Hai assalamualaikum semua pembaca. Andainya artikel ini disiarkan, terima kasih aku ucapkan kepada admin :)
Post aku bukan berkaitan minuman tapi ini cara aku nak wakilkan pasal aku dan boyfriendku yang berasal dari Jepun. Aku wanita berusia lewat 20an, masih bujang dan juga seorang yang fun to be with ecehh hahaha.
Tujuan aku mencoret kisah di sini ialah untuk meminta pandagan readers semua mengenai masalah yang aku alami.. Okay let’s go to the main story.
Aku dan si teh hijau sudah memasuki dua tahun tempoh perkenalan.Kami kenal semasa bekerja di satu syarikat yang sama di KL. Semasa aku otw berhenti kerja dan pulang bekerja di kampung halaman,teh hijau meluahkan rasa yang dia ada menyimpan perasaan pada aku si teh tarik.
Sukar pada mulanya aku nak terima mengenangkan banyak perbezaan antara kami ,yelah dari segi agama budaya bahasa dan sebagainya. Tapi pada masa yang sama memang aku pon suka dekat dia sebenarnya hahahaha..
Ibarat pucuk dicita ulam mendatanglahh masa ni kebetulan aku pon memang tak pernah ada boyfriend and he’s the first person la yang berjaya membuka pintu hatiku.
Aku terima kesungguhan dia untuk mengajak kami menjadi pasangan kekasih dan aku cakap kalau ada jodoh kita adalah nanti.. Lalu pulanglah teh tarik ke kampung halaman dan bekerja di sana di samping tinggal bersama kedua ibu bapa yang tercintanya.
Aku jatuh hati dekat teh hijau sebab dia bagiku adalah seorang lelaki yang berwawasan, ada impian, kelakar, baik dan comel la jugak mata memandang, hahaha. Aku rasa kami serasi bersama dan aku selesa berkawan dengan dia.
Sepanjang tempoh perkenalan bila kami keluar, kadangkala dia yang mengingatkan aku pasal solat ataupon bersungguh memastikan tempat makan yang pergi adalah halal.
Dan sehingga ke saat ini, dia tak pernah cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh aku ataupun sebagainya, alhamdulillah :) Hubungan kami ini diketahui kedua ibu bapaku dan ada juga beberapa kali kami keluar makan bersama.
Pada hakikatnya mereka gembira kerana aku akhirnya ada kekasih hati yang sayang padaku tetapi tidak pada fakta yang kami sangat berbeza terutamanya isu agama :(
Sebagai ibu bapa mereka mengharapkan aku mencari/ bertemu seseorang yang lebih baik pegangan agamanya untuk membimbing dan mengetuai rumah tangga kelak. Mak aku lagi la kalau boleh dia nak ustaz sebagai menantu.
Aku menjadi semakim buntu apabila teh hijau sudah menyuarakan hasrat mengajak aku berkahwin dengannya pada awal tahun depan. Apa yang perlu aku buat? Sudah bersediakah dia?
Macam mana aku nak pastikan dia memeluk Islam kerana keindahan agama itu sendiri atau semata-mata kerana cinta? Aku keliru antara cinta hati dan juga cinta Ilahi walaupun aku sendiri bukanlah seorang muslim yang baik keseluruhannya.
Si teh hijau seorang yang sangat suka membaca dan aku pernah memberinya satu buka berkaitan pengenalan mengenai agama Islam tapi aku sedih bila dapat tahu yang dia tidak habis pon lagi membacanya.
Aku memerlukan cara bagaimana untuk menarik dan menunjukkan padanya mengenai kesucian agama kita ini.
Pernah jugak aku tebal muka whatsapp ke seorang ustazah yang agak popular untuk meminta pendapatnya tetapi tiada balasan. Aku faham kerana beliau pon sibuk dan lagi banyak urusan dakwah penting yang perlu dilakukan.
Aku ada jugak menghantar emel ke PERKIM untuk mengetahu mengenai kelas-kelas yang diadakan untuk golongan seperti teh hijau ni tetapi malangnya tiada juga maklum balas.
Aku merasakan penting untuk teh hijau belajar mengenai Islam sebelum kami berkahwin teruatamanya aspek solat mahupun mengaji. Aku pernah bertanya sejauh mana dia bersedia untuk berubah.
Menurut katanya dia tak kisah untuk menunaikan kewajipan seperti solat dan sebagainya, cuma mungkin susah baginya untuk meninggalkan makan daging #a*i dan minum minuman keras.
Bagi masyarakat mereka,itu merupakan satu budaya. Aku sedih membayangkan nasib atau macam mana cara untuk aku berdepan dengan masalah ini kelak andainya kami berkahwin suatu hari nanti.
Oleh itu, aku mengharapkan perkongsian aku ini akan dapat disiarkan. Aku memerlukan pandangan pembaca semua sama ada patutkah untuk kami meneruskan hubungan ini atau pon sebaliknya. Aku amat menyayanginya tetapi aku juga tak sanggup menggadaikan agama aku.
Aku minta jika ada pembaca yang ada pengalaman kenal atau berkahwin dengan bukan Islam yang berbangsa asing agar dapat memberikan aku sedikit tips.
Mungkin ada antara anda ada yang berkahwin atau mengenali pasangan Jepun-Malaysia yang masih bersama hingga ke hari ini, ceritakan lah sedikit pengalaman anda padaku.
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca dan doakan kami teh tarik dan teh hijau menemui penyelesaian kepada masalah kami ini.
Salam kasih sayang,
– TehTarik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit