Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-yang-disatukan/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/cinta-yang-disatukan-ii/).
Iya cinta kami disatukan. Kami mempunyai perasaan yang sama. Kami ingin hidup bersama. Berumahtangga bersama. Keluarga saya dan dia mengenali antara satu sama lain.
Keluarga saya menyukai peribadi dia, lelaki melayu terakhir. Sangat menghormati orang tua, bercakap sopan walaupun dia tu polis. Tapi dia tegas ya, warga sana sangat menghormati dia.
Sebulan lagi majlis kami akan berlangsung. Keja² saya semakin berat. Saya kena siapkan dengan cepat dan saya seboleh²nya tidak mau meninggalkan keja saya dekat teman sekerja.
Dalam perancangan saya selepas kahwin saya akan ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan dan menetap di sana.
Saya dah bagitau bos dia setuju cuma permintaannya projek kami bersama warga China tu saya selesaikan terlebih dahulu terutama bahagian purchasing.
Penting saya sediakan semua tu sebelum team kami beralih ke projek lain. Dan untuk projek baru team sekerja saya boleh take over keja saya.
Untuk memastikan keja² saya siap pada masa yang saya inginkan, kenalah saya berkorban masa dan tenaga. Boleh dikatakan setiap hari saya balik lambat. Kalau esok cuti saya balik rumah pukul 3 4 pagi. Saya drive sendiri.
Saya penat, saya mengantuk, tapi saya tau saya akan cuti lama nanti. Tak apa saya berpenat² dahulu, berehat² di kemudian hari. Gituew la prinsip saya ketika itu.
Manakala di sebelah sana pulak keluarga dua pihak sibuk dengan majlis kami. Dan dia menghantar voice meminta saya untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan saya sendiri. Dia sangat risau perihal saya.
Saya suka bila dia ambik berat pasal saya. Hati saya berbunga². Keja saya yang banyak tu auto hilang sekelip mata. Saya akan dengar voice dia berulang² kali. Aargh saya rindu dia. Rindunya…
Begini rupanya perasaan rindu tu. Sakit tapi syahdu di hati. Indah sehingga mengukir senyuman. Walaupun rindu itu sakit, indahnya cinta itu mampu mengubati rasa sakit rindu itu.
Seminggu sebelum majlis. Keja² saya hampir selesai. Saya cuma perlu double check sebelum saya serahkan kepada bos.
Hari tu saya nak balik awal. Tapi keadaan di luar sana hujan lebat. Saya call kakak bagi tahu saya nak balik awal hari tu. Tapi hujan lebat. Kakak pesan tunggu hujan reda baru balik.
Tapi saya tengok seperti hujan tak nak berhenti. Semakin lebat ada lah. Dengan angin kuat. Uh seram jugak nak drive. Tapi saya gigihkan diri drive dalam cuaca begitu.
Lepaskan…
Segala barang yang saya belikan untuk dia, kakak dah serahkan sendiri ke tangan dia. Ini amanat saya kepada kakak. Saya bagitahu kat kakak nak baca, bacalah tiada rahsia pun dalam tu.
Lepas kakak baca kakak bagi kat dia ya. Air mata laju membasahi pipi. Tak sanggup lagi nak berkata². Suara tersekat. Perasaan sedih dan sesal menyelubungi diri.
Kakak pegang tangan saya, kakak tatap mata saya penuh syahdu. Kakak minta saya ikut mengulangi kata²nya. Satu demi satu, patah demi patah saya ikut.
Semakin sayu, semakin pelan, semakin jauh saya dengar suara kakak. Suara kakak pun hilang. Saya pejamkan mata.
………………
Wahai pembaca yang baik hati. Ini kisah cinta arwah adik saya dengan tunang dia. Perasaan dia terhadap tunang dia. Ada banyak lagi yang dia ceritakan dalam buku diari dia. Semua tu saya dah serahkan kepada tunangnya.
Saya baca sampai habis tapi maaf tak dapat mengingati semuanya. Yang saya ingat itu yang saya kongsikan kepada pembaca.
Saya rindu adik saya. Doakan dia ya.
Tunang dia, bila dapat tau adik saya kemalangan dan meninggal dunia, dia berhijrah ke suatu tempat dalam negara dia. Sudah 5 tahun.
Dan sudah 5 tahun itu jugak lah adik saya meninggalkan kami semua. Tunang dia tak nak balik ke kampung sebab rumah yang mereka bina bersama itu membuatkan hatinya semakin hancur.
Dia ada. Dia tidak lupakan keluarganya tapi untuk dia move on mengambil masa yang lama. Kita bagi dia masa ya.
Saya tidak menyebut nama orang dan tempat untuk menjaga privacy kami semua.
Cinta yang disatukan tapi belum tentu jodoh bersatu…
Terima kasih buat semua pembaca yang sanggup membaca dari part 1 sampai part 3.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
What da hell bro😭😭😭
Begini pengakhirannya.. sedih sangat2
😭😭😭😭
Allahu.. menangis saya membaca nya.. sedihnya.. semoga arwah adik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh
Aku dah agak mesti salah seorang yang meninggal..innalillahiwainnailaihirajiun.
Moga Allah ampunkan dosa adindamu dan merahmati beliau.
Moga tunangannya diberi kelapangan hati dan dimudahkan urusannya.
Moga keluargamu juga Allah rahmati atas kehilangan ini.
akak… saya baca ni jam 8 masa breakfast dekat tempat kerja.. pagi pagi dah meleleh air mata ni. kenapa plot twist macam ni..
mesti dia yang diseberang juga sedih bukan kepalang, mereka saling sayang walaupun belum terikat dan baru berjumpa beberapa kali..
innalillahwainnailaihirajiun. semoga arwah tenang dekat sana. pengakhiran hidup dia bahagia di dunia.. semoga dia menjadi biadadari tercantik disana nanti.
ni novel je……
Dari episode 1, bila bersambung terus dah agak mesti rekaan je cerita ni.. tup2 diari adik pulak.. amende mengarut la..tapi penulisan ok.. boleh je cuba buat novel
Ya Allah sedihnyaaaa. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, saya dapat rasakan kesedihan yang mendalam buat family & tunang arwah. Alfatihah untuk arwah, semoga yang terbaik buatnya di sana. Stay strong ya buat semuaaa!
Allah, why?????????
Sedihnyaaaaaa..
Pada aku, penulisan ni sampai. Tak kesahlah samada ini kisah benar atau sekadar rekaan semata.
Tak semena-mena, aku jadi teringat macam mana rasanya bermula bibit rindu pada seseorang yg kita suka, yg kita sayang. Indah tapi menyakitkan, malah jadi sesak dada bila harus ditahan².
Dan pastinya rindu yg paling sakit adalah rindu pada insan yg telah tiada, bila mana hanya bait² doa yg bisa menjadi medan luahan rasa pada si dia yg telah pergi utk selama-lamanya.
Ya Allah, sesungguhnya aku rindu!
***
Realitinya, kita hanya menjalani takdir yg telah tertulis sesuai dgn apa yg dikehendakiNya. Allah tahu kenapa Dia pilih kita utk menjalani sesuatu takdir yg tertentu. Rahsia; hikmah yg mungkin kita belum mampu utk mengerti.
Bertabahlah wahai semua insan yg sedang diuji. Pesan pada diri, Allah nak tgk sejauh mana kita mampu mendidik sabar dan redha dlm diri.
Thank you kak share pasal kisah cinta ni. Moga baik2 sahaja untuk arwah di alam sana.
Alahaiii.. ni kisah benar ke rekaan.. Klau rekaan bt lar part 4.. Moga ia cuma mimpi buruk si tunang atau khayalan.. bt ending dia yg sweet2 gitu.. Saya mcm dh termimpi2 ending dia yg best. Tapi klau kisah benar.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..