Cinta Terlarang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-terlarang/).

Hi Reader IIUM Confession semua. Seperti tajuk Cinta Terlarang II.. Sambungan kepada confession “Cinta Terlarang“.

Aku merasakan aku perlu jelaskan kerana ada readers yang salah faham akan luahanku yang pertama itu. Biarlah ini confession yang terakhir aku semadikan di sini.

Terima kasih kepada readers yang memberi comment yang membina semoga Allah membalasnya kebaikan kalian. Sejak confession itu disiarkan. Setiap minit aku ternanti-nantikan comment yang boleh mengubati hatiku dan aku mendapat petunjuk yang aku tercari-cari.

Mana tidaknya sejak diuji perasaan terlarang ini, ia mengubah kehidupanku 100%. Aku jadi tidak bersemangat, aku jadi murung. Entah berapa kali air mataku membasahi tikar sejadah jika perasaan terlarang itu menggangguku.

Hatiku sebak. Kadang-kadang aku menyalahkan takdir kenapalah aku dipertemukan dengan R dan diuji perasaan sebegini.

Kepada readers yang comment negative sampaikan ada yang mengatakan aku pernah ringan-ringan bersama R. Telah ku jelaskan di akhir confession pertama itu yang perasaan cinta terlarang tidak pernah aku luahkan terhadap R.

Seperti yang aku nyatakan kini aku dan R berjauhan. Sejak endemik kami beberapa kali berjumpa, R bercuti ke Negeriku. Dan aku berjumpa R di Ibu Kota.

R menemaniku untuk tidur di Hotel jika kami berjumpa. Kenapa aku terangkan tidur bersama disini?

Sebab sepanjang R menemani aku untuk tidur di hotel , tidak sedikit pun perkara terkutuk yang kami lakukan.

Jika benar seperti readers katakan kami telah ringan-ringan sebab tu wujudnya perasaan terlarang terhadap R. Sudah pasti itulah masanya paling sesuai. bukan?

Namun perasaan sayangku terhadap R tidaklah sampai ke arah seksual. Nauzubillahminzalik.

Agak menyedihkan bila ada readers mengatakan seolah-olah aku confess agar perasaan terlarangku ini mendapat sokongan.

Sesungguhnya, sehingga kini tidak henti-henti aku berdoa kepada yang maha Esa agar dibuang sejauh-jauhnya perasaan ini. Dan buatkan aku mampu untuk menyintai lelaki. Gantikan dengan hati baharu.

Cinta terlarang terhadap R ini aku mesti hapuskan dahulu, tapi aku masih tidak mampu. Walaupun telah bertahun lamanya kami berjauhan. Setiap sapaanya di media sosial dan washapku amat menyenangkan hatiku. Dan jika dia tidak mencariku.

Aku rasakan ada yang tidak kena. Aku jadi hiba. Kini, kami hanya akan berhubung jika R yang mencariku. Biarlah perbualan kami bermula dari R.

Adakalanya aku siap sedekahkan Al-fatihah atas nama R agar Allah sentiasa pelihara persahabatan kami dan agar R sentiasa merasakan rinduku.

Kenapa aku buat begitu? kerana aku terlalu sayangkan R. Lihatlah betapa aku tersiksa dengan perasaan terlarang ini.

Mungkin benar kata readers semua yang aku syok sendiri terhadap sahabatku sendiri. Padahal aku tau ia salah.

Sehingga wujudnya perasaan terlarang terhadap R. Sikap R yang sangat baik, di saat aku ada masalah, R lah yang beria menjadi pendengar setia.

Namun segala kelakuan R, terus membuat aku syok sendiri. Walaupun kami berjauhan, R sering mengirim hadiah. Dan kami saling bertukar-tukar hadiah. Berbalas surat.. Bulan lepas, di hari jadiku, R hadiahkan aku Iphone terbaru.

Untuk makluman semua juga kami masing-masing bekerja di Bidang Profesional, menjawat jawatan penting dan kami tiada kepentingan dari segi kebendaan kerana kedua kami mampu dari segi pendapatan.

Aku terangkan takut mungkin ada yang menuduh aku menjadi pisau cukur pulak nanti. Perbuatan begitu membuat Aku semakin jatuh hati pada R.

Kini, aku perasaan sejak R duduk sekali bersama suaminya. R akan hanya mencari aku pada siang hari ketika suami nya bekerja.

R meluahkan rindu seperti biasa dan ada sajalah topik untuk dia menghubungiku. Padahal aku tersiksa kerna perasaan terlarang ini.

Jika kami berjumpa, R melayanku dengan sangat baik.

Dengan jawatannya di pejabat nya, semestinya dia sangat sibuk namun R tetap luangkan masa sehingga sanggup mengambil cuti untuk menemuiku. Perkara-perkara kecil sebegini sejujurnya terus membuat aku syok sendiri.

Aku sebenarnya ingin menganggap R seperti sahabat-sahabat ku yang lain.

Semoga Allah mengampuni dosaku asbab perasaan terlarang ku ini. Aku mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini. Segalanya telah diuruskan hanya tunggu masa berlepas saja.

Dengan harapan aku ingin merayu padaNya ditempat suci di Mekah dimana tempat termakbulnya doa ibarat anak panah yang menuju tepat ke sasarannya.

Dipertemukan aku jodoh agar aku dapat hapuskan perasaan terlarang terhadap R. Tanpa merosakkan persahabatan kami.

Mohon readers doakan aku dimudahkan urusanku disana nanti. Semoga hidupku kembali bersinar.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *