Cinta Tanpa RedhaNya..
Assalamualaikum, terima kasih admin siarkan kisah saya.
Kisah bermula disaat saya mengenali seorang adam yang sangat baik sifatnya. Kagum dengan sifat dan peribadinya. Mula timbul bibit rasa suka buat hati seorang hawa. Tapi, saya tahu bahawa saya bukan pilihannya kerana dia sudah memiliki teman istimewa dihatinya. Saya hanya mampu mengaguminya dalam diam.
Lama kelamaan saya dan dia mula rapat dan agak kerap berhubung atas urusan kerja..tapi, sekejap sahaja hubungan kami jadi tak terbatas..On call, whatsapp. Jadi makin lagha. Situ nampak dah Allah tak redha, bila hubungan yang terjalin makin membuatkan kita menyayangi manusia berbanding Penciptanya.
Macam mana pun gembira dan bahagia kami tak lama. Saya dapat rasakan dia tak jujur. Sebab saya ni jenis detail sikit dan agak cerewet bab-bab contact or over acting ngn kaum hawa lain. Nampak macam othello syndrome ja kan?Haa yes, dia pon rimas sebab saya selalu tak percaya dengan dia. Siap cakap saya ni kuat cemburu, cemburu buta. Saya ignore semua tu. Sebab saya nk cari kebenaran dan saya pantang dengan orang yang tak jujur dan menipu ni. Sampai saya agak dingin dengan sahabat baik saya sendiri an dia ada juga memburuk-burukkan saya dengan sahabat baik saya sendiri. Sampainya hatimu. Ni saya sendiri akui saya menyesal pasal terlalu percaya dan dia ada mintak rahsiakan relay kami rupanya sebab ni. Dia menipu saya kat belakang. Ni la padahnye bila cinta bukan kerana Allah. Memang Allah tak redha.
Finally, rahsia dia terbongkar. Dia masih dengan pilihan hati dia sebelum ni. Tapi dia cakap dengan saya, dia takda pape dah. See? Macam mana kaum lelaki memonopoli hati dan perasaan wanita? Lepas tau ditipu, saya rasa sedih sebab orang yang saya kagum dan hormat hakikatnya macam tu perangai. Menyesal menyesal. Tapi, nasi dah jadi bubur.
Berbulan juga saya cuba untuk maafkan dan melupakan. Susah sebab hakikatnya manusia boleh forgive tapi belum tentu dia boleh forget.
Tak lama lepas saya dah mula kembali kepadaNya, dia datang balik minta saya memaafkan dan menerimanya..jujur, hati saya berbelah bahagi. Tipu bila kata rasa sayang tu dah takda. Masih ada, cuma saya cuba untuk lebih berhati-hati untuk penipuan kali kedua. Saya dan dia berbaik. Dia janji untuk bertemu dengan ayah saya. Sekejap ja, lama kelamaan dia mula bosan dengan saya sebab pada dia saya mengawal hidup dia. Saya cuma takut pisang berbuah dua kali. Tapi lain jadinya dan dia mula rimas, marah dengan saya. Saya kecewa. Kecewa untuk kesekian kalinya.
Dan saya dengar dia dah bertunang sekarang. Saat ni hati saya betul-betul tertutup untuknya. Saya hanya yakin dan percaya bahawa rezeki, jodoh, ajal dan maut smue ketentuan Allah. Siapalah kita nak persoalkan qada’ dan qadar Allah. Serahkan padaNya. Kita bukan selayaknya untuk membalas perbuatan dia.
Saya tulis ni sebab saya sedih, ramai remaja sekarang bercinta, berdating, berjalan berdua. Saya sedih. Saya tergerak hati nak share supaya semua kaum hawa sentiasa terjaga hatinya daripada gangguan anasir-anasir jahat. Pesan saya untuk kaum hawa terutamanya. Ingatlah! hidup ni jangan sesekali menjadi hamba kepada cinta. Ciminta sebelum berkahwin atau halal jangan bulat-bulat kita percaya. Untuk dapatkan apa yang mereka nak macam-macam boleh buat. Janji dan kata-kata manis. Orang perempuan hatinya sangat lembut. Jangan mudah terpedaya.
Kaum adam tolong jangan nak sentuh hati mereka kalau takda niat nak menikah dengan mereka sebab bila mereka dah berharap, sekali dipermainkan makan masa nak baik.
Tapi, dalam kamus seorang perempuan move on macam mana sekalipun bila dah datang balik merayu dan minta maaf agak-agak orang perempuan akan terima ke tolak?Mungkin yang pernah mengalami kesedihan, kemurungan akan faham.
Sampai satu masa, bila mereka dah betul-betul makan hati, time tu mandi air mata darah pon jangan harap mereka nak patah balik. Macam mana pun kaum hawa ni masih tetap sabar dan tabah walau apa pun jadi.
Melupakan seseorang yang kita sayang memang susah. Tapi, renungkan sepanjang kita menyayangi manusia, adakah sekuat tu kita menyayangi Allah? Saya selalu pegang ayat ni untuk kekuatan saya. Semoga Allah berikan yang terbaik. Mungkin susah, tapi please please cuba.
Jangan terlalu berharap pada manusia yang tak kenal erti penghargaan. Berhenti berharap.
Percayalah luka yang dicoret oleh dunia, hanya mampu dirawat oleh ayat cintaNya.
Saya doakan siapa-siapa yang dizalimi orang dia akan menang one day. Teruskn berdoa. Orang fitnah, aniaya kita jangan balas. Angkat tangan tinggi-tinggi, doa! Allah dengar doa orang yang tadah tangan mengadu sungguh-sungguh dengan tangisan bukan main-main ni kalau pasal dizalimi. So, tak perlu nak sedih. Kuatlah! Letakkan pergantungan kepada Allah kerana tidak ada daya dan kekuatan melainkan berkat bantuan Allah.
– Sis Qowiy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit