Hai Assalamualaikum, aku Z. Berumur 26 tahun. Aku nak cerita pengalaman berkenalan dengan seorang lelaki bernama D yang bagi aku dia sangat baik dan agak lurus kadang tu.
Aku dan D baru bawa haluan masing-masing minggu ni setelah 1 tahun bercinta. Dalam hati kami masih ada rasa cinta dan sayangkan hubungan ni tapi kerana fahaman berbeza, kami terpaksa berpisah.
Kami berpisah bukan sebab orang ketiga atau masalah kewangan. Mesti kalian dapat agak kan sebab apa? Ya, sebab aku ni anti vaksin.
Al-kisahnya aku ni sebenarnya bukan anti vaksin pun, aku dah complete vaksin pertama, kedua dan booster Pfizer.
Permulaan kisah aku jadi anti vaksin ni sebab aku diuji dengan sakit batuk berlarutan selama 2-3 bulan sejak bulan 7 haritu, dan batuk aku semakin teruk dengan pakej sesak nafas time nak tidur dan batuk bila masuk bulan 9.
Jadi sepanjang tempoh tu, aku dah berulang-alik ke hospital kerajaan dan klinik kerajaan banyak kali, namun doktor masih tak tahu sakit aku apa.
Aku dah disahkan negatif tibi. Jadi sepanjang aku sakit beberapa bulan tu, dah 4 hospital kerajaan aku pergi,
Sampai aku rasa burnout sebab semua doktor tak dapat kenal pasti penyakit aku apa, termasuk aku dah pernah ditahan di wad 10 hari. Itupun aku masih belum sihat dan masih sesak nafas.
Aku nak pergi hospital swasta tapi medical card aku belum capai tempoh matang untuk digunakan.
Aku burnout sebab aku rasa letih dah banyak kali berubat termasuk pergi rawatan Islam semuanya belum pulih, sehinggakan aku terpaksa MC banyak kali.
Btw, aku mengajar sekolah rendah agama dan sampai aku berhenti kerja disebabkan penyakit ni menyukarkan aku bersuara kuat dan banyak bercakap.
Sampai lah satu masa haritu, dalam akhir bulan 10, aku scroll tiktok video pasal sorang kanak-kanak ni masuk wad sebab sakit apa, aku tak ingat.
Aku pun baca komen dan terjumpa ada sorang tulis pasal satu group telegram.
Group tu berkaitan cara sembuh yang menolak ubat-ubatan hospital dan ada ubat khas dia serta aturannya untuk detoks vaksin, bagi nutrisi dalam tubuh semua tu, dan boleh sembuh pelbagai penyakit tanpa bergantung pada ubat hospital dan klinik.
Diorang juga ada bagi video fakta pasal vaksin dan agenda barat melalui vaksin ni. Group tu kalian boleh search di telegram, Universal Antidote Malaysia
Dari situ, aku start buat kajian dengan baca fakta-fakta diorang, tengok testimoni bagaimana pesakit tu sembuh semua tu, dan dari situ aku yakin untuk praktikkan apa yang diorang recommend untuk sembuhkan sakit aku.
Dan alhamdulillah setelah hampir 2 minggu, aku ada nampak perubahan positif pada diri aku, dan takde sesak nafas time tidur dah, batuk aku pun berkurangan.
Okay berbalik kepada kisah aku dan D, aku ada berbincang dengan D pasal group tu dan aku kata mungkin lepasni kalau kerajaan suruh vaksin lagi, mungkin aku tolak dan taknak ambik.
D pada mulanya terkejut tapi dia boleh terima aku yang menolak vaksin.
Tapi masalah start berlaku, bila aku dan D bincang pasal anak, dan aku kata kat D, kalau ada anak nanti mungkin aku taknak anak aku divaksin di hospital, kan setiap bayi yang lahir kena suntik vaksin, vitamin K semua tu kan?
Tapi aku cakap kat D, aku tak nak anak aku dicucuk semua tu walaupun sekali. Sebab fahaman aku dah berbeza.
D kata dia tak boleh terima pendapat aku sebab dia risau anak sakit dan sebagainya, aku dah terangkan kat dia pasal vaksin dan agenda barat semua tu, tapi dia still tak percaya cakap aku. Aku tak tahu nak terang macam mana lagi.
Aku sedih sebab D start turn off kat aku pasal isu vaksin ni. Dia kata dia sayangkan aku dan hubungan kami, tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak nak anak aku sakit semua tu di masa depan.
Disebabkan isu ni, D tak nak teruskan hubungan dengan aku. Aku sedih tapi aku tak tahu nak buat apa.
Kalian boleh suggest tak macam mana aku nak pujuk D, atau aku move on je? Kami masih menyayangi tapi tulah huhu.
Aku tahu dalam page ni mesti ada yang kecam aku sebab penulisan aku ni, tapi setiap orang ada pendapat masing-masing mengikut ilmu dan kefahaman dia.
Siapa sokong vaksin, silakan aku tak larang, cuma aku diberikan kesedaran lepas join group tu, dan bukannya ikut secara membuta tuli, tapi aku dah kaji dan teliti segala fakta dalam group tu.
Sekian, terima kasih.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku boleh terima lagi kalau ko x nak vaksin covid, tapi yg ko bodoh sampai xleh di ajar, untuk suntik vaksin kat bayi kenapa??? Ko ingat yg cucuknkat bayi tue vaksin covid ke? Bagusla pakwe ko tinggalkan kk, bodoh betuk hahaha
Buat la kajian kat group yg sahih. Tak pelik ke setiap group yg menolak vaksin mesti akan ada at least 1 produk yg diorng jual atau promote. Pastu mesti jual agama dengan guna produk sunah. Vaksin tu pun usaha nak elak penyakit. Kenapa nak percaya kat group2 yg beria promote segala vitamin sedangkan vitamin yg dipromote pun jual underground. dah la mahal kajian keberkesanan pun ntah betul ke tak menipu je lebih. Buta2 je orng kena tipu. Pastu sakit makin teruk cari jugak hospital. Ingat kalau dah sakit group2 ni nak tolong. Memang tak la lagi banyak produk diorang jual ada la. Semua buat duit je. Jangan terima bulat2 ilmu dari orng yg tak berilmu. Kalau nak teruskan jugak niat tak nak vaksin carilah pasangan yg sekufu tak nak vaksin, hidup dlm kalangan anti vaksin.
Sihat dan sakit tu ujian dan kekausaan Allah / Tuhan,
Contohnya satu hari kau disantau, semua perubatan islam dan ustaz dah cuba dan amalkan tapi still tak elok lagi, satu hari tu kau pergi jumpa bomoh tengok tengok esoknya sembuh dah, adakah kau dah tak percayakan kekuasaan Allah / Tuhan? Kat situ je Tuhan dah uji kepercayaan kau
Sahabat,
Aku pun sama mcm kau, 1st & 2nd vaksin Pfizer. Aku tak pernah kena COVID, tapi aku long cough yg sangat perit. Teruk sgt smpai there were times yg aku batuk teruk sampai aku terkencing kat seluar. Yg paling aku sedih sebab anak aku menyusu badan, so secara xlgsg memang dia pun dpt vaksin tu dari aku. Aku sedih sebab dia pun ada batuk yg teruk. Dan yg paling aku takut sebab aku dpt anak aku masa time COVID tahun 2020. Aku conceived masa mula start COVID in April 2020, dpt dia Dec 2020. Aku doa semoga Allah panjangkan umur dia, dan berkati umur dia. Dia lengkap vaksin KKIA dan aku percaya vaksin tu sebab vaksin tu dah pilih tahun digunapakai kat baby & kanak2 cuma ada jugak pernah aku dgr ada parents yg marah bila ada after effect vaksin yg dicucuk kat anak dorang. Tapi bab COVID vaksin ni aku memang betul2 benci sebab kita ni lab rat. Vaksin tu belum betul2 proven berkesan. Bila aku tengok TT, baca komen memang bersepah org komen batuk teruk, kesihatan merosot lepas cucuk Pfizer. Jujur cakap aku xnak anak aku ambik vaksin COVID.