Cinta Yang Tidak Kesampaian

Hai semua, pertama kali aku menulis dan mungkin ini kali yang terakhir tulisanku tersiar disini.

Hanya mahu meluah rasa.

Namaku Ain dan dia Alif (kedua-duanya bukan nama yang sebenar).

Kisah perkenalanku bermula pada tahun 2018 (atau mungkin 2017, aku dah lupa). Aku ditugaskan sebagai adhoc perhubungan bersama dengan dia dalam satu program.

Ohh ya… aku dan dia waktu ni bergelar pelajar di timur tengah (tak perlu diteka negara mana).

Aku berasal dari pantai timur dan dia dari belah utara.

Prinsip asalku, kalau aku ingin mencari calon suami maka calonku hanyalah di sekitar kampungku, aku pangkah jauh-jauh calon negeri lain sebab nanti susah nak balik raya.

Selepas dari pertemuan pertama kami, pertemuan kedua kami pada tahun 2021.

Waktu itu dia memegang jawatan sebagai naib presiden dan aku sebagai penasihat.

Buat pertama kalinya hatiku terpaut dengan cara dia menghargai orang bawah dan cara dia berkomunikasi dengan wanita.

Kalau dengan sesama negeri selalu pendapat wanita ditentang begitu sahaja, aku suka dengan cara dia mendengar dahulu pendapat wanita.

Dipendekkan cerita, dia dinaikkan jawatan dari naib presiden kepada presiden. Waktu tu nampak reaksi dia terkejut dan susah untuk terima sampai berjalan pun termenung.

Aku bersimpati dengannya. Kemudian aku kirim pesanan ringkas ucapan tahniah diatas perlantikan itu.

Kalau diikutkan, memang sangat tak patut tindakan aku mengirim pesanan ringkas tersebut.

Hari berlalu begitu sahaja. Kemudian aku berjumpa dengan PIC Unit Bait Muslim (UBM) atau erti kata lain ‘orang tengah yang sudah berkahwin’.

Aku menceritakan bahawa aku sudah terjatuh suka kepada Alif, tapi kebimbanganku hanya satu tentang umurku yang lebih tua dari dia dan negeri yang berbeza, aku ingin menghulurkan salam perkenalan.

Maka pic itu pun menyampaikan hasratku. Bila pic tu sampaikan hasratku, dia terus menembak..

“Ain ke orangnya?” Kemudian pic tu menjawab,

“Kalau kau rasa dia orangnya maka betullah”.

Dalam tempoh itu, aku sebenarnya nampak respon positif darinya. Sebulan penantianku, akhirnyaa aku dapat jawapan, dia tolak untuk berkenalan denganku.

Sewaktu jawapan itu sampai padaku, aku tengah sibuk menguruskan satu program besar kerana aku dilantik sebagai pengarah program.

Hatiku berkecai, kuhamburkan tangisan sepuas-puasnya. Sebelum mesyuarat aku menangis, sebelum tidur aku menangis.

Untungnya aku memakai cermin mata jadi tiada mengesan mataku bengkak, juga tiada siapa yang perasan aku tengah bersedih.

Ohh ya, jawapan tu aku dapat pada hari jumaat.

Kemudian pada hari ahad (kot) aku menghadiri satu pertemuan.

Disaat tanganku sibuk membalas pesanan ringkas yang bertalu-talu kerana program yang aku uruskan bermula pada malam itu.

Mataku sibuk memandang telefon, saatku pandanganku diangkat untuk memandang kearah hadapan.

Aku tersentak!

Alif dihadapanku, dia turut memandangku seolah-olah dia turut terkejut dengan kehadiranku.

Rupanya pertemuan itu adalah untuk pemberitahuan lantikan jawatan.

Selepas balik dari pertemuan itu, aku terus meminta Alif supaya mengelak daripada bertembung denganku.

Tapi selepas itu pertembungan demi pertembungan yang berlaku. Penat juga aku nak mengelak daripada nampak Alif.

Dua bulan pun berlalu.

Ehh.. Aku lupa nak cerita, aku sudah tahun akhir disember 2021 aku pulang ke Malaysia buat selamanya.

Seminggu sebelum balik, aku memberanikan diri untuk membuat perhitungan terakhir dengannya.

Dengan tangan yang terketar-ketar aku cuba mengirimkan satu pesanan ringkas.

“Assalamualaikum Alif, boleh tak saya nak tanya sesuatu?”.

“Waalaikumussalam Ain, ya silakan Ain”.

“Boleh tak saya nak tahu kenapa Alif reject saya? Adakah kerana Alif tak sukakan saya atau Alif ada sukakan orang lain atau disebabkan komitmen Alif sebagai anak sulung?”.

“Saya reject disebabkan komitmen sebagai anak sulung. Saya tak bersedia untuk kahwin lagi”.

“Saya bukan nak kahwin sekarang. Saya boleh tunggu sampai Alif habis belajar”.

“Tapi saya kesiankan Ain, anak dara tak elok kahwin lewat”.

“Kalau macam tu saya bagi masa untuk Alif berfikir tentang saya sehingga bulan 12 2022”.

“Seriuslah Ain nak tunggu jawapan saya selama itu”.

“Ya.. saya boleh je tunggu lagipun saya akan sibuk dengan belajar Dan kerja.

Kalau seandainya dalam tempoh itu saya ada sukakan orang lain saya akan bagitau Alif yang saya dah tak tunggu jawapan Alif, Dan kalau Alif ada sukakan orang lain dalam tempoh itu Alif bagitaulah saya supaya saya boleh move on”.

“Ok baik in shaa Allah”.

“Ohh ya, kalau Alif ada nak Tukar nombor Alif maklumlah sepatah dekat saya” Aku sengaja mengingatkan perihal nombor telefon kerana dia tak menggunakan nombor Malaysia.

“Setakat ni saya masih menggunakan nombor ni lagi”.

“Ain tak save ke nombor saya?”.

“Saya save.. Kalau tak macam mana saya boleh tengok story whatsapp alif. Ehh sebelum tu saya minta maaf sebab saya hide lelaki”.

Dia pun membalas..

“Ohh hide.. patutlah”.

“Bila Ain akan balik Malaysia?”.

“Rabu minggu depan”.

“Ohh rabu. Tak lama dah tu”.

Pada hari aku bertolak pulang ke Malaysia dia mengirimkan pesanan ringkas, dan waktu itu aku sudah berada di airport transit.

“Assalamualaikum Ain. Selamat berkhidmat di Malaysia…”.

Panjang sebenarnya mesej dia tapi aku sudah lupa.

Selepas dari itu dia menyepi.

Aku menghitung hari demi hari.

Aku juga menolak beberapa salam perkenalan yang dihulurkan buatku.

Cuma makin hari hatiku terasa makin lelah.

Perit menanti perkara yang tidak pasti.

Sebenarnya masih berbaki 7 bulan lagi. Tapi hatiku sudah lelah. Biarlah aku lupakan segalanya, lupakan tentang dia.

Aku sudah memadam nombor telefonnya. Aku takut ditolak buat kali kedua, jadi baiklah aku cuba lupakan tentang dia dari awal lagi.

Serasaku mungkin dia sudah melupakanku.

Lagipun aku selalu terfikir, lagi ramai wanita baik cantik di sekelilingnya, sudahlah aku ni tua dua tahun dari dia.

Hahaha.. terima kasih buat yang sudah membaca ceritaku sampai disini.

Haha.. sedihkan dengan cinta yang tidak kesampaian?

Harap-harap takde yang cam ni cerita siapa, situasi dimana. Kalau siapa yang cam, rahsiakanlah demi aku.

Tiba-tiba hatiku lega bila dapat meluah.

Mungkin ini satu permulaan yang baik untuk buka buku baru.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *