Aku nak kongsi cerita dari sisi gelap aku yang secara luarannya orang pandang aku sebagai seorang yang baik dan berakhlak. Semoga dijadikan sepadan.
Memang mudah melakukan dosa, tapi untuk keluar dari dosa tu perlukan hati yang tekad.
Aku amat yakin ini adalah istidhaj dari Allah. Aku bersyukur masih ada sedikit masa untuk bertaubat. Apa sekalipun, jadikan agama sebagai panduan. Jangan mengumpat aku berlebihan. Rugi pahala korang.
Aku seorang bekas pekerja bidang perubatan di sebuah hospital swasta. Aku telah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Kami hidup mewah berciri ala barat (ye, sila menyampah) dan yang paling merugikan, kami amat sedikit mengamalkan agama.
Semasa bekerja, aku menjalinkan hubungan dengan suami salah seorang pesakit aku, Mr. S (jahat giler aku sedangkan aku tahu keadaan wife dia masa tu).
S juga telah mempunyai 2 anak. S seorang expatriate warganegara B dan berusia lebih 10 tahun tua dari aku.
Hubungan kami mulanya sekadar panggilan telefon, mesej dan sesekali keluar hiking bersama. Kami mempunyai hobi yang sama dalam motorsport.
Selepas aku bersara awal dari profession aku, hubungan aku dengan S memasuki level friends with benefits. Hubungan ni beri kami rasa cinta yang terkawal dan make us feel young (dasar tak sedar diri).
You would know the feelings, you love someone but you cannot have him/her. Selalu excited utk berjumpa dan berjumpa sesekali dalam few months walau kami dalam daerah sama. S selalu travel abroad sebab kerjaya dia cover Asia Pasific region.
Bila berjumpa, kami akan share life story masing2 dan fantasi antara kami. Ok, tak perlu detail sangat pasal hubungan haram ni. Semua tahu yang haram ni la yang best.
Bagaimana pun kami tetap hormat privasi dan menyayangi pasangan dan keluarga masing2.
Masuk usia 40an, aku mula rasa hina dan malu dengan dosa2 zina ni. Aku cuba jauhkan diri dari S dan pandemik Covid menyelamatkan aku dari terus berhubungan fizikal dengan S. Aku cuba cari semula kebahagiaan dalam rumahtangga aku.
Suamiku, seorang pegawai tinggi kerajaan, sangat2 sibuk dan kesibukan dia selalu buat aku berkecil hati. Anak2 pula berada di pusat pengajian luar dan ada yang di asrama. Aku memang lonely.
Dalam masa yang sama, aku mengetahui S balik ke home country dia. Rupanya dia mengalami keretakan rumahtangga.
Feb 2021, dia kembali ke Malaysia. Dan dia kembali mencari aku. Aku cuba tak nak ada intimate relationship lagi dengan dia, tapi nipisnya iman aku.
Bohong kalau aku tak rindukan S. Lagi2 sifat S yang lebih romantik dan caring berbanding lelaki Melayu kita. Sorry, itu pengalaman dan pendapat peribadi aku. Personally aku kagum dengan S.
Bagi aku dia hampir perfect. Dari awal hubungan intim kami, dia layani aku hampir sebaik seorang suami melayani isterinya. Statement ni mesti kena kecam. Tapi itulah fakta hubungan haram kami.
Hubungan kami mula bertukar menjadi hubungan toxic apabila dia menjadi greedy dan jealous dengan aku yang masih kekal dengan pasangan.
Aku mula perasan dia menjadi abusive dan akan tinggalkan kesan2 lebam pada badan aku. In a way supaya suami aku tahu aku ada hubungan luar.
Dia akan cemburu teruk kalau aku share cerita2 aku dengan husband. Aku dah tak boleh mengadu apa2 lagi mengenai personal life aku.
Dalam masa yang singkat ini, kami mula ada emotional feeling towrds each other yang agak teruk, despite of banyak benda yang menghalang. Lagi2 hubungan aku dengan husband pulak dah jadi platonic.
Setiap kali bersama S, dia akan paksa aku cakap yang aku cintakan dia. Dia tahu perasaan hati aku. Tapi aku yang tak pernah keluarkan dari mulut. Kami bukan muda lagi. Aku sebetulnya takut dengan masa depan.
Dalam umur macam S ni (dia sekarang 55) aku tak percaya dia sanggup masuk Islam dan kahwin dengan aku secara sah. Walaupun dia seorang free thinker dan selalu kata semua agama sama. Berulangkali dia kata cinta dan berjanji bina kehidupan bersama aku.
Tapi aku nampak macam semuanya sukar, seumpama sukarnya dia berpisah dengan wine. Lagipun agaknya genetik orang sana, lelaki negara tu nampak sangat tua dari umur sebenar. Bila aku peluk dia, aku rasa macam peluk atuk pulak.
Dah tak sama macam 15 tahun dulu. Kami dah tua. Mati bila2. Apa motif aku kahwin dengan orang lebih tua dari suami sekarang dan nanti jadi janda lebih awal? hahahaa..selfish gila keputusan aku.
Aku rasa dah terlalu lewat untuk kami bina kehidupan bersama. Itulah yang sering diungkit sekarang, kenapa tak mulakan relationship ni lebih awal. Kami wasted 15 tahun simpan perasaan cinta ni.
Aku pulak terlalu selfish, tak nak tinggalkan suami walau aku sendiri tak bahagia dengan hubungan platonic kami. Dalam masa sama, hati ni rasa disiat2 bila sedar, at the end of the day, aku yang tak sanggup nak pilih untuk hidup dengan S.
Sekarang aku memasuki fasa menjauhkan diri semula dari S. Saban hari Allah hukum aku dengan hati yang remuk rindukan S. Dan S masih belum berputus asa.
Bila aku beritahu aku nak putuskan hubungan, dia sanggup telefon dan mesej aku sepanjang 14 jam flight dia semata2 nak pujuk aku kembali bersama. S pendekkan trip bergegas balik Malaysia untuk cari aku. Hahhh.. dah macam drama.
Tapi, maafkan aku S. Aku dah terlalu jauh tersasar dari iman yang akhirnya menjadikan aku orang yang kerugian sepanjang kehidupan ni.
Semoga aku diberi hidayah berterusan dan semoga Ramadhan ini dapat memberi aku kekuatan iman untuk tinggalkan dosa2 yang aku lakukan dengan S dan dosa2 terhadap suami aku.
Terima kasih..
– MrsSD (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit