Cinta Yang Tiada Kepastian

Nama saya Naz, umur saya 21 tahun dan saya telah mengenali seorang lelaki yang berumur 25 tahun daripada satu aplikasi dating yang dipanggil OMI.

Yes, saya jumpa lelaki itu daripada aplikasi tersebut.

Hubungan kami baru sahaja nak masuk empat bulan dan pada masa tersebut tidaklah mudah untuk kami hadapi kerana lelaki tersebut berstatus suami orang.

Ya, dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang sangat bijak.

Awal perkenalan dia mengakui bahawa dirinya masih bujang dan saya pada ketika itu sangat percaya akan dirinya kerana sifatnya dan caranya tidak menunjukkan sedikit pun bahawa dia adalah suami orang.

Lelaki tersebut kaya, pandai bergaya mempunyai rupa yang sangat kacak dan cara dia layan saya sangat-sangat baik. Tak pernah sekalipun dia abaikan saya. Setiap hari dia akan call saya.

Bila kami berjumpa dia akan selalu bawa saya jalan-jalan dan belanja saya makan.

Dia tak pernah berkira dengan saya dan dia selalu memberikan saya wang belanja tanpa saya minta. Dia sangat-sangat ambil berat akan diri saya.

Hanya Tuhan saje yang tahu betapa luluhnya hati saya bila tahu yang dia adalah suami orang dan bagaimana dengan saya pula? Bagaimana dengan hati saya?

Saya dah terlanjur jatuh cinta dengan dia.saya dah cintakan dia sangat-sangat hinggakan saya terima dengan hati terbuka bahawa saya sanggup untuk menjadi yang kedua.

Saya maafkan semua kebohongan dia dan kami memulai hidup yang baru.

Pada saat itu, dia sering menceritakan tentang keluarganya ada masa juga dia selalu hantar video anak dia yang bijak dan comel itu. Dia cakap anak saya adalah anak awak juga.

Saya tak tahu nak rasa gembira atau sebaliknya. Dalam masa yang sama hati saya sangat-sangat sebak. Kami tahu hubungan kami bukanlah mudah dan saya sangat-sangat menghormati isterinya.

Tak pernah sekalipun saya menyuruh dia untuk meninggalkan isterinya walhal saya cakap dengan dia saya sanggup bawa diri saya pergi agar awak dan isteri awak hidup bahagia.

Tetapi dia memohon kepada saya agar saya tidak meninggalkan dia kerana dia sangat2 sayang dengan saya dalam masa yang sama dia sayang akan isterinya dan anaknya..

Dia dan isterinya sangat2 bahagia tiada masalah apapun kecuali perasaan dia kepada saya..

Kadang-kadang saya tertanya tanya.. Apalagi yang tak cukup? Dia sudah ada isteri yang cantik, anak yang sempurna, harta kekayaan yang banyak dan mempunyai satu company yang besar.

Apalagi yang hendak dia cari? Apalagi yang tak cukup? Kenapa dia masih mahukan saya.

Saya amat bingung pada ketika itu. Dan saya memutuskan untuk meninggalkan dia sekali lagi dan sama juga dia tetap tak nak tinggalkan saya dan merayu dengan saya untuk tidak pergi.

Saya dengan hati kecik inipun terpujuk dengan rayuan dia kerana jauh disudut hati ini saya juga tidak mampu tinggalkan dia dan ketika itu dia berjanji akan segera mengatur untuk berkhawin dengan saya.

Ya Allah, saya tidak meminta untuk menjalani hidup seperti ini tetapi kalau inilah yang engkau tentukan untuk ku engkau permudahkanlah jalan kami ya Allah..

– Naz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *