Cinta Yang Disatukan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-yang-disatukan/).

Hi korang maaf tau buat korang tertunggu².

Kepada yang bitter tu tak pa la wak, perjalanan hidup kita berlainan. Tak akan sama walaupun kita sama² manusia ciptaan Tuhan. Aaah gituew. 

Ok kita sambung…

Dalam tempoh kami bertunang bukanlah tidak pernah dia menghubungi saya. Pernahlah sekali. Itu pun dia call no mak saya, atas sebab dia nak bagitahu hal rumah kami yang sedang dibina tu. Dia tanya saya beberapa hal dan nak tau kalau² saya setuju.

Sanggup tau dia tunggu saya balik kerja baru call. Alaa bukan dia tak boleh call saya je terus tapi dia ingat saya pernah bagitahu saya kalau hari kerja atau cuti pun sibuk memanjang. Balik rumah baru ada masa.

Dia simpan no saya la. Saya je tak simpan no dia. Walhal yang paling kuat rindu tu saya. Hahaha, dia cool je tau. Masa dia call tu saya dengarlah suara dia yang garau² serak tu, aduhaii tak masuk sepatah apa dia kata. Saya iya baik baik ok ok boleh.

Bila dia kata ok tu saja, saya pun cepat² tanya bab lain contoh dapur camana walhal dia dah terangkan pun semua. Last² dia notice tau, dia kata apa tau kamu lelah sangat ke sebab saya dah bagitahu hal ini saja masuk 2 kali.

Lepas tu saya pun buat² terkejut oh iye ke iye ke, iya la ok baik baik. Lepas tu dia bagi salam nak tutup panggilan, saya kata nanti² jap awak awak saya ada nak tanya ni boleh.. iya dia jawab. Awak… rindu kite tak… hahahahaha punyalah savage saya masa tu.

Aduhaii kalau ingat balik malu weii. Dia jawab apa tau ermmmm. Ermmm dia panjang tau. Hahaha malu la tu. Saya pun kata ok baik selamat malam, assalamualaikum.

Malam tu saya tak boleh tido da. Dia punya angau dia punya ntahlah ya Allah tak tau nak cakap apa. Macam tu rupanya perasaan orang yang sedang dilamun cinta. Ya dak huhu.. 

Sebenarnya kan banyak kisah kami saya nak kongsikan tapi sebab banyak sangat, saya ambik part² tertentu je ya. 

Kami ikat 5 bulan, dalam 5 bulan kami tunang tu adik dia yang perempuan nak kahwin. Kalau ikuntukan pada perancangan orang tua² nak kami kahwin serentak, tapi saya tolak sebab pada bulan tu saya telah di jadualkan untuk outstation.

Lagipun pada saya terlalu cepat. Saya nak merasa journey percintaan kami yang di satukan keluarga tu bagaimana rasanya.. ahaaiii.

Saya memang berharap dapat menghadiri majlis kahwin adik dia. Mak ayah nenek saya 2 minggu sebelum majlis dah bertandang ke sana. Saya tak faham keluarga belah saya suka sangat datang ke kampung tu.

Selepas saya di tunangkan mak ayah saya seminggu sekali atau sebulan 2 kali paling tidak akan datang ke kampung tu. Mereka suka sangat sebab kampung tu menyenangkan pada mereka. Ntahlah. Tapi kan kampung tu memang menyenangkan pun. Tenteram, aman damai. 

Hati saya jadi tidak keruan sebab tidak dapat ke majlis kahwin adik dia. Sedangkan keluarga saya semua dah ke sana. Saya pakat dengan kawan sekerja dan meminta persetujuan bos seandainya kerja saya siap saya akan bergegar serta merta balik ke Johor.

Bos tak setuju walaupun kawan sekerja saya dah sepakat dengan saya. Mulalah saya memikir bagaimana cara saya nak balik ke Johor dan bercuti panjang sikit.

Sepanjang hari tu saya gasak pikir macam mana macam mana sampailah satu klien kami dia kata dia hendak pulang ke China pada esok hari sebab hal kematian. Da sudah kata bos kalau klien dah tak ada macam mana nak siapkan projek.

Saya cepat² bagi idea kat bos minta klien bayar 1/3 lagi payment untuk memastikan klien balik semula cepat² ke Malaysia. Nasib baik klien kami tu setuju masa tu juga dia buka buku cek sign dan serah kat bos.

Senyum lebarlah bos. Dah kata bos jom balik Johor hari ini. Dalam seminggu lagi kita ke sini semula. Dan saya melonjak suka lah. Yahuuu. 

Selepas kemas² barang malam tu jugak kami balik Johor. Sampai rumah je saya terus packing baju². Esok pepagi saya nak ke terminal beli tiket paling awal. Punyalah excited saya masa tu.

Dan saya tak bagitahu pun keluarga saya yang sudah berada di sana yang saya nak ke sana. Dalam hatiku suprise gituew. Haha. Walhal saya nak buat suprise untuk tunang saya. Nak tengok reaction dia nampak saya secara tiba². 

Bukan tak pernah pergi ke sana sebelum ini, jadi saya harap saya tidak sesat bila sampai sana. Perjalanan ke sana memakan separuh hari juga ya. 

Sampai di sana, saya tanyalah orang² kat sana bagaimana nak ke kampung ******. Diorang tanya saya nak tuju rumah siapa. La sudah kataku.

Rumah siapa nak di tuju soalku sendiri. Rumah atok sedara nama penuh dia saya tak tau. Nama penuh tunang pun saya tak tau. Nak call mak tanya kang tak ada suprisenya lagi. Apa nak buat kataku.

Tetiba saya dapat idea, saya bagitahu mereka saya nak pergi rumah yang ada majlis kahwin sabtu ni. Dan mereka pun ohhhh dengan serentak. Semua tau kalau ada majlis kahwin bakal berlangsung di kampung itu. Salah seorang mereka pun menyudikan diri menghantar saya.

Dalam kereta dia tanya saya siapa, saya bagitahu saya tunang kepada si **** dah agak dah katanya. Kemudian dia tanya lagi kenapa tunang saya saja yang tidak datang jemput saya. Saya pun jawab la dia kerja. Dia boleh kata tunang saya tak kerja ada kat rumah.

Orang tu kata pagi tadi dia hantar mak dia ke rumah tunang saya. Dan dan dia nampak tunang saya ada di situ. Aduh orang ni kataku. Nak tak nak saya jelaskan lah kat dia.

Sepanjang perjalanan tu mulut saya pot pet pot pet cerita dari A sampai Z. Dia boleh ketawa berdekah². Entah apa yang lucu tak tau lah. 

Sampai di rumah tunang saya tu, saya tengok ramai orang sedang melakukan kerja² kendarat kahwin. Dalam ramai² tu saya tercari² sosok tunang saya. Saya kenal tidak tunang saya tu soalku dalam hati.

Alamak saya tak dapat cari. Ramai sangat orang dan semua mata tertumpu ke arah saya. Tetiba saya jadi gadis melayu terakhir, ketika itu. Malu weii. Malu sebab semua orang tengok ke arah saya. Huhu. 

Semena² saya dengar orang jerit nama tunang saya dan bagitahu ****tunang kamu tunang kamu! Tunang saya dari mana datang dari celah ramai orang tu muncul depan saya.

Saya yang berdiri tak terkata² tu tak tau nak aksi bagaimana. Mati semua fungsi organ badan saya. Semua orang kalut, riuh buat saya macam ergh alamak apa ni. Kaku. 

Dia berdiri tepat kat muka saya. Dia dengan orang keliling semua tertumpu ke arah saya dengan muka hairan. Eeh awak kenapa tak cakap nak datang harini? Awak awak. Saya pun eeh aah iya iya. Saya jawab saya dapat cuti tiba². Hahaha.. kemudian dia ajak masuk dalam rumah.

Mak dia pun bising kenapa tak bagitahu kenapa tak cakap nak datang harini.. bagaimana boleh datang sini.. banyak soalan btubi² mak dia bagi.

Saya tak tau nak jawab apa, saya cakap mak saya lapar, satu hari saya tak makan ni mak.. mak dia apa lagi tarik tangan saya masuk dapur. Dia tanya nak makan apa makan apa. Walhal saya tak lapar pun. 

Nak tak nak saya pun makan. Mak dia suruh tunang saya tu teman saya makan. Ermm mang tak rasalah apa makanan yang saya makan. Entah pedas ntah tidak, ntah manis ntah tidak. Saya pakai telan je.

Yang dia pulak awak lapar sangat ke.. kesian kamu.. dia tak tau saya nampak muka dia je saya dah kenyang serta merta. Ahaks!

Dia tanya kenapa tak bagitahu nak datang dia boleh datang jemput. Saya jawab rindu bawa saya kesini. Merah padam muka dia. Aah padan muka dia. Tanya lagi soalan. Tak terkata dia. Hahaha. 

Keluarga saya yang berada di sana terlebih dahulu pun terkejut dengar saya saya dah sampai ke kampung tu. Mereka stay rumah saudara. Mak dan nenek datang rumah tunang saya, habis saya kena cubit, perit weii. Tahan je la.

Mak marah kenapa saya tak terus ke rumah atok ***** kenapa datang terus ke rumah tunang. Saya jawab orang yang saya tumpang tu salah turunkan saya. Hahaa..

Rumah mereka pun bukan jauh pun selang 2 3 rumah je. Tapi sakit jugak kena cubit oleh mak. Cubitan mak inilah buat part ini saya tak boleh lupa. 

Dan dan dia boleh nampak dan cakap kat saya sakit tak kena cubit tu. Saya apa lagi cubit la dia sekuat hati. Sedap tak tanyaku. Terpekik² jugak dia. Aaah tau pun, sedap ke sakit tanya ku. Sedaaap eeh sakit jerit dia. 

4 hari di sana saya kena kembali semula ke Johor. Saya sempat tengok rumah kami yang hampir nak siap tu. Sempat la kami dating kejap. Huhu

Masa dia bawa saya melawat rumah kami tu, saya tanya la dia… dia ada rindu saya tak… ada tak tanyaku.. dia kata apa tau, boleh jangan tanya tak…

3 bulan lagi kita akan jumpa… hahaha hahaha hahahaha saya gelak dalam hati. Saya suka jawapan dia. Dia sama seperti saya weii rindu. 

Boleh sambung part 3 tak. Part 3 saya buat tanpa perlu minta like dari korang. Part 3 part akhir. Kami jadi kahwin atau tidak. Huhu… 

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Jangan plot twist kata tak kawen ehhhhhhhh hahhaha kita yang baca ni sengih sengih ni haa seronok baca

  2. saja ja kasi saspen soalan jadi ke tak tu, kalau takjadi, delete je confession ni admin! hahahaaha. congrats in advance sis! btw, cerita la sekali perjalanan nak kawin tu. dokumen semua mcm mana buat PJJ dua negara macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *