Cinta Tirai Besi II

Sambungan dari part 1 Cinta Tirai Besi, https://iiumc.com/cinta-tirai-besi/

Assalamualaikum semua. Terima kasih pada yang beri nasihat dan comment yang baik2 untuk Seroja. Tak sangka ramai yang marah lepas baca cerita aku dan Lemon ni.

Aku baca semuanya dan sangat tersentuh hati ni bila rata2 mendoakan semoga aku dikurniakan jodoh yang baik dan selayaknya. Aamiin.

Ada part yang aku lupa hendak masukkan, iaitu bagaimana Lemon “terkantoi”. Izinkan aku untuk ringkaskan..

Masa kejadian ialah pada hari Jumaat (bulan ramadhan). Tarikh yang sama anniversary perkenalan kami yang ke 4 tahun. Jadi aku dah pun book Dinner + iftar di sebuah hotel di petaling jaya.

Excited punya pasal aku book 2 minggu awal lagi dan dah inform Lemon siap2. Sampai lah hari kejadian, jam menunjukkan 5 petang. Dan kebiasaanya Lemon akan inform aku bila dia sudah habis kerja.

Tapi haritu dia berlainan, dari 5 petang Lemon habis kerja Lemon mendiamkan diri. Jadi aku beranggapan mungkin Lemon sudah sampai dirumahnya dan sedang bersiap untuk ke hotel itu.

Jam dah menunjukkan 6 petang, aku bergegas keluar dan drive menuju ke petaling jaya di mana hotel tersebut berada.

Sambil drive aku call Lemon berkali2 tapi tak berangkat dan akhirnya telefonnya di matikan. Aku risau aku fikirkan terjadi apa2 pada Lemon tapi aku masih positif.

Aku berhentikan kereta di tepi jalan, jam pada masa itu telah pun masuk waktu maghrib dan aku masih di dalam kereta sambil tanganku tak putus2 menelefon Lemon. Hati sudah tidak sedap.

Aku tak ingin mengganggu mak atau adik Lemon pastinya mereka sedang beriftar. Jadi aku decide untuk tunggu sahaja mungkin phone Lemon habis bateri.

Sedang aku leka melayan perasaan, aku buka instagram dan sengaja aku cuba untuk log in ke account Lemon. Puas aku meneka password ig nya, selepas beberapa kali percubaan yes akhirnya berjaya masuk!

Apa yang paling mengejutkan, tiba tiba ada pula ig story Lemon. Eh bila pulak Lemon update story? Oh dia hide story dari aku rupanya.

Aku pun tekan story Lemon, rupanya Lemon sedang sibuk beriftar bersama perempuan itu di sebuah hotel di shah alam.

Lemon memakai baju kemeja yang aku belikan untuk dia pakai pada malam yang sepatutnya kami dinner. Perempuan itu pula memakai baju yang sama warna dengan Lemon. Mereka seperti pasangan sejoli.

Aku yang ketika itu masih di tepi jalan merenung panjang. Sudahlah belum berbuka, akhirnya berbuka dengan air mata pula, haha.

Jam pada waktu tu sudah menganjak ke 11 malam. Dan ye aku masih di tepi jalan itu masih menekan nombor Lemon berkali2. Aku hanya termenung dan menangis aku jadi shock aku tak percaya apa yang aku lihat.

Lemon tak mungkin akan mengkhianati aku sampai begini. Mana mungkin Lemon akan sanggup buat orang yang sudah susah untuknya begini. Dan itulah yang berada di fikiran aku berulang2 kali.

Aku yang menyambut tangannya ketika orang lain menolaknya, bagaimana mungkin dia boleh buang aku? Perkataan itu terus terusan bermain di fikiran.

Tanpa sedar aku masih di tepi jalan itu sehingga jam 3 pagi. Dan Lemon masih tidak hidupkan phonenya.

Aku menunggu sehingga selesai azan subuh untuk menghubungi mak Lemon dan minta izin kerumahnya kerana aku sudahpun parking di bawah rumah Lemon.

Jam 7.30 pagi aku naik ke rumah Lemon atas keizinan mak Lemon. Mak Lemon tidak tahu mengapa aku datang aku cuma kata aku kebetulan ada di area tu dan minta tumpang berehat.

Aku masuk ke rumah dan aku buka pintu biliknya luas2, jelas Lemon sedang tidur dan phone di tepinya. Ya nampaknya Lemon memang sengaja mematikan phonenya.

Aku hanya berdiri di hujung pintu bilik Lemon sambil melihatnya dari jauh dan menunggu Lemon terbangun sendiri. Hampir 30 minit aku berdiri dan Lemon pun terjaga.

Lemon terkejut. Jelas terpampang kat muka dia. Dia bertanya bila aku sampai. Aku terus jawab “mana phone?”

Ketika tu Lemon masih tak tahu dia dah pun kantoi. Dan malam yang dia off phone tu aku dah pun dm perempuan itu dan bertanya tentang hubungan mereka dan beritahu segalanya siapa aku dan apa hubungan kami.

Kerana aku juga tertanya2, mengapa perempuan ini masih ingin bersama Lemon, apa yang Lemon cerita kepadanya sedangkan di feed ig Lemon penuh dengan gambar kami bersama. Tapi perempuan itu hanya “seen” kan chat aku.

Berbalik pada situasi tadi, Lemon pun terus menghidupkan teleponnya. Nampak muka cemas di wajah Lemon dan sedang dia begitu focus membaca sesuatu di phonennya.

Ketika itu aku fikirkan Lemon akan merayu dan meminta maaf atas kesilapannya. Tapi aku silap. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Lemon, “kenapa kau kacau kebahagiaan aku hah??!” Ye itulah ayat yang Lemon keluarkan pada aku ketika tu.

Aku terkejut. Aku terus bertanya aku kacau kebahagiaan kau? Aku ni siapa? Kau dah lupa ke aku siapa? Dan Lemon hanya menjawab,

“Eh pergi mampus la kau siapa ke, kau pernah susah dengan aku ke, apa ke, tu semua benda dah lepas, aku tak nak ingat! Benda sekarang aku nak perempuan ni! Susah aku nak dapatkan perempuan ni kau tahu tak! Asal kau nak kacau kebahagiaan aku bodoh?!”

Aku terkedu, seolah semua ni mimpi. Lemon yang aku tatang bagai minyak penuh berubah sekelip mata.

Lemon terus menyantap tangan aku heret keluar dari rumahnya. Aku di seret tak ubah seperti seekor anjing, keluarga Lemon tiadak menghalang pun, dan tidak diendahkannya, jiran2 memandang pelik dan takut.

Setiap langkah aku turun dari tangga sambil di seret oleh Lemon dari tingkat 7 penuh siksa, aku jatuh aku tersembam tidak dihiraukan yang penting dia dapat melepas amarahnya. Lemon merampas kunci kereta aku, Lemon tarik aku paksa masuk kereta.

Aku cuba buka pintu untuk lari tapi tak berjaya, Lemon grip kepala aku. Lemon memaksa ingin mengambil telefon aku kerana Lemon ingin aku chat perempuan itu dan bagitahu yang aku hanya memfitnah Lemon.

Tentu sekali aku takkan bagi Lemon ambil phone aku. Lemon terus menolak aku ke cermin kereta dan mencekik aku sekuat hati sehingga aku menangis meminta tolong tapi tak ada orang yang sedari.

Lemon tampar dan cekik aku dan dia berjaya ambil phone aku. Tapi Lemon tak dapat bukak kerana password telah pun aku tukar. Lemon mengamuk seperti orang gila di dalam kereta itu.

Lemon menelefon perempuan itu menggunakan telefonnya di depan aku dan aku di paksa untuk tidak bersuara kalau tak aku di kasarinya. Aku seperti orang bodoh yang mendengar pasangan sejoli sedang mengadakan sesi pujuk memujuk.

Aku mendengar semua perbualan Lemon yang mengatakan aku perempuan gila yang menfitnahnya.

Dan yang aku tak menyangka perempuan itu masih tetap ingin bersama Lemon meskipun telah tahu semuanya. Perempuan itu menyuruh Lemon memilih aku atau dirinya. Ya sudahpasti aku bukan pilihannya.

Dan itulah kali terakhir aku bertemu Lemon. Keesokannya, gambar di medsoc Lemon semua telah di tukar gambar bersama perempuan itu. Whatsapp ig dan lain2 semua penuh gambar perempuan itu. Sudah pasti Lemon sudah lama menantikan saat bahagia itu.

Business kami bersama di teruskan bersama kekasih barunya. Aku automatik telah dianggap orang luar.

Aku pula ketika itu? Aku mengurungkan diri di rumah selama beberapa bulan. Tiada siapa tahu tentang apa yang berlaku termasuk kawan rapat mahupun keluarga.

Kata orang masa akan mengubati, tapi bagiku semakin berjalan waktu semakin sesak dadaku.

Begitulah kisah silam dan kesilapan terbodoh aku lakukan. Baru aku tahu begini rasanya dikhianati.

Oh ya ada jam apple watch aku tertinggal di rumah nya, dan dalam beberapa hari selepas kejadian itu aku melihat dp whatsapp Lemon gambar perempuan itu memakai jam tersebut, mungkin Lemon ingat semua barangku telah menjadi miliknya mungkin.

Aku teringat, dulu aku pernah memberitahu Lemon, satu hari nanti aku mahu beli rantai emas berukir kan nama ku bila sudah bekerja. Kata Lemon jangan beli sendiri, biarkan dia yang beli untuk aku sebagai tanda membalas penat lelah aku bersamanya dari susah.

Dan……. ya betul. Lemon beli rantai emas berukir nama tersebut. Persis seperti yang aku mahu. Tapi sayang, bukan nama aku yang terukir. Tapi berukirkan nama perempuan baru yang dikejarnya itu. “N*******” sosok nama yang sukar aku lupakan.

Tak apa lah.. meskipun bukan aku yang berada disamping di waktu kesenangannya, tapi setidakknya aku dah buat yang sehabis baik di waktu susahnya.

Mungkin wajahku tak secantik perempuan barunya itu. Kata Lemon perempuan itu perempuan paling cantik di kilang itu dah sukar untuk mendapatkannya. Dan aku seolah2 orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Kini Lemon telah pun berkahwin dengan perempuan itu…

Terkadang aku terfikir di mana keadilan di dunia ini mengapa dia yang kejam tapi dia pula yang bahagia dulu? Sedangkan aku masih sendiri cuba memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik.

Aku yang mengajarnya berjalan ketika dia masih merangkak. Tapi bila dia dah pandai berlari, dia pergi meninggalkan aku…

– Tamat –

– Seroja(Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Adik
    Percayalah
    Allah dah susun cantik perjalanan hidup adik
    Semoga adik terus kuat dan bertemu jodoh sebaik adik

  2. kifarah itu pasti. cepat atau lambat. jangan bersedih hati. Allah simpan jodoh yang baik untuk saudari

  3. datang sini semula lepas baca confession di sana mawar, di sini penawar.. lemon dah kena kifarah dia.. dia dah susah sekarang..susah disebabkn perempuan yang susah untuk dia dapatkan dulu smpai sanggup tinggalkan perempuan yang pernah tolong dia masa dia susah..

  4. datang sini semula lepas baca confession di sana mawar, di sini penawar.. lemon dah kena kifarah dia.. dia dah susah sekarang..susah disebabkn perempuan yang susah untuk dia dapatkan dulu smpai sanggup tinggalkan perempuan yang pernah tolong dia masa dia susah..

  5. sis seroja, i came from the future nak kasi happy news! hasil dari kebaikan sis tu Allah dah gantikan dengan lelaki yang truly deserve you and is on your level. lemon sis tu aka duri dia tak happy pon dgn marriage dia, bayang sis akan tetap ekori dia sampai bila-bila. & deep down whether he realised it or not, dia akan tetap mencari sis dan compare sifat sis dgn wife dia skrg. lemon tengah bayar karma-karma dia.
    saya doakan semoga sis sentiasa bahagia hingga akhir hayat.

    • hahaha lajunyaa you buat kerja . i pun gigih baca balik confession ni . lol . semoga yang baik baik ajeee untuk semuaa . AMin

    • Salam sis, just nak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia ke anak cucu and Jannah. ❤️❤️❤️

  6. Your ex is paying the kifarah right now.. Allah uji u utk dia bg yg lebih baik, indeed u have secured the right one now.. Alhamdulillah, betullah apa yg kita dgar selama ni, org yg bersabar takkan kalah… Doa org yg teraniaya tiada hijab..

  7. Hai seroja, selamat pengantin baru. Kami semua gembira akhirnya sis sudah menemui pengganti yang lebih baik. Barakallah..

  8. hai seroja, lemon gila bayang kt u sekarang.. tlg check yr followers.. risau kang kena penyakit ain.. yelah, member tgh gila bayang kannnnnnnnn? awwwwwwww, selamat pengantin baru seroja, may Allah bless yr marriage till jannah dear..

    when i read the confession, i think of you.. the way he describe, just like yr story but on his POV lah.. glad that dia regret, tp dh terlambat.. muahahahahaha

    you slay queen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *