Cinta Tidak Kesampaian

Membaca kisah cinta terpendam kepada jirannya sedikit sebanyak mengimbau kenangan memendam rasa sebegitu pada seseorang tika zaman masih muda dahulu.

Rasa itu kini sudah tiada, kerana masing-masing sudah punya keluarga. Ya kasih yang tak kesampaian tapi pokok pangkalnya memang dia bukan jodoh saya.

Saya Bella, seorang isteri dan ibu, telah berkahwin hampir 14 tahun yang lalu. Kini dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Dulu sewaktu di universiti, saya aktif dengan aktiviti kokurikulum dan macam-macam aktiviti lain lah. Dalam salah satunya saya terjumpa seorang senior ni, Aziz.

Kerap kali kali berjumpa kerana aktiviti persatuan yang kami lakukan. Yang akhirnya menerbitkan satu rasa indah dalam hati saya. Biasalah kan, umur di waktu tu fasa mahu disayangi dan menyayangi.

Ya saya pendamkan rasa itu. Saya fikir wleh kejap je rasa macam ni tapi rupanya tidak ya. Makin dipendam makin membuak perasaannya.

Mahu menjerit adakalanya kerasan terlalu sesak menanggung rasa. Datang rasa itu tidak diundang, datang rasa itu tidak dipinta, tapi begitu menyesakkan jiwa. Lebih sesak kerana tak mampu nak luahkan pada sesiapa.

Setiap kali bertemu memang hati penuh debar dan semakin berbunga. Hilang rasa rindu yang terpendam. Maka saya mula mencari hint adakah si Aziz ni punya rasa yang sama seperti saya.

Entahla mungkin bila kita tengah syok sendiri dan hati pun memang menaruh harapan tinggi mudahan dia pun ada perasaan pada kita, mulalah even the smallest detail kita rasa eh ini hint si dia suka kat kita ni. Saya macam itulah.

Adakala terpandang dia melihat saya sambil tersenyum.

Adakala melihat dia concern pada saya itu saya fikir mesti dia rasa saya istimewa di mata dia. Bila dia puji mata saya cantik, saya rasa macam terbang di awan biru.

Bila dia putarkan lagu dan katanya lagu itu untuk saya, saya teliti bait-bait lagu itu dan liriknya penuh rasa pengharapan pada cinta, Diana Ross When You Tell Me that You Love Me.

Di waktu lain bila dia sms saya pun saya rasa berbunga-bunga.

Kami bersembang tentang keluarga kami, masa depan banyak benda yang kami kongsikan.

Cuma satu, tiada langsung cerita mengenai isi hati dan perasaan. Saya malu untuk mulakan langkah, dan sentiasa menunggu hint dari dia.

Sedar tak sedar 3 tahun pengajian berlalu dan saya dengan Azizi masih di fasa itulah. Kau tengok aku, aku tengok kau. Kau senyum kat aku, aku senyum kat kau.

Entah apa yang saya rasa semua itu istimewa pun entahlah. Tapi walau hanya itu, rasa hati saya tidak berubah walau sikitpun.

Akhirnya saya nekad. Di hari terakhir pengajian saya di universiti itu, saya bulatkan nekad untuk berterus terang pada dia. I thought i have nothing to loose.

Maka saya karangkan satu email pada dia. Luahkan semua rasa hari tang terpendam. Teragak-agak nak click ‘send’…tapi saya nekad dengan bismillah saya tekan jugak button send itu. Selamar di hantar.

Maka saya masuk ke fasa seterusnya. Menanti sebuah jawapan. Tiada. Tiada saru reply pun dari dia yang saya terima. Dia diam menyepi terus tanpa sebarang kata.

Saya pula macam orang gila bayang, hari-hari check email dan sms yang masuk.

Masa tu mana ada whatsapp kan, so kita tunggu sajalah sms. Handphone waktu tu habis canggih ialah Blackberry dan saya bukanlah pengguna Blackberry pun.

Sedar tak sedar saya menunggu jawapan dia hampir 9 tahun.

Tak pernah saya buka hati saya untuk insan lain kerana entah apa saya hanga inginkan dia dan mahukan dia menjadi peneman hidup saya hingga ke hari tua.

Beberapa kali jumpa semula kerana reunion dan sebagainya tapi dia berlagak selamba.

Bukankah itu hint juga untuk saya untuk tidak terus menanti? Tapi hati kita ini Allah yang pegang. Datang rasa yang istimewa ini tidak saya undang.

Maka di tikar sembahyang saya berdoa sesungguh hati bawalah perasaan ini pergi. Saya tak sanggup menanggung seksa merindui seseorang yang bukan untuk saya.

Sehingga satu hari dia datang ke negeri tempat saya tinggal atas urusan kerja. Dia hubungi saya dan saya anggap baiklah saya bawa dia berjumpa dan bawa dia makan bagi menyabtuni kawan lama dan tetamu.

Hati waktu itu sebenarnya dah macam belon kena tiup sesak dan berdebar hanya Allah yang tahu. Saya jemput dia di hotel tempat dia menginap, bawa makan dan hantar semula.

Tika dalam perjalanan kembali ke hotel dia sebut nama saya. “Bella, abang ada nak cakap sesuatu.” Allah, adakah ini waktunya.

Saya cuba terus kekal fokus dengan pemanduan. Jalan sedikit sesak, begitu jugalah sesak nafas saya waktu itu.

“Abang ada kenal seseorang. Abang tertarik hati dengan dia. Kawan sepejabat abang.”

Saya cengkap stering kereta sekuat-kuatnya kerana saya benar-benar rasa hancur hati waktu itu. Saya pura-pura gembira sambil menyeka air mata. Selepas 9 tahun akhirnyabini jawapan yang saya cari dan saya terima.

Tak payah cerita macam mana saya drive balik rumah dalam keadaan saya hancur hati dan perasaan pada waktu itu.

Seminggu lebih juga hancur luluh hati saya tidak terhingga. Tapi perlahan-lahan saya cuba cari kembali kekuatan. Dan saya bulatkan tekad untuk sambung pengajian.

Setahun selepas saya sambung pengajian, ibu saya kenalkan saya dengan suami saya. Jujur saya katakan waktu itu hati saya kosong sahaja.

Sudah tidak mahu mengharap pada cinta kerana tahu bagaimana ia begitu menyiksakan. Saya ikut sahaja cakap ibu untuk berkahwin.

Kerana tika itu, saya fikir apa yang ibu restui itulah yang terbaik untuk saya.

Maka setelah 5 bulan berkenalan, saya melangkah ke pelaminan. Satu mesej saya terima di malam saya berjaya diijab kabulkan. “Abang ingat Bella akan tunggu abang.”

Allah! Kenapa Aziz kau permainkan perasaan aku? Sungguh saya langsung tak terjangka akan terima mesej itu dari dia.

Saya baca mesej itu berkali kali mencari apakah maksud nya.

Akhirnya, saya abaikan dan tidak respond. Ditinggalkan juga komen gambar kahwin saya di laman sosial saya “You looked beautiful Bella.” Juga saya abaikan.

Nasi sudah menjadi bubur dan saya tidak boleh turn back kerana baru sah jadi isteri orang. Tipu kalau daya katakan tidak ada penyesalan tetapi saya redha dan terima yang dia bukan jodoh saya.

Kini saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang rupanya sangat abusive. Mental dan fizikal. Tapi saya masih bertahan. 14 tahun sudah dalam perkahwinan.

Di awal perkahwinan saya jadi punching bag dia sampai lebam mata. Diceraikan ketika saya dalam pantang. Dipukul ketika saya sedang dalam perjalanan hendak viva.

Mula-mula dulu saya tidak melawan tapi kini hati saya sudah kosong. Aziz entah saya tidak ambil tahu lagi tentang dia sejak dari hari saya diijabkabulkan.

Setahu saya dia sudah berkahwin dan punya anak dua.

Saya tidak contact dia setelah bergelar isteri, kerana tidak mahu ada sebarang hasutan membjat dosa lagipula saya berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Saya tidak mahu menambah derita.

Perjalanan hidup saya mencari cinta mungkin saya tidak jumpa. Begitu teringin ingin rasa disayangi dan menyayangi sepenuh hati dari insan bergelar suami.

Tapi saya terima takdir hidup saya ini. Sekurang-kurangnya anak dan keluarga masih bersama saya.

I dream of a fairy tale but this is life and there’s ni magic or fairy tale in life…

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *