Assalamualaikum semua terima kasih sebab sudi baca cerita aku dan terima kasih juga kepada admin sebab sudi publish kan cerita aku ni.
Sejak PKP ni tak tahu nak buat apa lagi dekat rumah dan masa yang sama aku teringat kembali memori berkasih yang telah berakhir beberapa bulan lalu.
Walaupun aku tahu cerita putus cinta di usia muda adalah perkara biasa pada ramai orang tapi entah kenapa aku tetap tergerak hati untuk share cerita ni dengan pembaca IIUM Confessions supaya sedikit sebanyak aku mendapat kata2 semangat dari kamu semua.
Aku mula kenal dengan Ayu (bukan nama sebenar) pada tahun 2017 yang mana ketika tu kami masing2 berada di matrikulasi yang berbeza. Aku hanya kenal dia melalui kawan lama sekolah aku yang merupakan rakan sekelas dengan Ayu di matrikulasi mereka.
Kami mula berborak dalam whatsapp dan aku tahu Ayu was2 dengan aku ketika itu. Iyelah berborak dengan orang yang tak pernah berjumpa adalah perkara yang merisaukan.
Tapi niat aku ikhlas untuk berkawan dan kenal dengan Ayu. Jadi aku cuba untuk membuktikan keikhlas aku dengan membuat macam2 perkara untuk Ayu.
Kali pertama kami berjumpa adalah pada bulan 8 tahun 2018 di majlis perkahwinan kakaknya. Walaupun Ayu menjemput aku sekadar cukup syarat dan tidak mengharapkan untuk aku datang kerana dia tahu ketika itu aku sedang bekerja part time cuti semester.
Tapi aku kena ambil peluang ni untuk datang dan berjumpa dengan Ayu setelah hampir setahun berborak dalam Instagram dan Whatsapp.
Iya, saat aku melihat Ayu depan mata aku sendiri di majlis tersebut, ternyata Ayu memang manis orangnya dan tingkah lakunya sangat sopan seperti mana yang aku lihat di media social.
Kami terus berkawan dan Ayu sedikit sebanyak mula selesa dengan aku kerana Ayu sering berkongsi cerita hariannya di kampus kepada aku. Aku pun mula seronok apabila pertama kali ada seorang wanita berkongsi cerita dengan aku.
Dipendekkan cerita, kami mula bercinta pada januari 2019 yang mana ketika itu masing2 sedang dalam persiapan terakhir untuk peperiksaan akhir semester di universiti masing2.
Kami bercadang untuk keluar berjumpa ketika cuti semester nanti kerana jauh rumah aku dan rumah Ayu hanyalah 30 minit. Tapi malangnya, Ayu mula demam dari kampusnya sehinggalah pulang bercuti semester di rumah.
Hampir dua minggu Ayu demam on off dan aku selalu pesan kepadanya untuk segera pergi berjumpa dengan doktor. Bila jumpa doktor, Ayu kena tahan dalam wad selama 5 hari dan aku datang melawat setiap hari daripada hari kedua.
Setiap hari aku ulang alik 30 minit ketika sesi waktu melawat tengah hari. Aku datang membawa buah tangan kepadanya. Dan secara tidak lansung aku berjumpa dengan ibubapanya sepanjang hari aku melawat Ayu di hospital.
Sedar tak sedar hampir separuh keluarganya aku sudah kenal hanya kerana perjumpaan yang kebetulan di hospital ketika melawat Ayu.
Dalam hati aku memang rasa macam terlalu awal sangat untuk kenal dengan family Ayu. Kami baru bercinta tak sampai sebulan lagi. Tapi aku fikir semua berlaku pasti ada hikmah mungkin dengan pengetahuan keluarga, hubungan aku dan Ayu sentiasa didoakan yang baik2.
Sejak dari tu, hampir setiap kali aku ingin berjumpa dengan Ayu aku akan meminta izin dengan ibunya terlebih dahulu. Setiap kali aku dan Ayu ingin keluar di sekitar KL, kami akan ditemani oleh kakak Ayu.
Kerana bapa Ayu sendiri berpesan yang dia tidak benarkan anaknya keluar berdua2 dengan lelaki dan mesti pulang sebelum pukul 7 malam. Pada aku tiada masalah langsung dengan arahan bapanya malah aku lebih terjamin daripada berlakunya perkara yang bukan2.
Hubungan aku dengan Ayu makin bahagia seperti pasangan kekasih yang lain cuma bezanya adalah kami sangat jarang untuk berborak di telefon kerana line telefon Ayu di kampusnya tidak begitu baik.
Kami juga pernah hanya berwhatsaap pada hujung minggu kerana ingin menumpukan perhatian pada assignment sepanjang hari isnin hingga jumaat. Semua perkara ini tidak menjadi masalah kepada kami malah kami berjaya lakukan untuk sepanjang satu semester iaitu semester Februari-Jun.
Aku pernah mengirimkan sebungkus banquet bunga kepada Ayu yang dihantar oleh runner ke tempat belajar Ayu. Tak cukup dengan tu, aku juga datang dari Selangor ke negeri belah selatan tanah air untuk menyambut majlis hari kelahirannya secara kecil-kecilan.
Aku memberitahu ibunya terlebih dahulu dan kami hanya menyambut di kafe kampusnya saja kerana aku masih ingat lagi tentang arahan daripada bapanya.
Kedatangan aku ke sana hanya satu hari saja. Aku bertolak dari awal pagi kemudian aku pulang semula ke Selangor ketika senja. Memang penat, tapi aku lebih suka kalau dapat membuatkan Ayu gembira dengan usaha2 yang aku berikan.
Nak dijadikan cerita, Ayu terpilih untuk menjadi fasilitator bagi menyambut pelajar baru semester September-Januari. Jadi, Ayu kena pulang ke kampusnya awal dua minggu untuk buat persiapan.
Fasilitator yang terlibat dikampusnya tidak lah ramai. Sekitar 25 ke 30 orang saja tapi hubungan antara mereka sangat akrab sehingga mereka mengadakan majlis makan malam selepas tamat orentasi pelajar baru.
Keesokannya, aku perasan Ayu ada memuatnaik beberapa gambar bersama dengan rakan fasinya yang lain. Ada yang bergambar beramai2 dan ada yang berdua-duaan.
Pada aku tiada masalah dengan siapa Ayu nak berkawan kerana aku hanya kekasih bukan suami lagi untuk melarangnya buat apa2. Tetapi entah tiba2 aku rasa tak sedap hati apabila melihat satu gambar yang mana Ayu bergambar dengan seorang lelaki berbadan agak berisi.
Lelaki itu namanya Daus (bukan nama sebenarnya). Aku cuba untuk tenangkan diri tapi aku masih curious dengan lelaki tersebut. Aku pun bertanya dengan cara yang baik kepada Ayu tentang gambar tersebut.
Ayu menjelaskan hanya kawan biasa seperti lelaki lain dalam gambar2nya. Tapi mungkin untuk menjaga perasaan aku, Ayu padam gambarnya bersama Daus walaupun aku tidak menyuruh pun.
Sebenarnya, sebelum majlis makan malam tersebut aku mula rasa pelik dengan individu bernama Daus ni. Aku dan Ayu sebelum ni kami memang bertukar password Instagram. Dari situ aku mula perasan yang Daus ni rajin reply story Instagram Ayu dan cara Daus berborak seperti mahu try Ayu.
Aku tahu kerana aku juga seorang lelaki. Perkara ini berterusan untuk beberapa minggu dan bulan boleh dikatanya hampir setiap dua minggu aku akan bertanya kepada Ayu tentang Daus. Kerana aku risau kalau Daus merampas Ayu daripada aku.
Iyelah, mereka duduk satu kampus yang sama manakala aku berjauhan. Aku juga sentiasa menasihati Ayu agar berhati2 dengan Daus kerana cara Daus seperti mahu rapat dengan Ayu tetapi Ayu tetap tenangkan aku dan memberitahu mereka berkawan seperti biasa.
Pada bulan 10 tahun 2019, aku menjemput Ayu dan kakaknya datang ke rumah aku kerana ada majlis doa selamat. Kebetulan majlis tersebut pun berlansung ketika masing2 tengah cuti pertengahan semester.
Sejak dari itu, aku mula perasan yang Ayu mula berubah. Aku tak nak lah asyik bertanya tentang perkara ini kerana aku tidak mahu menganggu emosi kami kerana masing2 sebuk dengan assignment dan projek yang perlu disiapkan.
Kalau asyik tanya pasal perkara ini mesti sedikit sebanyak akan mula rimas. Kemudian, lama kelamaan cara Ayu berborak dengan aku memang tidak sama seperti dahulu. Cara menjawabnya lain. Ayu tidak lagi berkongsi cerita hariannya seperti dulu.
Walaupun selepas aku balas whatsapp Ayu, aku lihat Ayu masih online tapi Ayu mengambil masa yang lama untuk membalas whatsapp aku. Aku sentiasa positifkan diri yang mungkin Ayu sedang berwhatsapp dengan kawan kelas atau pensyarah untuk bertanya soal kerjanya.
Pada bulan 12, aku ada poskan coklat ke tempat belajar Ayu dengan harapan cara itu sedikit sebanyak dapat membuatkan dia ingat kembali kepada aku. Tapi sayang sebaliknya berlaku. Ayu hanya ucapkan terima kasih yang sangat ringkat tanpa sebarang perasaan yang teruja.
Selang 20 minit, Ayu ada telefon aku dan dia ingin memberitahu sesuatu pada aku. Aku mula tak sedap hati seperti boleh mengagak apa yang Ayu nak sampaikan. Dalam perbualan telefon itu, Ayu memberitahu bahawa perasaan dia terhadap aku sudah mula hilang.
Aku terkejut. Aku cuba tenangkan diri kerana perkara ini aku sudah mula mengagak. Aku cuba untuk bertanya macam mana ia boleh terjadi. Tetapi Ayu tak dapat memberi jawapan yang solid dan lebih kepada menjawab yang dia tidak tahu macam mana boleh terjadi.
Ayu ketika itu menangis. Aku juga sedih tapi aku cuba untuk tenangkan diri. Apa guna aku sedih kalau perasaan Ayu tetap tiada untuk aku.
Akhir perbualan, aku menyuruh Ayu bertenang dan berfikir semula kerana agak berat hati untuk berpisah kerana aku sudah kenali keluarganya dan keluarga aku juga sudah kenali Ayu.
Seminggu selepas itu, aku masih rasa tak sedap hati. Kuat rasa mengatakan yang Daus punca semua ni terjadi. Kemudian, aku cuba berbincang dengan cara paling baik dengan Ayu tetang perkara ini.
Aku seperti orang gila kerana Ayu berubah dan tak sama macam dulu. Malah di Instagram dan Twitter Ayu nampak ceria lagi2 apabila berborak dengan Daus.
Ketika berbincang dengan Ayu, Ayu akhirnya mengaku dan menyatakan punca Ayu hilang perasaan terhadap aku kerana kehadiran Daus dalam dirinya.
Jawapan yang diberikan oleh Ayu membuatkan aku sangat sedih dan tidak menduga. Kerana sudah banyak kali aku berpesan pada Ayu agar hati2 dengan Daus kerana cara Daus memang nak mencuri Ayu daripada aku. Tetapi Ayu masih kata mereka berkawan macam biasa.
Apa aku boleh buat, aku hanya kekasih yang tiada kuasa apa2 terhadap Ayu. Akhirnya, pada malam itu juga aku dan Ayu berpisah. Aku ketika itu, seolah2 menggigil tak percaya perkara ini akan berlaku kepada aku.
Aku ingatkan sudah kenal dengan keluarga sedikit sebanyak membuatkan Ayu serious dengan hubungan ini. Ternyata tidak.
Ayu begitu mudah beralih perasaan kepada lelaki yang dia hanya kenal tidak cukup satu semester walhal aku sebelum ni cuba untuk kenal dengan dia lebih daripada setahun malah pernah di reject.
Aku ingatkan segala usaha yang aku buat untuk buktikan keikhlasan aku ini dapat dilihat dengan mata hati Ayu tetapi sebaliknya.
Memang aku kecewa dengan apa yang terjadi terasa diri ini seperti Zainuddin dalam movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang mana cinta Zainuddin dikhianti oleh kekasihnya sendiri, Hayati.
Habis je semester waktu tu, aku terus bawa diri pulang ke kampung selama seminggu untuk hilangkan perasaan rindu kepada Ayu kerana kalau aku bercuti dirumah sendiri, aku akan setiasa ingat pada Ayu. Keluarga dan rakan2 aku juga mula tahu tentang perpisahan aku dengan Ayu.
Mereka sentiasa untuk menenangkan aku dan menganggap perkara ini lumrah kehidupan lagi2 ketika remaja dan mereka menyarankan aku untuk kembali fokus kepada pelajaran dan keluarga.
Sekarang sudah hampir 4 bulan aku berpisah dengan Ayu, sedikit sebanyak aku dapat melupakan kisah2 bersamanya dulu walaupun kadang2 masih teringat kembali.
Aku sentiasa pujuk hati aku untuk terus kuat dan jangan fikir tentang perkara ni lagi kerana kalau aku fikir, hanya aku yang sedih seorang diri tapi Ayu sudah gembira bersama Daus.
Akhir sekali, aku sentiasa cuba untuk berfikir secara positif yang semua ini terjadi pasti ada hikmah dan sebab yang tersendiri. Dari situ aku cuba untuk kembalikan fokus aku kepada keluarga, pelajaran dan cita2 aku memandangkan sekarang ni aku pelajar tahun 3 di salah sebuat IPTA.
Aku harap perkara yang pernah buat aku sedih ini adalah sebagai salah satu permulaan untuk aku bangkit dan bukanlah permulaan untuk aku jatuh.
– Paktam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit