Assalamualaikum. Nama aku Seroja (bukan nama sebenar) cerita yang aku nak kongsikan ni aku anggap sebagai kisah silam untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman.
Aku kenal Lemon (bukan nama sebenar) masa aku di umur 20an. Aku dan Lemon ni boleh dikatakan bagai langit dan bumi lah. Kalau korang pernah tengok cerita Adnan Sempit, macamtu la kami.
Aku ni boleh dikatakan seorang yang dibesarkan dengan kesenangan dan dimanjakan oleh keluarga. Dan Lemon ni pulak sebaliknya.
Masa aku mengenali Lemon aku sedang Degree di sebuah universiti terkemuka dan Lemon pulak masatu hanya tolong mak abah dia dekat pasar.
Tapi entah macam mana cara layanannya dan keluarganya yang membuat aku tertarik dan semakin sayang walapun cara kehidupan kami berdua sangat berbeza.
Dengan dia aku belajar sedap rupanya makanan di pasar malam, best suasana makan di warung2. Lemon lah yang banyak mengajar aku cara hidup yang sebelum ni aku tak pernah lalui. Dan aku seronok dapat belajar semua tu.
Keluarga Lemon layan aku macam anak sendiri dan jujur aku sangat sayangkan keluarga Lemon.
Selang beberapa lama perkenalan, satu hari Lemon tiba2 diamkan diri. Aku cari Lemon ke semua platform medsoc tapi semua tidak berbalas.
Tiba2 aku terima call dari mak Lemon yang Lemon rupanya di lokap polis. Lemon di tangkap atas kes jenayah yang agak berat. Aku terkejut taktahu apa yang aku patut rasa waktu tu. Marah kecewa sedih semua bercampur.
Aku tekad ingin tinggalkan Lemon, tapi mak Lemon bersungguh2 memujuk aku untuk jumpa dengan Lemon walaupun sekali ketika Lemon sudah jatuh hukum nanti.
Lemon akhirnya di masukkan ke salah satu Penjara di area selangor, Lemon di jatuhkan hukuman 2 tahun penjara. Aku pergi melawat Lemon untuk kali pertama bersama maknya.
Lemon menangis merayu meminta aku menunggunya. Lemon berjanji dia takkan ulangi perbuatan dia. Dan bodohnya aku ketika tu kerana masih sayang aku menunggu Lemon hingga dia dibebaskan.
Sepanjang tu juga aku melawat Lemon tanpa skip hingga ke bulan terakhir dia di sana.
Sepanjang Lemon tiada aku sering menemani mak Lemon ketika mak Lemon tiba2 sedih teringat kan Lemon. Aku jugak selalu bawa keluar mak dan adik2 nya berjalan ketika Lemon masih di penjara.
Sampailah hari yang paling aku nantikan. Ya Lemon bebas! Ketika itu aku sedang final exam. Laju aku balik ke rumah sewa sebab nak cepat2 ke rumah Lemon.
Macam2 sudah aku fikirkan, nak bawa Lemon makan makanan yang dia teringin, nak belikan Lemon baju baru nak belikan ini itu. Jelas gembira di wajah mak Lemon bila Lemon dah dibebaskan.
Tapi ayah Lemon biasa saja. Ayah Lemon masih kecewa dan tak percaya yang Lemon akan berubah. Dengan title Banduan sangat susah untuk Lemon dapatkan kerja. Dengan kawan2 sekeliling memandang rendah apa tah lagi nak bergaul.
Aku bagi idea kepada Lemon dan ajak Lemon untuk kami buat business kecil kecilan.
Dengan kereta yang aku ada kami angkut khemah kerusi dan balang air kami berniaga di tepi jalan di kawasan rumah Lemon. Hahaha. Kelakar bila di ingatkan.
Aku seorang gadis manja yang tak pernah berpanas berhujan boleh bersama sama meniaga air dengannya setiap hari.
Duit belanja yang ayah aku bagi separuh habis untuk modal meniaga. Balik je class laju aku bawa kereta ke rumahnya untuk berniaga.
Perniagaan kami hari ke hari semakin berkembang. Dari air balang kini dah ke air botol dan boleh supply ke kedai2 kecil.
Ayah Lemon pun semakin mesra dengan Lemon mungkin kerna ayah Lemon sudah mempercayai Lemon boleh berubah dan bekerja.
Tak sangka air botol kami dapat sambutan ramai. Dari air, kami tambah menu baru pulak, jual bingsu! tak sangka ramai penggemar kami, hihi.
Setelah di tahun ke 4 perkenalan. Lemon bagitahu dia nak cari kerja tetap yang ada kwsp socso. Aku cuba apply kan semua kerja untuk Lemon. Kesemua interview Lemon aku teman supaya Lemon bersemangat.
Ada yang dia bertahan 2 hari, ada yang 3 hari. Akhirnya aku cuba apply lagi di satu Kilang di selangor juga. Setelah beberapa kali. Alhamdulillah Lemon diterima.
Tapi kegembiraan yang aku rasakan tu tak lama. Dalam beberapa bulan Lemon kerja di sana. Lemon mengenali seorang perempuan yang sama tempat kerja dengannya. Kata Lemon dia inginkan “perempuan baik”.
Mungkin aku belum cukup baik selama beberapa tahun ini dengannya. Mungkin aku tak secantik perempuan itu. Dan akhirnya sekelip mata aku di buang.
Sehingga kini parut masih terasa, cuma aku belajar menerima hakikat. Aku terima semua yang telah berlaku, doa ku semoga Lemon bahagia.
Sudah 3 tahun berlalu..
Entah apa khabar mereka sekeluarga kerna aku pun menghilangkan diri selepas kejadian tu. Semoga baik2 saja buatmu.
– Seroja (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis layak dpt yg jauh lebih baik🙂
mungkin dia low self esteem, rasakan dirinya tak sesuai, tak sekufu dgn family sis.. bertabahlah sis.. hugs for you.. semoga sis dpt jumpa jodoh yg lebih baik..
Percaya satu perkara bahawa Allah akan membalas kebaikan awak dan segala kesakitan yang awak rasakan. Awak perempuan baik dan u deserve better. Bersangka baik pada Allah. Putusnya hubungan kalian akan memberi kebaikan pada kalian dunia dan akhirat. Cuma nasihat saya utk next relationship, please jangan melebih-lebih dalam berkorban lagi-lagi untuk lelaki. Sayangi diri awak dan famili awak dulu. Honestly, rasa geram bila baca awak sanggup ke hulur hilir buat semua benda untuk dia (sampai teman iv bagai) sedangkan dia lelaki, Ar rijal. Yang seharusnya jadi pemimpin. Bila awak buat semua benda untuk dia, dia jadi lelaki manja. Semua benda nak spoon-feed. Tak mengapalah, let bygones be bygones. What’s done is done. Don’t worry about the past. Teruskan berdoa dan semangat, Seroja.
terima kasih atas nasihat. 🩷
Lemon is a bad investment😭. Hugs sis. Semoga jumpa jodoh yang lebih baik.
Percayalah, orang mcm tu takkan bahagia lama. Nanti kalau dia nak kat awak balik tak payah terima. Buang masa dan duit je
If a man wants you, nothing could stop him. If a man doesnt want you, nothing could make him stay. Jangan bersedih sis, lelaki macam tu memang layak dapat yg sekufu dengan dia. Bersyukurlah dapat keluar dari cengkaman lelaki taguna.
Aku datang dari confession si Lemon aka Duri.. hahaha mawar, penawar apa ntah tajuk si jantan tu letak🤣
Disana Mawar, disini Penawar…