Assalamualaikum pada admin dan warga IIUMC.
Aku menulis confession ni bertujuan untuk mengenalkan seorang perempuan sufi dan kisahnya yang mungkin masyhur di kalangan masyarakat melayu (maybe). Jadi aku harap admin sudi publish cerita aku dan teri ma kasih kalau ianya terjadi. Jom aku kenalkan beliau pada korang.
Pada zaman dahulu, tahun 105 hijrah lahirlah seorang bayi perempuan di sebuah perkampungan miskin di kota Basrah, Iraq. Beliau diberi nama Rabiatul Adawiyah atau Rabiah Al Basriyah.
Selain tu, beliau juga dikenali sebagai ummul khayr (ibu kebaikan). Beliau juga merupakan sufi yang agung ketika itu dan sekaligus merupakan wali Allah dari kalangan wanita.
Rabiah mempunyai paras rupa yang sangat cantik dan mempunyai suara yang merdu sehingga membuatkan perempuan2 Arab pada zaman itu cemburu terhadap beliau. Ayah Rabiah merupakan guru agama namun terpaksa berhenti dan menjadi pendayung sampan kerana kemiskinan yang melanda kota Basrah ketika itu.
Pada ketika beliau dilahirkan, perkara ajaib berlaku dalam bilik persalinan. Ibu bapa beliau adalah seorang pasangan suami isteri yang sangat miskin dan susah (tetapi sebuah keluarga yang kaya dari segi peribadatan) sehingga terpaksa meminta bantuan lampu dari jirannya ketika saat kelahiran Rabiah tetapi pada saat kelahirannya ketika itu, ada riwayat mengatakan bilik nya bercahaya dengan sendiri.
Pada suatu malam, ayah Rabiah bermimpi Nabi SAW datang berjumpa ayahnya dan mengatakan bahawa” anak perempuan mu yang baru lahir itu akan memipin 7000 orang Islam ke jalan yang benar (actually ni aku tak berapa pasti but ramai yang mengesahkan perakara tu).
Dari hari ke hari, Rabiah pun menginjak remaja, Setiap hari Rabiah akan mengikuti ayahnya menaiki sampan menyeberangi Sunga Dijlah untuk menarik perhatian penduduk di situ menggunakan perkhidmatan ayahnya dengan mendendangkan pelbagai syair dan lagu.
Pada suatu hari, ayah dan ibu beliau meninggal dunia maka tinggallah Rabiah bersama ketiga2 orang kakaknya. Tapi takdir telah ditentukan, ketiga2 kakanya menniggal dunia akibat kelaparan dahsyat yang melanda kota Basrah itu maka tinggallah Rabiah seorang diri dan meneruskan pekerjaan ayahnya.
Hari demi hari, pelbagai ujian yang dihadapi Rabiah sehingga pada suatu masa, nasib tidak menyebelahi Rabiah. Rabiah ditangkap oleh raja dan dipaksa untuk menjadi hamba dengan melakukan kerja2 yang berat. Segala ujian yang menimpa Rabiah membuatkan beliau semakin tinggi keimanannya pada Allah.
Namun pada suatu malam, kedengaran dari bilik Rabiah di istana berdoa
“Ya Allah, kau menjadikan aku hamba kepada manusia sehingga aku terpaksa mengabdikan hidupku padanya? Tuhanku, jika kau memerdekakan aku, maka aku akan menjadi hamba Mu siang dan malam”
Akhirnya, pada suatu malam, raja bermimpi Rabiah dan seorang lelaki tua naik ke langit dan disebabkan tu raja menjadi terlalu takut sehingga akhirnya raja berhenti dari menyeksa Rabiah dan melepaskan Rabiah.
Selepas dibebaskan, Rabiah tinggal di sebuah pondok di pinggir Basrah. Di situlah, Rabiah memulakan fahaman sufinya untuk mencari ketenangan hidup dengan solat dan zikir pada siang dan malam, berpuasa dan sebagainya.
Rabiah mula bersahabat dengan ulama2 terkenal seperti Imam Hasan Al Basri, Malik Bin Dinar, Sufyan at sauri dan ramai lagi ulama ketika itu. Rabiah dikatakan adalah seorang yang paling alim antara ulama2 tersebut.
Cinta Rabiah terhadap Allah terlalu utuh dan memperkenalkan definisi mahabbah Dua cinta. Rabiah juga pengasas mazhab “Hub”(cinta) iaitu mazhab tertingga dalam dunia tasawwuf. Menurut riwayat, Rabiah telah sampai kepada maqam keimanan yang paling tinggi.
Menurut sesetengah riwayat, Rabiah bersolat tahajjud sebanyak 300 rakaat semalam. Kealiman dan kezuhudan Rabiah Telah membuatkan banyak lelaki datang meminang Rabiah , namun semuanya ditolak kerana cintanya yang terlampau mendalam pada Allah dengan alasan,
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan, adapun aku tiada pilihan untuk diriku. Aku di bawah perintah-Nya”
Akhirnya Pada tahun 185 hijrah iaitu berumur 80 tahun Rabiah menghembuskan nafas terakhir dan dimakamkam di Baitul Muqaddis, Palestin.
Ok tu je daripada Aku. Actually, kisah rabiah al adawiyah ni banyak diceritakan di Youtube. Boleh search syair2 beliau dan doa2 beliau. Kisah beliau memang panjang. Sekian.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit