I pandang you terlampau tinggi

Pada I you are one of a kind, I anggap you terlalu special

I tak pernah imagine this could be the reality

Selama ni, everything that I believed was not real

The guy that I’m falling in love was actually never exist

I cuma sayang ‘The Fantasy Faiz’, Faiz hasil daripada character yang you create sendiri:

-A trustworthy man, the only guy who is completely honest and can be loyal to me

-A guy yang tak sanggup nak tipu orang yang dia sayang sebab tak berani nak lukakan hati

-A person who is not able to love anybody other than me, his only partner

-The guy that I have been looking for, to be my man and the one that I wanted to spend my whole life with

-The one who are worth every sacrifice and do not deserve to be treated with betrayal

-The only guy yang mampu sayang I sorang je, yg tak perlukan attention, kasih sayang and to be taken care of any other woman

So, to be conclude, I tak pernah sayang you. I mean you, The Real Faiz. Which are..

-A cheating husband, liar, a story maker and a dream crusher

-A selfish man yang terlalu ikutkan nafsu and perasaan sendiri

-A man yang tak cukup dengan sorang perempuan

-Sembunyikan perangai keji dengan lakonan terhebat

-Cakap tak serupa bikin

I tak penah kenal and tak pernah jumpa dengan lelaki ni.

Yang I tau, he is the type of guy that I hated the most, a guy that I don’t want to end up with.

A guy yang sangat opposite dengan apa yang I nak.

Ciri-ciri kebanyakan lelaki yang selama ni buatkan I takut nak commit, takut nak terlampau setia, takut untuk terlampau berharap, takut diduakan and macam-macam lagi lah.

Sebelum ni I tak setia in my previous relationship sebab I don’t want to put my loyalty to someone who doesn’t deserve to get one. I tak suka, I rasa tak fair. (Aku dulu ada bingai nya, tu je nak cakap)

I tau susah nak dapat lelaki macam ni. But I prefer to be alone rather than to be lied on.

You mesti rasa down kan kena hentam macam ni. But actually, yes you should.

You pun mesti faham kan mcam mana perasaan I kan.

Okay to be honest, there’s something that I still believes and trust..about you..

I tak sure kenapa, ataupun I tak sure yang I patut percaya ke?

Tapi I rasa, that thing is real and benda-benda yang you tak tipu I;

-Your love for me is real and loves me wholeheartedly

-You are afraid of losing me

-You always remember and worried about me

-You really want me to be happy

-You are very concerned about me

-You really appreciate me and my love towards you

-You accept me at my best and at my worst

BUT.

Those are not the only reason I have fallen in love with you. Not the only reason why I don’t have feelings for any other guy and stay faithful.

I will not be able to love you as I love ‘The Fantasy Faiz’

It is impossible. As impossible as if I request you to go back to the past 12 years and avoid yourself from loving your wife, and makes ‘The Fantasy Faiz’ to becomes reality for me.

Tak masuk akal and tak mungkin akan berlaku kan.

I was shocked!

Too many things run through my mind on that day. The day that I found your true self. My hands are shaking and my heart is beating so fast.

I am not able to see you as the person that I know. I saw you as a different person. A really bad guy.

I cannot sleep. I keep imagining everything that you had with her.

Everything that I dreamt; to get married, living together and have kids with my love one, semuanya you dah rasa. I sorang je yang berangan rupanya.

You bertunang bulan December 2011. Kita baru je kenal, tapi time tu you cerita kat I, you baru break up sebab ex-girlfriend you pilih lelaki lain.

1.9.2012? (Tarikh Faiz kahwin)

Kita dah couple 5 bulan.

How could you do this to me? How could you do that to your wife? Tak sayang bini you ke? **soalan biasa yang buat I tertanya-tanya pada lelaki yang dah kahwin tapi still nak flirt.

You ade masalah ke dengan dia? I tengok okay je,

Nampak bahagia, dia sayang you, dengan family you pun okay. Apa lagi you nak? You guys have been together for so long. I pelik, pelik sangat-sangat.

I tak nampak pun macam relationship yang ada masalah. Dia pun macam sangat sayang and adore kan you. YES I baca semua. (Aku stalk Facebook dia semua time tu)

Dengan family you pun rapat je tak ada issue.

Dia sayang u sangat-sangat kan.

(Dekat surat ‘PDF’ tu aku letak sekali post Facebook wife dia yang aku screenshot, wife dia doakan kesihatan Faiz dan sihat cepat, doakan supaya Faiz kuat dan wife dia kata nak jaga anak dorang berdua sampai ke tua dan wife dia doakan hubungan dorang sampai Jannah..

Oh ya, masa tu Faiz masuk hospital sebab salah satu buah pinggang dia rosak, masa dia masuk wad, wife dia yang jaga dia)

You pun pernah beritau I yang you tak kesah kalau I nak cari lelaki lain. Tapi I tak nak.

Lepas tu kita jumpa, I nampak mata you bergenang, tapi you tahan air mata untuk tak nangis.

Apa you rasa? Berbelah bahagi?

Kenapa you teruskan jugak dg I?

(Okay masa ni, mungkin Faiz dah rasa bersalah dengan wife dia, dan masa yang sama mungkin rasa bersalah sebab tipu aku jugak, dia still tak beritahu aku yang dia sebenarnya suami orang tapi dia kata pada aku, dia redha kalau aku nak cari lelaki lain.

Alasan nak lepaskan aku masa tu sebab dia kata bila dia dah sakit macam tu, dia tak tahu in future tahap kesihatan dia macam mana, mungkin dia tak larat dan tak mampu nak jaga aku..

Mungkin waktu tu pun memang dia sendiri sedar dia tak mampu pun nak beristeri dua.

Tapi masa tu aku still nak stay dengan dia, aku kata susah macam mana pun aku still nak dengan dia.
Kalau dia sakit and aku nak kena kerja kuat pun aku sanggup, asalkan dengan dia.

Yelah masa tu aku ni takdelah sampai hati nak tinggalkan dia semata-mata sebab dia sakit, lagipun dah sayang kat dia kut. Kalau lah time tu dia beritahu aku yang dia dah ada isteri, memang dah laju-laju aku angkat kaki.

Oh kat sini aku nak selitkan minta yang membaca tolong doakan kesihatan Faiz, masa aku bukak balik surat yang aku bagi pada dia ni,

Aku saja-saja bukak Facebook dia mana tahu dia ada update tahap kesihatan dia, dan aku found out yang sekarang ni dua-dua belah buah pinggang dia dah rosak, end stage.

Dia dengan wife dia pun dah balik duduk dekat kampung, dia dengan wife dia jual goreng pisang dan kuih-kuih lain. Dia memang dah tak larat nak kerja dah sekarang. Doakan untuk seluruh keluarga dia ya kawan-kawan.

Semoga dia di beri syifa dan Allah beri kekuatan untuk mereka sekeluarga.. Aaminn

Maaf panjang sangat aku mencelah dalam surat ni, aku cuma nak bagi update dan gambaran sahaja

Okay sambung surat balik…

So from now on, you dah tak perlu risau

I dah 27.. I dah besar, tau mana baik mana buruk

Memang I frust, marah, sedih, swing, snap, shocked and macam-macam lah

Tapi I tak kan buat benda-benda bodoh atau nak balas dendam or anything yang pelik-pelik

I just want to be strong and move on.

And I really hope, starts from now on

Please be responsible to your family

Jaga wife dengan anak you elok-elok..jangan buat perangai macamni lagi.

Tak elok..and sangat teruk. Dan I pun tak nak kacau suami orang. So this is GOODBYE.

Okay aku macam tak jadi nak bubuh sekali surat yang kedua. Dekat situ lebih kepada aku just luahkan perasaan marah and cerita macam mana aku dapat tahu pasal dia dah kahwin.

Takpelah kalau confession ni up dan ada demand untuk surat kedua atau cerita belah Faiz yang aku tahu lepas disclosure, nanti aku sambung situ.

Aku tak tahu lah kalau cara aku confront dengan Faiz menampakkan yang aku macam tenang dan tak macam kacau sangat pun perasaan aku..tapi padahall..masa tu aku datang kerja pun dah macam mayat hidup.

Sebab Faiz pernah persoalkan aku kenapa dia nampak aku macam happy macam tak sedih langsung lepas break up dengan dia. Aku soal dia balik “Dah tu? You expect nak I 24 jam duduk rumah menangis?”

Aku malas je nak cerita kat dia macam mana teruk aku menangis setiap kali duduk bilik sorang-sorang. Lagipun masatu aku tengah berusaha nak move on, so aku banyak post gambar happy-happy lah dekat socmed, tak kan aku nak post gambar menangis pulak.

Aku pun banyak salah silap, dan seriously, macam dalam confession yang lepas, aku cakap, benda yang jadi ni membuka mata aku.

Menampar dan menyedarkan aku tentang cinta sejati, cinta yang semua orang layak untuk miliki tinggal kita berusaha untuk nak raih sahaja, cinta pada Al-Khaliq, Pencipta kita Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Allah sahaja yang tak pernah mengecewakan kita, nak bahagia, harap pada Dia, nak apa-apa pun, doa dan bergantung sepenuhnya pada Dia. Allah tak pernah mengabaikan hamba-Nya yang berdoa.

Walaupun apa yang jadi ni satu benda yang menyakitkan, tapi aku bersyukur. Allah kabulkan doa aku, doa yang aku mintak petunjuk masa malam Nisfu Syaaban tu.

Allah selamatkan aku daripada bermimpi lebih lama. Allah tarik aku supaya aku kembali bergantung harap pada Dia.

Aku percaya memang betul ayat yang aku pernah dengar, kalau ujian yang Allah datangkan pada kita tu buatkan kita lebih dekat pada Allah, ujian tu sebenarnya datang sebagai satu rahmat pada kita.

Alhamdullillah.

– Hanis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *