Cinta Yang Tak Kesampaian

Assalamualaikum. Aku gadis melayu, tapi selalu jatuh cinta dengan lelaki bukan Melayu / Non Muslim. Dulu zaman belajar, aku jatuh cinta pada bestfriend aku, lelaki Cina yang sangat gentleman dengan aku. Dia jaga aku macam dia jaga awek dia.

Banyak sangat perangai romantik dia yang kalau aku cerita, memang takkan habis 20 perenggan. Tak pernah declare pun tapi end up, kitorang berpisah camtu je lepas konvo dan tak contact lagi dah. Mungkin sebab aku yang tukar nombor tanpa beritahu dia, huhu

Masuk zaman kerja, sekali lagi aku bercinta dengan Non Muslim bermata sepet. Ya bangsa itu lagi. Mulanya dia yang suka aku dulu, aku macam no feeling pun dekat dia. Tapi dia suka bagi aku hadiah, tolong aku buat kerja.

Dia kalau nampak aku dari jauh, muka dia terus bersinar dan dia akan senyum lebar gila. Kalau aku tak datang kerja, dia akan whatsapp aku tanya kenapa tak datang kerja. Kalau aku sakit, dialah orang yang paling risau dan dia akan call aku tanya ok tak ok.

Bila muka aku suram, dia akan tanya aku ada problem ke apa. Bila aku kena marah dengan bos, dia akan datang kat aku dan tenangkan aku. And I was like, OMG why he’s so caring towards me? At first, aku anggap maybe dia selesa kawan ngan aku. Tapi lama-lama kebaikan dia tu buat aku jadi confuse dan curious.

Kat company aku ni banyak gila Perempuan lawa dan cantik, amoi seksi ala-ala gadis korea dengan mini skirt pun melambak weh. Dan dia pun aku tak nafikan hensem, lagi hensem dari oppa korang tu. Hihiks.

Aku pulak hanyalah gadis melayu berkulit cekelat dan badan pun sederhana, tak langsing tak seksi. Masih bertudung litup menjaga aurat dan kehormatan diri. Ecehh. Tapi dalam reramai gadis situ, dengan aku je dia rapat. Dia cuma gentle dan caring dengan aku.

Pernah aku usik dia dengan amoi cantik lain, dia cuma cakap “Not interested. Im only interested with you.”.. Aduh, ko rasa aku tak cair ke dengar ayat dia ni? Aku yang no feeling pun lama-lama boleh tersuka dia tanpa sengaja dek kerana sikap romantis dia.

Kalau aku balik kerja lambat dek kerana timbunan kerja, dia sanggup tunggu aku dan balik kerja sekali. Kalau aku belum makan, dialah yang belikan makanan untuk aku tanpa bertanya, dan yes dia memang selalu belanja aku makan.

Kalau aku nampak stress, dia akan buat lawak sampailah aku gelak dan dia bawak aku jenjalan after habis kerja, just to make me smile. Aku terharu gila action dia ni. Is this how a guy treats his bestfriend?

Haritu sekali aku down teruk, sebab kerja aku ada kena kritik dengan bos, aku pun nangis. Jenis aku, aku sorok-sorok nangis dalam toilet. Then after keluar toilet aku buat biasa macam nothing happen dan sambung kerja balik. Tapi dia boleh notice aku nangis dan tiba-tiba dia datang duduk depan aku dan tenung aku lama.

Aku macam “Takde pape la I’m okey”. Tapi dia desak jugak aku story kenapa. At the end aku tewas, aku gitau dia aku down.

Tiba-tiba dia lukis kartun yang comel atas kertas dan tinggalkan atas desk aku, dan dia akan buat jokes sampailah aku boleh gelak. Aku macam eeeii dia ni ada je benda nak buat aku gelak. Dari sedih aku langsung dah tak ingat dah pasal kes kena kritik dengan bos tadi Haha.

Ada sekali tu aku nampak ada mini bear atas desk aku dengan sehelai kertas bertulis “please smile always coz i love your smile”. Aku macam eh sape pulak bagi ni. Rupa-rupanya dia yang bagi alahai. Boleh kena kencing manis aku dengan action sweet dia ni.

Satu hari dia ajak aku keluar tengok wayang. Just berdua dengan dia. Tiba-tiba after dah habis wayang tu dia cakap, dia suka aku. Aku macam terkedu, sebab actually aku pun dah tersuka dia. I suppose to be excited dengan confession dia. Tapi entah kenapa, aku rasa macam perasaan ni tak leh pergi jauh.

At that time, aku cuma malu-malu kucing and I said, me too. Yeah itulah sepatutnya cara yang betul untuk react kan. After that moment kitorang pun kerap jugaklah keluar date, dia bawak aku jenjalan dan kitorang banyak gaklah selfie sana sini sampai penuh muka dia dalam gallery hp aku.

Masa ni aku rasa macam akulah wanita paling happy dapat boyfriend yang sayang aku gila. Kau bayangkan, aku pernah demam dan dia sanggup belikan macam-macam jenis ubat, dari panadol, ubat batuk, pelekat sakit kepala, yang tampal atas dahi, air badak 3kaki tu, ubat selsema dan dia hantar ke rumah aku. Dan dia akan otp dengan aku sepanjang malam just to ensure that aku makan segala ubat tu malam tu.

Kalau aku mengadu rasa macam nak makan something, dia akan usaha dapatkan makanan tu walaupun kena cari jauh just untuk aku. Gila tak sweet? Dah macam suami carikan makanan isteri yang sedang mengidam je.

Dipendekkan cerita, satu hari tu dia cakap pasal kahwin. Dia cakap, dia nak kahwin dengan aku. Tapi aku jawablah, boleh kalau you peluk Islam. Tapi dia balas, “tak boleh ke kalau I kahwin dengan u tanpa peluk Islam?”. I jawab tak boleh. Wajib peluk Islam dulu. Tapi air muka dia berubah.. Dan dia cakap, dia tak suka campur adukkan agama dengan lifestyle.

Dia gitau aku, dia tak kisah kalau aku beragama islam after marriage as long as dia tak dipaksa untuk peluk Islam just untuk kahwini aku. Aku heartbroken jugak dengan statement dia. Aku biarkan je dia luah perasaan dia. Aku nak bagi dia masa, aku nak jugak try attract dia dengan Islam.

After years of struggle and lots of effort, aku tak nampak jalan. Yes dia memang sayang aku gila-gila, tak pernah lukakan hati aku, sentiasa manjakan aku, cuma satu je aku susah nak tarik dia, dia tak berminat dengan Islam. Sebab dia terlalu sekular untuk aku tawan hati dia.

Dah macam-macam aku cuba, tapi end up aku rasa aku takleh nak korbankan iman aku untuk dia. Sebab dia jenis yang berkeras taknak libatkan agama dalam perhubungan kami. Dan dia pun macam tak berminat dengan agama, entahlah. Too secular i think

How come taknak libatkan agama, sedangkan semua benda nak buat kena berlandaskan agama, sayang? Agama ni syumul, bukan takat solat puasa je. Aku heartbroken teruk, aku nangis nangis sampai aku soal Allah. “Ya Allah patut ke aku terus mencintai dia? Atau sebenarnya aku sedang mencintai orang yang salah?”. Aku banyak kali doa minta Allah bukak pintu hati dia semoga berjaya dapat hidayah Islam.

Sampai pernah terdetik dalam hati aku, aku sanggup tunggu dia walaupun 10 tahun kena tunggu asalkan at the end dia berjaya masuk Islam. Tapi, aku rasa macam takdir ni tak sentiasa sama dengan kemahuan kita.

Family aku of course tak restu dengan percintaan kami, sebab berbeza agama dan budaya of course. At the end, mak aku carikan calon suami untuk aku, which is far better than this chinese guy. In term of iman, akhlak, stabil kerjaya, maturity, he wins my heart but not all portion of my heart.

Aku still cintakan that Chinese guy. I love him with all my heart. Tapi bila berfikir konteks nak bina baitul muslim untuk meneruskan legasi warisatul anbiya’, aku terpaksa pilih calon suami pilihan mama.

Bila tiba aku nak bertunang dengan jejaka melayu pilihan keluarga ni, aku menangis beberapa hari sebelumnya sampai bengkak mata aku. I know he cried too, dia sentiasa ws aku cakap he loves me but he always pray for my happiness..

Aku dengar cerita dari kawan-kawan lain, that chinese guy dah tak terurus hidup dia sejak aku nak bertunang.. dia mabuk sampai ponteng kerja, even dia pernah cakap nak resign kerja sebab dah takde motivation nak kerja. Aku lagi sebak dengar dia jadi camtu, dan masa kejadian ni aku dah resign dari company tu.

Last day aku resign, dia hadiahkan aku baju yang ada nama dia. Aku masetu sebak nak nangis tapi cuba tahan. Kalau lah aku boleh peluk dia, aku peluk je time tu tapi you know.. aku masih ada iman

I love my fiancee too, tapi I cant lie my heart that I love that chinese guy too. He’s the sweetest guy I’ve ever met and he has created so many beautiful memories with me but it’s just that we cant be together because of religion issue.

Aku punya heartbroken tu sampai sekarang terasa lagi. Kau bayangkan, tiap hari aku tatap wajah dia yang penuh senyuman, tapi tiba-tiba wajah tu dah takde. Bila aku sedih, dialah orang pertama yang notice dan tenangkan aku.

Masa aku susah, kereta rosak tepi jalan, dia tiba2 datang dan selamatkan aku. Perasaan ni sama macam perasaan kehilangan orang yang kita cinta.. sebijik macam dalam drama Goblin tu.. kehilangan yang sangat perit dan sakit.. sampai aku menangis teresak-esak macam tak ingat dunia bila fikir betapa sakitnya nak lepaskan dia pergi dari hidup aku..

Sakit sangat bila kena terima hakikat bahawa orang yang sangat sayangkan aku dah tiada lagi depan aku.. kalau berpisah mati, kita boleh terima kenyataan yang dia memang dah takde.. tapi ni berpisah hidup, kita tahu dia masih ada dan kita saling mencintai tapi terpaksa berpisah kerana ada faktor penghalang lain.. if u know what i mean

As time passes by, Im happy with my tunang, dan dengar cerita that chinese guy dah move on. Aku pun dah jarang ws dia, hanya dia je yang ws aku tanya khabar kadang2. Tu pun ws yang dah takde ‘roh’, tak macam dulu lagi, maybe dia pun respect status aku sebagai tunangan orang.

Cuma, aku tengok facebook dia dah takde gambar apa-apa, takde post apa-apa, no profile photo, whatsapp dia pun no profile photo. Semuanya blank. Aku risau takut tu semua menggambarkan emosi dia. Aku risau takut dia depression. Sebab dia pernah cakap aku first love dia. Gais, doakan dia dapat hidayah Islam please.

Cane kalau tiba-tiba dia peluk Islam dan ajak aku kahwin balik? Adakah aku akan pilih dia? Err tu akan jadi next confession kalau ada sambungan yang menarik dari kisah aku ni. Doakan yang baik-baik untuk perkahwinan aku ni gais. Debar nak nikah dengan lelaki pilihan mama ni, sebab baru je kenal beberapa bulan.

– Rania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *