Cinta Sukarelawan PKP II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-sukarelawan-pkp/).

Salam & Hi. Ini heads-up sekali lagi, confession ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan dan berkongsi sedikit progress dari confession yang lepas.

Jika terasa mual atau jengkel, sila abaikan confession ini.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuaan terima kasih kepada para komentetor pada post aku yang terdahulu.

Aku baca setiap satu dengan hati yang terbuka walaupun sampai ada yang membuat andaian bahawa aku payah nak tinggalkan Shahmi kerana telah terlibat dalam sexual intercouse.

Ketahuilah, demi Allah, ia tidak benar dan dengan rendah hati aku minta sila komen dengan berhemah.

Berhati-hati dalam membuat andaian juga beringatlah saudara dan saudari miliki keluarga. Janganlah sampai mereka yang perlu menanggung kifarah akibat jari tak ada insuran kalian itu.

Ini mungkin kedengaran defensive tapi aku percaya aku ada hak untuk pertahankan harga diri aku walau disebalik kerahsiaan identiti aku.

Dikecam dan dimaki bagi aku masih tolerable tetapi tidak sesekali aku terima andaian nista sebegitu rupa.

Selain dari komen negative tersebut, jujurnya ada beberapa komen yang aku rasa amat empowering dan somewhat bagi aku satu dorongan yang kuat untuk putuskan pertunangan ini.

Jika tak silap komen tersebut dari pemilik akaun facebook bernama Alif (maafkan aku kalau tersalah) berkenaan emotional attachment.

Bila aku baca komen tersebut fahamlah aku punca kesulitan aku untuk lepaskan bekas tunang dulu adalah dek kerana aku terlalu emotionally attached terhadapnya pada tahap yang ekstrem.

Ini semua berasbabkan dari root cause emotional abdonment during childhood dan beberapa unpleasant childhood incidents aku hadapi.

Tapi alhamdulillah, aku sudah kenalpasti hal ini dan sekarang perlahan-lahan cuba merawat diri sendiri dengan self-care & retail therapy juga bercadang untuk bertemu ahli psychologist agar aku dapat belajar proper cooping mechanism.

Terima kasih saudara atas komen yang ringkas tapi membuka mata.

Moga Allah mudahkan segala urusan saudara di dunia & akhirat. Moga Allah aturkan takdir yang baik-baik sahaja buat saudara.

Seringkas komen saudara telah berikan saya kekuatan yang tak saya sangka wujud dalam diri saya untuk keluar dari hubungan abusive ini.

Buat masa sekarang aku belajar berdamai dengan takdir ini. Aku sibukkan diri dengan kerja, cari duit bina kerjaya, cantikkan diri & maintainkan figure badan aku.

I will do everything possible for my happines and i know well my ex is no longer in my happiness equation.

Perhaps, romance will forever be exculded from the equation.

Akhir kata, terima kasih atas kesudian membaca. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.

– Cahaya Kinan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *