Cinta Yang Dikhianati

Hi semua. Saya nak meluahkan perasaan sambil meminta pandangan dari semua. Saya berkahwin dengan suami dua tahun lebih sudah. Dikurniakan anak yang sangat comel berusia setahun.

Saya berkenalan dengan suami dari sekolah menengah. Tapi kenal gitu2 saja, sebab lain batch. Contact pun jarang2 sebagai kawan.

But then, masa third year degree, husband bagi hint yang dia ada hajat dengan saya. Saya terima sebab kenal dia sebagai seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, beragama, dll. Masa tu (2017), saya umur 22, dia 23.

Kami plan nak kahwin dalam masa 4 tahun lagi nak kahwin umur lagi. Semua berjalan elok, masa tahun 2018 dia datang rumah jumpa parents, etc. Kami pun berhubung jarang2 melalui phone & pernah jumpa dua kali saja sebab nak jaga hubungan sebelum kahwin.

Fast forward, tahun 2020, 2021 camtu, family dah mula tanya2. Mak saya lah terutamanya, iyalah sebab dah datang rumah apa semua kan.

Jadi saya pun tanya2 dia, bila dah akhir 2021 tu saya perasan dia berubah. Dia banyak tak reply mesej, alasan busy. Saya mula rasa tak sedap hati, tapi tiap kali saya tanya, dia hanya kata busy kerja.

Akhirnya awal tahun 2022 kami kahwin. Tu pun banyak mak dia yang contact saya masa last2 tu untuk decide tarikh, etc. Tapi saya bersangka baik saja, ya lah sebab mak dia kan. So okay je lah.

Lepas kahwin, kami PJJ. Jarak kami 6-7 jam perjalanan. Jadi jarang sangat jumpa. Sebulan sekali macam tu je. Bulan kelima perkahwinan, saya pregnant. Dan alhamdulillah, saya dapat pindah ke satu daerah dengan suami masa tengah pregnant 6 bulan.

Sepanjang perkahwinan, semua berjalan dengan baik, cuma saya perasan kadang2 husband dingin dengan saya. Kami ‘bersama’ pun, kebanyakannya saya yang mulakan. Tapi saya tak syak apa2 sebab fikir, husband penat kerja.

Izin Allah, bulan lepas saya ambik phone dia masa dia tengah tidur, masa tu dia tengah scroll ig. Macam nak pecah hati saya, rupanya dia ada hubungan dengan perempuan lain, satu tempat kerja dengan dia.

Apa yang kita baca selama ni, apa yang kita tengok kat drama, jadi kat diri sendiri. Tuhan saya tahu perasaan masa tu. Kecewa, marah, sedih. Semua ada. Saya terus mesej perempuan tu.

Perempuan tu, saya namakan Whitney (bukan nama sebenar). Whitney bagitahu, dia kata dia dah lama nak stop bila tahu husband ni dah kahwin. Thing is, diorang bercinta sebelum saya kahwin. Dua minggu sebelum nikah, baru husband bagitahu Whitney yang dia akan kahwin.

Tapi Whitney kata perasaan dah muncul & diorang continue dating, mesej2, jumpa2. Tapi once saya dah tak pjj, Whitney kata dia berusaha untuk stop tapi husband selalu text2 dia. Dan salah dia sebab melayan.

Hubungan mereka ni, pernah sampai atas katil beberapa kali, tapi tak sampai buat ‘hubungan suami isteri’. Mesej2 sangat banyak, ada mesej2 lucah juga. Selalu dating dalam kereta buat ‘ringan2’.

Banyak dating masa saya tengah PJJ dan masa dalam pantang sebab saya berpantang kat rumah mak kat kampung.

Okay sambung, lepas husband bangun tidur, saya confront dia. Dia mengaku & dia kata diorang tak pernah ‘bersama’.

Dia akui kesilapan dia, dan sama macam Whitney bagitahu, benda tu banyak jadi masa kami tengah PJJ & dalam pantang. Lepas dah tak PJJ, banyak thru mesej je & jumpa tapi tak banyak.

Dia minta maaf sungguh2, dia merayu rayu, dia mohon diberi peluang kedua. Dia ngaku dia berubah sebelum kahwin tu sebab jumpa dengan Whitney ni sebenarnya. Tapi memilih untuk teruskan perkahwinan. Dia kata dia sayang saya, dan betul2 nak berubah.

(Tapi dengan Whitney, dia kata dia tak sayangkan saya sebab tu dia continue dengan Whitney. Whitney cerita). Lepas kantoi tu, saya memang tawar hati, saya minta dilepaskan. Tapi dia pujuk2 semua, saya terima dia kembali.

Depan saya, dia delete semua conversation dia dengan Whitney, block IG Whitney, delete semua gambar Whitney, etc. Dia kata tu kekhilafan terbesar dalam hidup dia.

Whitney pun, memang dia pilih untuk undur diri. Dia minta maaf dengan saya dan dia pun kata dia dah lama nak stop tapi tak kuat sebab dah sayang. Bila jadi camni, dia okay & rasa inilah masa ya untuk dia tak jadi penggangu rumahtangga orang lagi.

(Dengan jadi benda ni, terjawab lah kenapa sikap suami yang dingin tu. Husband kata, puncanya sebab dia tak ready nak kahwin lagi, pastu pregnant pulak. Dia tak ready dengan semua tu. Dia stress masa tu, jadi dia meluah kat Whitney & bermula lah bibit percintaan mereka)

Lepas dari tu, husband memang layan saya baik. Sangat baik. Dan jaga anak kami dengan sangat baik. (Oh lupa, memang sebelum2 ni pun dia jaga anak kami dengan sangat baik).

Dan bila sebut pasal anak, memang anak pun jadi sebab utama saya pilih untuk stay. Memang menitik air mata tengok muka anak setiap kali bincang pasal ni.

Cuma masalah sekarang ialah, saya rasa hampir setiap hari saya akan termenung, memikir pasal tu. Husband tak cium dahi saya sebelum pergi kerja, saya jadi nak marah, jadi emo. Sebab saya jumpa gambar dia kiss dahi Whitney.

Husband tak peluk saya masa tidur, saya jadi emo. Sebab saya jumpa gambar dia peluk pinggang Whitney dan dalam mesej2 tu, beberapa kali dia kata nak peluk Whitney.

Kiranya sekarang, saya jadi selalu emo. Begitu lah, saya tend untuk triggered dengan apa yang saya jumpa dalam phone & mesej2 husband dengan Whitney masa kantoi haritu. Penat sangat rasa.

Kita jadi ada trust issue dengan husband. Kita jadi rasa husband tak sayang kita. Kita jadi sedih, marah, kecewa, emo memanjang.

Ada jugak terfikir untuk berpisah, tapi husband nak pertahankan. Dia mohon bagi peluang kedua, dan memang dia banyak berubah. Subuh, Maghrib dia solat kat masjid. Isyak solat berjemaah dengan saya. Memang saya nampak effort dia untuk berubah.

Tapi begitulah, perasaan kita sebagai isteri ni, rasa sangat terpukul, rasa dikhianati, sakit sangat hati. Sampai sekarang setiap hari saya akan termenung. Memikirkan apa yang patut saya lakukan.

Jika teruskan perkahwinan? Adakah hati saya ni akan okay satu hari nanti? Betul ke husband betul2 sayangkan saya?

Macamana saya nak cope dengan emosi yang tak tentu hala sekarang ni? Adakah saya akan merana sepanjang perkahwinan ni sebab teringat kejadian2 husband dengan Whitney?

Dengan Whitney, dia panggil sayang. Dengan saya, dia panggil nama je (sebab dulu pernah request untuk dia panggil nama). Tapi lepas jadi camni, rasa nak gila bila compare apa yang dia buat dengan Whitney, dengan apa yang dia buat dengan kita.

Jika memilih untuk berhenti, macamana dengan anak2 kami? Itu lah concern utama saya. Sedihnya jika anak membesar tanpa seorang ayah dalam keluarga yang sempurna.

Satu side, bukan nak berbangga, tapi untuk jelaskan situasi. Lelebihan saya, Tuhan bagi rupa paras dan fizikal yang cantik dan elok untuk saya. Saya cikgu, students yang tak kenal memang ingat saya tak kahwin lagi.

Masa kat uni dulu pun, ramai yang nak masuk meminang secara serius, tapi semua saya tolak sebab setia dengan husband sekarang. Bila jadi camni, saya jadi terfikir, kalau aku dilepaskan, akan ada lelaki yang betul2 sayangkan saya. Tapi betul ke?

Janda anak satu, tentu tak sama dengan masa bujang dulu, kan. Jahat ke pemikiran seorang isteri begini?

Tolong saya kawan2. Mungkin ada yang pernah alami, pernah hadapi benda yang sama. Saya sangat perlukan pengalaman, kata2 nasihat dari semua.

Maaf ayat terabur, sebab emosi pun tengah terabur. Terima kasih semua. Admin tolong approve.. saya sangat perlukan kata2 dari semua kerana, saya takde tempat untuk meluahkan.

– Jiwa Yang Sedang Sesak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Suami/anak itu pinjaman dari Allah. Set dlm minda sis yang mereka ini pinjaman. Hati mereka dipegang oleh Allah.. Letakkan cinta/sayang sis hanya untuk Allah semata2. Sis takkan kecewa. Inshaa Allah, Allah akan aturkan kehidupan sis dengan sebaikknya. Penceraian ialah jalan terakhir. Jika suami sis sudah berubah, & tiada tanda2 dia berselingkuh, alhamdulillah. Mohon pada Allah, pemegang segala hati manusia, agar suami sis setia pada sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *