Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.
Ini kali pertama aku menulis di ruangan IIUM Confession dan sebenarnya aku tergerak hati menulis kerana terbaca confession Hati Suamiku Masih Pada Isteri Orang, (https://iiumc.com/hati-suamiku-masih-pada-isteri-orang/).
Tapi aku bukan suami orang!
Saat kali pertama membaca tajuk luahan tersebut, tersentap aku seketika kerana tajuk tersebut seakan memerli diriku. Tetapi apabila dibaca isinya, oh jauh sekali penceritaannya dari hidup aku.
Aku lelaki, namaku Kumbang. Jatuh cinta pada si dara, namanya Bunga. Dulu dara, sekarang sudah bergelar mak dara.
Kami berkenalan di dalam majlis walimatulurus sepupu kami. Ketika itu, aku sepupu sebelah ayah dan dia sepupu pengantin di belah ibu.
Aku jatuh cinta kali pertama melihat keayuan si Bunga memakai baju kurung kedah berkain batik. Mata bertentang mata, aku beranikan diri meminta nombor telefon si Bunga.
Ingatkan dapat, dia jual mahal pulak.
Ketika majlis berlangsung, aku mendendangkan lagu untuk pasangan pengantin sekali untuk Bunga, aku ingat lagi tajuk lagu tersebut Dara Pujaan. Bunga memandang untuk mencari siapakah gerangan penyanyi tersebut lalu tersenyum simpul.
Senyumannya memang buat aku tak keruan. Nasib baik karaoke, kalau band mati aku tak ingat lirik. Selepas majlis berakhir, Bunga datang kepadaku memberi nombor telefonnya di atas sekeping kertas dan berlalu pergi.
Ketika itu tiada lagi Whatsapp, Wechat dan pelbagai laman sosial ni. Terpaksa mesej atau call saja.
Malam itu, tanpa berlengah cepat-cepat aku mesej si Bunga pura-pura bertanya sudah sampai rumah ke belum. Keesokan harinya baru dijawab oleh Bunga pada pukul 6.30 pagi sebelum dia ke sekolah. Lahh budak sekolah rupanya.
Tapi takpe, jarak umur hanyalah 4 tahun. Ketika itu Bunga berusia 15 tahun dan aku 19 tahun. Selepas itu, aku dan Bunga saling berbalas mesej setiap hari.
Bunga kata dia terpesona dengan suaraku dan rupanya Bunga merupakan peminat lagu-lagu lama. Patutlah dia tersenyum-senyum mendengar lagu dara pujaan.
Sekian lama kami berbalas sms dan diikuti dengan kemunculan whatsapp, kami berjanji hendak berjumpa. Ketika itu Bunga melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang. Gigih aku mengambil bas dari Selatan ke Utara semata-mata hendak berjumpa Bunga.
Di sana Bunga membawaku berjalan-jalan dan makan di tempat menarik. Senyuman bunga masih seperti dulu, ayu dan manis.
Ketika Bunga menghantarku ke stesyen bas ketika aku hendak pulang semula, dia meminta maaf dan mengatakan dia sudah ada teman istimewa yang dia kenali di Universiti.
Hatiku hancur berkeping-keping ketika itu. Rasa nak terkeluar air mata jantan, nasib baik ramai yang memandang.
Masa tu aku berumur 24 tahun, baru lepas dapat kerja. Aku ingat lepas Bunga habis belajar, aku nak menyunting dia jadi isteri, rupa-rupanya dah dikebas dulu.
Bunga kata, selama berkenalan aku tak pernah luahkan apa-apa perasaan dekat dia, jadi dia ingat kami ni kawan biasa je. Entahlah, nak kata Bunga ni bodoh, pandai jugak sampai masuk U.
Takkan lah dia tak perasan layanan aku selama ni macam mana dekat dia. Penat aku cari line dulu semata-mata nak nyanyi lagu dekat dia lepastu upload dalam Myspace.
Setiap kali birthday, ada je hadiah aku hantar. Kadang-kadang siap tulis lagu lagi untuk dia pakej belajar main gitar. Mak aku pun terkejut ingat aku buang tebiat. Tak nampak ke betapa aku sukanya dekat dia?
Lepas dari tu, aku tak layan dah si Bunga ni.
Setahun lepas tu aku jumpa Bunga dekat kenduri makcik kami. Time ni jugak nak bertembung, selama ni tak pernah pulak terjumpa.
Bunga ambik kesempatan bagi tau aku sebenarnya haritu dia uji aku je. Sebab dia nak tengok aku serius tak dengan dia. Dia kata aku buat hubungan ni tergantung. Layanan istimewa, tapi tak pernah declare apa-apa.
Benci betul aku tengok muka dia time tu. Aku menangis kot dari Penang sampai Johor. Esok masuk office bengkak mata aku, dia boleh kata dia uji aku?
Tapi lepas tu hati aku tak keruan. Rasa macam ada unfinished business tapi aku biar je. Memang aku boikot si Bunga.
Tiga tahun lepas tu aku terjumpa IG Bunga sebab sepupu aku tag dia. Aku create fake account lepas tu stalk dia.
Dia masih macam dulu cantik dan ayu. Dah kerja gomen pulak. Aku tengok dia aktif pergi konsert band yang layan lagu-lagu lama, oh masih tak berubah dia ni.
Satu hari tu dia upload tiket konsert dia nak pergi dengan kawan dia, masa tu hati aku membuak sangat nak jumpa dia. Lagi aku tenung gambar dia, lagi aku tak tentu arah.
Aku tak boleh tipu dah, aku memang nak dia je. Pernah jugak aku try bercinta dengan kawan kelas masa belajar dulu, kawan ofis pun ada tapi feel tu memang tak sampai. Siang malam aku ingat Bunga je.
Tak kisah lah dulu aku pernah buang dia ke apa, sekarang aku nak try dia balik. Memang rezeki aku, tiket ada lagi. Aku paksa adik aku teman walaupun adik aku tak minat konsert-konsert gitu. Sebenarnya aku pun tak suka, dah lah gelap bising pulak tu.
Aku sampai je sana, benda pertama aku nampak Bunga tengah beratur barisan depan sekali. Konsert lagi sejam, semangat betul si Bunga ni.
Dan aku, beratur dekat belakang. Penuh anak muda dekat situ semuanya hipster-hipster belaka. Aku dah macam nak pergi ofis dengan pakai tshirt polo. Spoil betul.
Awal konsert aku tak nampak batang hidung Bunga. Tengah-tengah konsert Bunga ke belakang dengan kawan dia tengah minum air.
Aku tegur Bunga, dia terkejut terkedu semua ada. Dia pelik, macam mana aku boleh datang konsert ni sedangkan aku bukan minat ramai-ramai orang macam ni.
Aku kata sebab aku nak jumpa dia. Kami berborak tapi tak selesa sangat sebab bising. Bila Band kesayangan Bunga dah start nyanyi, dia terus menyelit ke depan dan lepastu aku tak nampak dia dah.
Masa nak balik, aku tunggu Bunga. Masa tu mata aku dah jadi mata Panda, Bunga pulak punya lama dekat sesi bertemu peminat tu. Bila dia keluar, aku ajak dia minum dulu.
Dia menolak, katanya dah lewat sangat. Dia bagi aku nombor telefon dan keesokannya dia ajak jumpa dekat gerai berdekatan rumah dia.
Masa tu aku tak tunggu dah, lama aku simpan rasa ni. Dia pun dah kerja, aku memang nak ajak dia kahwin terus. Masa aku luahkan perasaan diaia terkejut, lagi sekali dia minta maaf.
Dengar dia mintak maaf je aku tau dah, mesti aku menangis lagi otw balik rumah ni. Rupanya dia dah bertunang, lagi dua bulan nak kahwin.
Masa aku jumpa IG dia, rupanya sepupu aku tag masa majlis tunang Bunga. Kenapa lah aku tak perasan?
Bunga kata lama jugak dia nak move on dari aku, dan lama jugak dia tunggu aku contact dia balik. Dia tak pernah tukar nombor telefon sebab tunggu aku. Last-last dia giveup.
Balik tu, adik aku drive. Aku apa lagi, beriya menangis dek kisah cinta yang tak kesampaian dan kebodohan aku.
Sekarang Bunga dah ada dua anak. Haritu jumpa lagi dekat kenduri adik sepupu aku. Senyum dia masih sama macam dulu. Hari-hari aku stalk dia. Tengok dia bahagia aku pun bahagia tapi dalam derita.
Nampak dia upload gambar dengan suami dia, buat dada aku panas. Tak tau nak kata macam mana perasaan aku ni.
Hari-hari aku doa supaya Allah buka pintu hati aku untuk perempuan lain, sebab aku ni handsome jugak. Kerja elok, duit pun banyak. Done riak! Tapi buat masa ni, aku masih mencintai isteri orang iaitu Bunga.
Kadang-kadang dalam tak sengaja aku doa Bunga cepat-cepat jadi janda. Hmm.
Kalian doakan aku juga ya. Semoga perasaan aku pada Bunga cepat-cepat hilang. Mak aku pun dah bising bila aku nak kahwin. Umur pun dah lanjut. Tapi mungkin aku memang akan jadi bujang terlajak.
Sebab dalam hati aku, hanya ada Bunga si isteri orang.
– Kumbang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit