Aku bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Aku hanya berkelulusan diploma dalam bidang kemahiran.
Alhamdulillah majikan menerima aku bekerja walaupun aku tiada pengalaman bekerja sebagai eksekutif.
Selepas sebulan aku bekerja di syarikat itu, aku telah menerima rakan kerja baharu selaku pengurus projek. Tambahan pula, dia seorang wanita berkelulusan ijazah daripada sebuah universiti di selatan tanah air.
Kami berkawan biasa dan aku tidak menganggapnya lebih daripada seorang kawan.
Selepas sebulan berkenalan, entah macam mana aku sudi pula membantu dia untuk punch card sebab mesin punch berada di tingkat atas dan dia selalu balik lewat.
Jadi aku kesian dan aku bantu dia punch. Sejak daripada situlah kami mula rapat.
Kawan pejabatku ada menyuruhku untuk jadikan dia sebagai isteriku tetapi aku menolak atas faktor dia garang dan daripada segi rupa parasnya dia hanyalah wanita biasa.
Pada suatu ketika, kami sedang bekerja di luar pejabat dan entah macam mana dia kata dia telah berpunya kepada aku directly.
Aku pun kaku dan hanya bertanya kau dan sudah bertunang atau belum? belum jawabnya.
Entah macam mana aku rasa kecewa dan duniaku terasa kelam. Ternyata aku ada perasaan kepada dia. Seorang wanita yang pendek, muka tak flawless, garang dan tak pandai memasak apa apa kuih.
Selalunya lelaki akan jatuh cinta dengan wanita yang cantik, tinggi, putih melepak dan pandai memasak.
Tapi kes aku ni pelik, walaupun dia marah-marah aku dan dia garang tapi aku tetap sayang dia. Tak pernah dalam hidup aku rasa perasaan yang aku sendiri tak mampu nak jelaskan.
Pada bulan 10 tahun lepas aku sedang membelek story di whatapp dan aku melihat storynya.
Aku lihat dia bergambar bersama keluarganya di depan pelamin dan daripada situ aku boleh mengagak bahawa dia dah bertunang dengan lelaki yang dia kenal sejak zaman universiti.
Keesokan harinya, aku bertanya dia sendiri di pejabat adakah dia dah bertunang. Dia menjawab ya.
Aku terus ke tandas dan termenung jauh. Kenapalah aku mencintai orang yang memang aku tak mampu miliki sedangkan aku memang tak nak mencintai dia pun.
Jadi semenjak daripada saat itulah aku rasa terseksa di pejabat kerana aku masih tak boleh hilangkan perasaan aku terhadap dia walaupun dia dah bertunang.
Setiap kali kalau aku memandang dia pasti aku akan berasa sesuatu di dalam perasaan aku.
Berjuta kali aku memikirkan untuk meletakkan jawatan tetapi disebabkan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang dekat dengan rumah aku di samping dapat menjimatkan kos dan masa.
Sehingga kini aku masih berjuang menghilangkan perasaan sayang terhadap dia dan masih belum berjaya.
Aku dah naik rimas dan aku mahu kehidupan aku yang dulu bila datang kerja penuh kebahagiaan walaupun selalu kena maki dengan bos.
Semoga mereka yang melihat entri ini mendoakan aku supaya aku dapat hilang ingatan agar aku boleh melupakan dia buat selama-lamanya.
– Dafi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit