Cintakan Diri Sendiri

Assalamualaikum dan hai semua. Pertama sekali, terima kasih admin jika confession/pendapat ini disiarkan. Baiklah, tulisan aku ini bukanlah confession tentang apa-apa yang pernah terjadi pada aku, ianya lebih kepada pendapat aku sendiri mengenai diri kita semua. Sekarang ni apa yang aku perasan, kita ini dilambakkan dengan produk-produk kecantikan dan kesihatan yang entah berkesan atau tidak. Aku percaya, bukan aku sahaja yang menyampah dengan produk-produk begini. Itu baru tengok produknya, belum tengok iklannya lagi. Ada beberapa iklan, demi melariskan produknya sampai sanggup buat testimoni palsu, buat iklan yang memalukan sama ada kaum lelaki atau perempuan, gunakan ayat-ayat yang berbaur lucah kononnya nak bagi faham dan pelbagai cara lagilah yang sehingga aku rasa annoying.

Apa punca semua ni? TV? Mentaliti? Ini aku sendiri akui, kita ini sejak dari kecil lagi sudah di’brainwash’ yang cantik dan hensem itu kurus, putih, flawless, bebas bulu roma, bebas tahi lalat dan sebagainya. Siapa pula yang brainwash kita kalau bukan orang-orang tua dan juga media. Orang-orang tua pun satu terutama sekali mak cik-mak cik yang mulutnya lagi busuk dari longkang rumah aku. kalau bab menghina fizikal orang, mereka ini nombor 1! Aku jadi pelik, apakah salah kalau kulit kita tidak cerah? Apakah salah kalau badan kita tidak kurus? Apakah salah bila ada kulit yang tidak flawless? Dan bila ada perasaan macam ini, disinilah produk-produk tersebut memainkan peranan, sehingga menjahanamkan tubuh badan sendiri. Kulit burn lah, makan produk nak putih sampai buah pinggang rosaklah, makan ubat kurus sampai ada yang kena gastriklah sebab hilang selera makan dan kes yang paling aku cannot brain ialah, yang tak rabun suka-suka nak pakai lens sampai rosak mata. Tak boleh ke kita ini terima diri kita seadanya? Kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita, tak terima diri kita macam mana orang lain akan lebih yakin dengan kita?

Manusia yang mengata? Manusia memang ada yang akan mengata tapi takkanlah setiap kali itulah kita nak mengalah. Setiap apa yang kita ada ini kurniaan Tuhan. Dan bila kita sibuk-sibuk mengubahnya dengan teknologi manusia yang masih kurang canggih, janganlah ditanya kenapa tidak berkesan malah semakin teruk. Kerana kita ini tidak bersyukur. Tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Hargai dan sayangilah diri kita sebab kalau bukan kita, siapa? Kita ini cantik dan hensem dengan apa adanya. Cantik itu akan terserlah dengan sendirinya jika kita punyai akhlak yang baik. Jadi untuk kelihatan cantik janganlah kita menggadaikan diri kita dengan mengambil produk-produk yang entah elok entahkan tidak.

Buat yang merasakan kurang yakin dengan dirinya, pergilah tengok diri korang depan cermin. Cukupkah tangan? Kaki? Telinga? Kalau cukup, bersyukurlah, jangan dirunsingkan sangat dengan hal-hal kecil seperti kulit gelaplah, gemuklah. Yang penting kita ini sempurna fizikal dan sihat kerana sihat itu satu anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Tak boleh berak dua tiga hari pun dah runsing inikan pula kalau tak cukup tangan atau kaki. Jadi bersyukurlah. Buat yang suka menghina, Tuhan itu maha adil. Jangan sampai suatu masa nanti kau pula jadi sebijik macam orang yang kau hina dulu. Malah lebih teruk lagi.

Sekian. Take care semua. I love myself and u should do the same to. Love yourself.

– NAN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit