Cinta Tak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Mel (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Hari ini aku nak buat confessions, actually it’s more like sharing but because I want to stay anonymous so yeahh.

Korang biasa dengar kan ungkapan “cinta tak semestinya memiliki” ? Entahlah, tapi aku sangat tak setuju dengan ungkapan ini. Orang kata cinta tak semestinya memiliki, like seriously? Okay so firstly let’s define cinta. Bagi aku cinta ini ialah rasa sayang yang teramat, dan cinta ini bukan hanya digunakan untuk menunjukkan sayang terhadap berlainan jantina sahaja. Pada aku, bila mana kau sayang seseorang teramat sangat, tak kiralah kawan kau ke, ibu bapa kau ke, itu boleh dibilang cinta.

Ada kawan aku ini, dulu dia dengan seorang lelaki A, tapi sekarang dah taklah. Sebabnya lelaki tu dah tak nak dekat dia. Dah setahun lebih juga rasanya, tapi kawan aku ni masih berharap lelaki ini akan cari dia suatu hari nanti. Aku selalu nasihat dia untuk move on, tapi dia insist nak simpan perasaan pada lelaki tu lagi, cinta tak semestinya memiliki katanya.

Teman- teman, tak betul itu semua ye. Bagi akulah, kalau kau cinta seseorang, sama ada cinta berlainan jantina ke, cinta terhadap sahabat ke, tapi pihak satu lagi itu tak cinta kau, silalah berpijak di bumi yang nyata dan hapuskan perasaaan anda. Aku sejenis yang fikir secara praktikal dan rasional, jadi aku harap sangat kita sebagai seorang manusia yang sihat dan kuat akalnya, tolonglah rasional dan hidup dalam realiti. Berhenti menidakkan, jangan jadi bodoh, sayang diri anda lebih dari anda sayang orang.

Mesti korang kata eleh dia ini cakap senanglah kan?

Meh aku kongsi pengalaman aku. Tapi maaf aku tak boleh cerita terperinci sangat, takut kantoi dengan kawan-kawan, haha.

Aku ada seorang kawan lelaki, aku namakan dia M, aku kenal dia masa 2014. Sejak pertama kali aku jumpa dia, aku dah jatuh hati pada dia. Nampak macam gebang kan? Tulah, aku sendiri tak percaya dengan cinta pandang pertama ini, tapi hanya yang pernah merasai akan faham perasaan itu. Aku jenis perempuan yang agak reserved, aku tak percaya cinta, aku tak suka berkongsi perihal aku dan dunia aku.

Sejak pertama kali kami jumpa, kami memang dah boleh click. Sampai sekarang, kami masih berhubung sebenarnya, cuma aku dah tak ada perasaan lah pada dia. Kami tidaklah sentiasa contact, tapi dalam sebulan sekali mesti akan catch up pasal perkembangan masing-masing. Dia nampak sangat selesa dengan aku sebenarnya. Dia cerita pasal apa plan dia lepas habis belajar, apa yang dia minat, pasal keluarga dia, pasal tanggungjawab dia as anak sulung.

Basically aku rasa kami selesa dengan each other, cuma aku tak pernah tanya dia pasal relationship dia. Aku rasa macam tak tak patut pun ada kan, sebab dia pun tak pernah tanya apa-apa pasal relationship aku (kalau I have one lah). Sejak tahun pertama aku kenal dia, aku dah dengar desas-desus dia ini dah ada someone special, cuma diorang tak bagi komitmen sebab masing-masing study dalam bidang professional. Kiranya, they know that they like each other, and nanti lepas habis belajar baru nak mula serius.

Fast forward to bulan Oktober 2018, aku rasa aku dah tak boleh simpan perasaan ini. Tapi pada masa yang sama, aku tak ada kekuatan nak terus- terang dengan M. Makin lama makin banyak petanda yang M ini memang dah ada someone special and dorang dah start serius, since M dah habis belajar masa ini. Apa yang aku fikir masa ini ialah, kalau betul M dah ada someone, aku serius kena berhenti simpan perasaan pada dia. Tak berbaloi, dia dah ada seseorang.

Dipendekkan cerita, aku dapat tahu dari sumber yang sahih, M memang dah ada someone. M dah jumpa keluarga perempuan tu pun, kira dorang dah bertunang lah. Sumber yang sahih itu forward kat aku apa yang dia whatsapp sendiri dengan M, memang M sendiri yang mengaku dia dah ada someone.

Masa aku dapat tahu itu, mula- mula aku sedihlah. Yelah, bertahun simpan perasaan kat kawan sendiri. Tapi aku nangis sikit je, masih lalu makan, senyum dan gelak- alhamdulillah. Dalam masa seminggu, aku dah Berjaya buang perasaan aku pada M, clean and settle-alhamdulillah again. Macam mana aku move on? Kalau nak cerita, panjang sebenarnya, sebab aku ada benda yang aku amalkan sejak dari aku suka M, preparation kena reject tapi tu ada rezeki aku kongsi ye.

Dalam kepala aku fikir, hmm sepanjang aku sayang dekat M bertahun-tahun, tak pernah satu saat pun dia anggap aku lebih daripada kawan walaupun kami rapat dan selesa, since dia memang suka perempuan tu dari sekolah lagi. Aku berjaya move on sebab aku pull-out segala kekuatan dan segala minda rasional aku.

Kalau orang dah tak suka kita, kita patut pergi, berhenti sukakan dia. Bukan terus simpan, dengan kepercayaan cinta tak semestinya memiliki. Aku tau yang semuanya tak semudah itu, tapi kita kan ada akal. Bagi aku, perempuan yang bijak ialah perempuan yang meggunakan akal untuk mencintai. Ini tidak, rata-rata wanita, bila ada rasa cinta, rasa cinta tu membalut akal mereka, bukan akal yang membalut cinta.

Tentang move on ini, aku percaya kita semua boleh move on dari kisah silam kita- nak tak nak bergantung kepada diri sendiri. Kadang-kadang ada antara kita yang tak sedih sangat pun, tapi kita ego dengan diri sendiri, dan biarkan diri kita bersedih. Apa pun jadi, ingatlah kita ada bigger goal hidup kat dunia ini. Aku ada kawan yang kahwin tak sampai setahun dah bercerai, tapi dia bangkit sebab dia sedar yang tugas dia bukan hanya semata-mata suami, tapi dia ada boss lebih besar iaitu Tuhan.

– Mel

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *