Salam & Hi. Pertama sekali aku tak mahir mengarang jadi ampun maaf atas kekurangan tatabahasa mahupun struktur ayat dalam confession ini. Aku hantar di sini hanya untuk melepaskan isi hati juga sekadar mahu sedikit kata-kata semangat.
Perhatian ini head-ups ya, confession panjang ini berkisar tentang cinta & abuse jadi buat pembaca yang rasa mual dengan tema ini boleh berhenti membaca di sini.
Sedikit mengenai aku, aku Cahaya berusia 25 tahun, graduan undang-undang, multilingual yang mampu berbahasa asing iaitu Arab, Korea & Mandarin.
Dan tunang aku pula Shahmi berumur 23 tahun berkelulusan sijil sahaja. Kami datang dari keluarga yang mempunyai socio-ekonomi yang berlainan.
Kami pertama kali bertemu ketika kami melakukan kerja-kerja sukarewalan semasa PKP. Pada detik awal perkenalan semuanya lancar dan lama kelamaan aku terjatuh sayang dekat dia. Jujurnya dia lah cinta pertama aku tapi aku mungkin cinta ketiga atau kelimanya.
Ya, aku yang buka langkah pertama yang disambut dengan baik umpama bulan jatuh ke riba kerana dia memang idamkan aku. Kami bersetuju untuk berkahwin tahun depan.
Aku cuma minta wang hantaran RM5000 tidak perlu berbalas dulang hantaran mahupun majlis kahwin dengan pelamin. Cukup sekadar akad nikah & majlis makan kecilan bersama ahli keluarga juga anak tahfiz.
Empat bulan pertama semuanya masih elok & indah. Bila aku merajuk pantas akan dipujuk dengan lagu mahupan chat yang berjela. Saat itu aku masih percayakan & hormatkan dia.
Ada satu peristiwa terjadi yang membuka kepada pembongkaran segala yang melukakan aku.
Aku dapat tahu dia masih aktifkan fitur dating di facebook, masih sukai & berkawan dengan bekas teman wanitanya di social media walhal dia keras katakan pada aku bahawa dia dah putuskan segala pertalian dengan wanita-wanita tersebut.
Hakikatnya aku tak kisah kalau dia masih berhubung akan tetapi yang aku kesalkan penipuan itu yang menyebabkan trust issue aku membarah.
Susulan dari pembongkaran itu, rasa hormat aku terhakis apa lagi kepercayaan yang terus ranap. Aku dah mula tak berlemah lembut seperti dulu, aku mula paranoid, overthinking & controlling. Dia sedar aku berubah berpuncakan dari dia.
Bila aku overthinking tiada reassurance diberi, tiada comforting words. Aku dilayan dingin olehnya dengan silent treament.
Tanggal 31 /8/21, ketika itu hujan renyai pada waktu petang di kawasan pesisiran pantai di negeri Kelantan.
Kami sedang meluangkan bersama keluarganya dan sedang aku memilih movie dalam telefonnya untuk ditonton bersama, aku terdetik untuk membuka sejarah carian Safarinya.
Deretan sejarah carian pornografi antaranya “awek melayu comel”
Lemah lutut, jantung aku berhenti, hati aku ni bagai dirobek cemeti. Menangis aku tanpa diseka lagi. Berkali-kali aku tanyakan betulkah dia yang cari carian jijik ini?
Sunyi tanpa suara, mukanya selamba sedikit simpati tak dipamer dengan keadaan aku yang teresak-esak. Bila aku tanya lagi dia tuduh perbuatan itu dilakukan oleh kawan sekerja yang gunakan iphonenya.
Sumpah tidak sedikit aku percaya! Aku bawa diri pulang dengan menaiki motor dalam hujan. Dia menemani aku dengan menunggang motornya sendiri.
Ketika itu aku cuma menunggang dengan kelajuan yang terlampau perlahan sehinggakan dia tinggalkan aku jauh terkehadapan.
Otak aku celaru carian “Awek Melayu Comel” itu antara yang menganggu aku. Aku rasa diri aku ini tak cukup lawa sedangkan ramai yang meminati aku tapi kenapa dia perlu tengok wanita lain?
Maaf aku bukan mahu meninggi diri tetapi bos aku sendiri mahu kenenkan aku dengan anak lelakinya kerana berkenankan aku malah client kami yang aku terserempak sesaat sahaja berminat mahu berkenalan dengan aku.
Kedua-duanya aku tolak dengan hormat secara tegas aku katakan aku setia pada yang satu berkali-kali.
Di kampus juga aku banyak terima nota cinta dan seorang teman kuliah aku masih menunggu aku menerimanya. Sedang aku berperang dengan insecurity di atas jalan Pengkalan Baru, aku dilanggar oleh kereta.
Ya, aku terlibat dalam kemalangan. Dalam samar-samar penglihatan aku yang terbaring kaku atas jalan, aku nampak susuk tubuhnya turun dari motor berlari ke arah aku dengan wajah serba salah. Aku masih maafkan dia & memilih untuk fokus kepada sisi postifnya.
Susulan episode itu, sifat baran & tantrumnya kian terserlah. Berkali-kali aku dimalukan, dimarahi, ditengking di hadapan awam. Di pusat beli belah mahupan pantai aku diperlakukan bagai tiada harga diri atas perkara yang aku rasa kecil.
Pernah sekali dia sepak beg di hadapan orang ramai dan semua mata tertumpu kepada aku yang sudah berderai air mati. Malahan sudah dua kali dia memperjudikan nyawa aku dengan memandu kereta secara berbahaya.
Ketika itu kami ada bergaduh dan dia bertindak menekan minyak dengan laju di jalan yang berbengkang bengkok dengan harapan kepala aku terhantuk terkena airbag.
Tapi aku masih maafkan dia sebab aku bodoh tak sayangkan diri sendiri.
Pada saat ini kami masih bersama tapi jujurnya aku mulai tawar hati akibat rajuk yang tak terpujuk, penderaan mental & fizikal.
Kami bercadang untuk ke gerbang perkahwinan tahun hadapan. Jauh di sudut hati aku yang paling dalam aku takut nak kahwin dengan dia ataupun mana-mana lelaki.
Tetapi rasa sayang dan takut kehilangannya juga masih wujud begitu sukar aku cuba padam.
Ya, benar aku bodoh seharusnya aku tamatkan semua sebelum keadaan makin teruk dan aku mungkin akan tersenarai dalam statistik keganasan rumah tangga tapi berat aku rasakan untuk pergi bagai tiada kekuatan langsung. Aku tak kuat!
Aku cuma mohon doa kalian moga tersingkap aturan yang baik-baik untuk takdir aku dan dia. Terima kasih aku dahulukan.
– Cahaya Kinan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit