Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah cinta saya sebagai seorang hobbyist programmer terhadap bahasa programming.
Selesai membaca kisah ini usah pula pembaca sekalian sekaligus menyatakan semua hobbyist programmer sama.
Kami tetap manusia biasa yang ada pendapat tersendiri dalam ruang lingkup pemikiran masing-masing.
Sejujurnya, saya bermula sebagai hobbyist programmer agak lewat iaitu pada usia 30 tahun.
Walaupun saya bekerja dalam bidang IT, programming bukanlah sub-bidang IT kesukaan saya. Malah ia adalah sub-bidang IT yang paling jelas perlu untuk saya hindari.
Pada waktu itu, saya selesa menyatakan tidak tahu dan tidak pandai untuk melakukan apa-apa yang melibatkan programming.
Untuk makluman pembaca, tidak semua orang yang bekerja di bahagian IT perlu tahu melakukan programming dalam pekerjaan mereka.
Sebelum bercinta dengan bahasa programming, saya bahagia sahaja bekerja selama 7 tahun dalam bidang IT tanpa keperluan programming. Hahaha.. lawak bukan?? Tapi ini kisah benar ya. Kisah cinta saya.
Sebelum cinta terhadap bahasa programming bertapak, saya hanya memprogram bahasa programming pada ketika yang memerlukan sahaja contohnya sewaktu menyiapkan tesis.
Itu pun menggunakan bahasa programming yang paling mudah untuk dipelajari serta penggunaan database yang menyenangkan.
Tanpa mengambilkira kawalan keselamatan dan logik sistem yang dibuat. Asal jalan dan tujuan sistem tercapai, sudah mencukupi buat saya.
Selain itu, ada juga beberapa skrip program yang pernah saya programkan sendiri bagi menyelesaikan permasalahan konfigurasi yang diperlukan untuk kegunaan hobi pada waktu terluang.
Skrip pertama saya melibatkan konfigurasi antaramuka dynamips dan FreeBSD untuk emulasi Cisco routers.
Berhari jugalah untuk memprogramkan skrip dengan betul. Tapi kepuasan tercapai apabila skrip berjaya dan tujuan untuk belajar konfigurasi Cisco menggunakan laptop berjaya.
Yezzza.. yuhuu.. Senang hati dapat melatih jemari dengan short-form konfigurasi bagi router 1840 dan switch 2960.
Pekerjaan seterusnya memerlukan saya untuk membiasakan diri dengan konfigurasi dari Juniper. Maka, projek hobi seterusnya pasti memerlukan skrip untuk memprogram antaramuka bagi Qemu dan juga Junos OS.
Skrip program kali ini sedikit berlainan dengan projek sebelum ini kerana melibat operasi sistem yang berlainan. Memprogram skrip kali ini mengambil masa sehingga berminggu.
Disebabkan komitmen kerja oustation. Setelah hari membawa ke minggu, akhirnya skrip berjaya membuatkan emulasi Junos OS menggunakan laptop.
Yeah yeah yeah.. you go go!!! Gembira hati dapat melatih tubi jemari dengan konfigurasi bagi M-series dan T-series.
Dua projek hobi sampingan ini adalah bibit-bibit cinta kepada programming yang membawa kepada projek ketiga.
Projek kali ini agak simple kerana hanya menggunakan shell script bagi perisian Window. Pada waktu ini, terasa amat pelik dengan kumpulan kecil tempat kerja ini.
Setiap hari perlu scan IP internal untuk dapatkan nama PC sampai beratus. Tapi kesemua scan dibuat secara manual tanpa menggunakan perisian untuk automation.
Ini sangatlah membuang masa. Pastinya saya tidak suka kerja yang membuang masa jika ia boleh dibuat secara automation.
Setelah berminggu Google Kungfu perisian percuma atau skrip bersesuai malangnya tiada.
Maka, melalui satu contoh Bash script untuk dapatkan satu nama PC secara individu, saya ubahsuai ia untuk dapatkan maklumat IP address melalui satu file text, proses file text dan seterusnya nama PC akan disimpan dalam file text yang lain.
Woww… ya auw auw.. kerja 5 jam boleh siap dalam masa 30 minit. Kan mudah tu!!!
Hahaha.. tapi selepas itu, saya amat menyesal programkan skrip dan berkongsi dengan kumpulan kecil kami.
Rupanya ketua kecil di situ menilai orang bawahan dengan betapa sibuknya anda bukan dengan produktif deliverable anda. Ding dong ding dong… belajarlah sesuatu di situ.
Jika anda ada sedikit ilmu untuk mengubah atau menginovasikan sesuatu, tidak perlu kongsi ya. Simpan sendiri cukup.
Sehingga waktu penceritaan ini, saya hanya menganggap diri sebagai coder. Bukan programmer.
Kenapa coder? Kerana saya memprogram berdasarkan tujuan tercapai tanpa memikirkan berkenaan security serta logik error program tersebut.
Pada waktu itu, dinamik website atau object oriented programming masih jauh dari sasaran cinta saya.
InsyaaAllah, ada kesempatan saya akan sambung Part 2 bagaimana cinta terhadap JAVA, PHP dan Android mula bercambah.
Keep calm and love programming..
– Silver Gurlz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit