Assalamualaikum wbt admin & pembaca.
Kita bertemu lagi di confession kedua yg aku rasa boleh jadi berkajang panjang dan sarat dgn nombor. Sebelum ni aku confess jugak kat sini bertajuk ‘Cipta’ Rezeki Sendiri.
Terima kasih kpd semua yg membaca, komen korang aku cuba hadam. Terdetik nak pm satu persatu tapi mcm ramai la plak takut tak sempat.
Selepas minggu pertama raya dh start sibuk balik. Pukul 5 pagi dah bangun siap2 revise account company.
Baca komen2 kt confession lg satu tu pun tak habis, harini baru baca dah terlelap. Esok pagi bangun, baca lagi. On and on. Haha.
Okay bg yang tanya macamana aku save duit sampai langsai PTPTN in 2 years:
1) Kejar Rebate PTPTN.
First aku grad je aku cecepat pegi PTPTN tanya direct berapa total aku kena bayar siap ‘bunga’nya, mintak print skali statement utk rujukan akan dtg.
(Masa tu kewujudan website PTPTN samar2 lagi. Aku buat cara oldies je. Skrg boleh sgt kau login kat website terus, check).
Ni aku cakap dlu, hutang kita tak sama. Ada org U swasta, berpuluh-puluh ribu hutangnya. Aku food tech kt U gov, jadi hutang total aku waktu tu hanya 18.5k.
Aku tak naikkan pun bayaran aku berapa.
Aku bayar je ikut jadual asal yg ditetapkan PTPTN iaitu RM170 sebulan. Dulu bayar kat kaunter pos. 3 bulan sekali aku akan pergi ptptn nak check penyata baru pastu tanya ada tak rebate kalau bayar sekian2 jumlah dan bila start rebate nya.
Once dah tahu BILA, terus aku TARGET.
Cmni:
Gaji kasar = RM1300+
Gaji bersih = RM1100 (-socso -epf)
Aku rajin OT, minimum takkan lari dari RM300 setiap bulan OT aku.
Dah RM1400 total.
RM1400 – RM170 (Ptptn) – RM100 (family) – RM300 (belanja aku) = RM830 (saving).
Setahun = RM830 × 12 = RM9,960.
Masa tu dapat tau ada rebate 10% kalau bayar lump sum half. Cukup setahun je kerja terus aku keluarkan saving, bayar half dari baki.
RM18,500 ÷ 2 = RM9,250.
Sebenarnya kurang daripada tu sebab dah duk bayar tiap2 bulan. Tapi takpe ni kira kasar bagi korang nampak.
RM9,960 (saving setahun) – RM9,250 (separuh baki hutang) = RM710 (baki saving).
Pam! Jumlah hutang aku pun berkurangan sebab dah bayar separuh, tambah lg dapat rebate, lagi makin kecik.
Dan aku continue lagi bayar mcm biasa (RM170) lepas tu, dan cukup lagi setahun kerja, aku bayar lagi baki tu lump sum sampai 0 baki hutang.
Paham tak?
Setahun bayar separuh — > continue installment — > bayar lagi separuh. HABIS.
Nampak mcm simple math tapi benda ni real life.
Nak hadap nafsu tekak ni nak makan mewah, mekap, jalan sakan, gajet, semua yg nafsu nafsi. Semua tu the matter of kita dgn tanduk sendiri babe.
If you cant control your own nafs, nak simpan 10 hengget sebulan pun jatuh mustahil walau gaji besar dato’ pun.
Anyway mcm aku cakap, hutang dan komitmen kita tak sama. Aku hutang cuma belas ribu, komitmen pun takde (naik basikal, duk dgn parents) so boleh sgt settle 2 tahun.
Korang yg lebih hutangnya dari aku dan komitmen lebih, you can still go for settling within 3-5 years.
Buat je mcmana aku buat dan sesuaikan ikut keadaan korang. Yg kurang lg hutangnya dari aku dan komitmen pun kurang, kompem2 lagi lah mudah! Kurang dari 2 tahun tu boleh settle.
Target, fokus, disiplin!
2) Saving dalam platform yg untung.
Saving aku 830.
530 aku masuk tabung haji dan 300 aku beli emas. Tiap2 bulan emas. Emas always naik, tak turun. Every year 15-25% gitu naik. Cuma kena bayar zakat la. Berapa je pun zakat tu.
Jadi tiap kali habis setahun, aku ‘sell’ balik emas2 tu dan kutip total sekali untung.
Aku tak terhad pada emas fizikal je, ada bulan yg aku buat pelaburan emas misalnya public gold. Kutu emas pun ada asalkan EMAS dan nilai 300 tak lari. Stick pada satu jenis ni bosan kot. Tak tau la korang. Haha.
Banyak sebenarnya cabang yg kau boleh belajar pasal pelaburan2 dan simpanan ni.
Aku dulu tau pun sebab berkawan dgn agent emas, dan ada jgk kawan2 aku yg major in Finance jadi ilmu saving ke apa2 ni celah jari dia je.
Pesan aku: DIVERSIFY.
Sebahagian simpan kt tmpt yg senang/sederhana senang keluar duit, sebahagian lagi kt tmpt yg susah keluar duit.
For me, tabung haji dan emas.
Tabung haji senang keluarkan balik duitnya. Tapi sebab ada nama ‘haji’ maka nak keluarkan pun gerun. Aku nak pegi haji! Haha.
Ok gurau babe. Tabung haji ni dividennya banyak. :)
Dan emas, susah nak tukar jadi duit. So, paham kan?
In the end, hasil sell kesemua emas + saving dlm tabung haji, banyak gak ah jumlah yg dapat dikeluarkan berbanding saving dlm bank akaun biasa.
Banyak option lain misalnya ASB, AHB, saham2 dlm bank. Before hutang ptptn aku habis aku fokus pada TH dan emas je.
Settle je hutang, aku diversify lagi ke ASB dan saham dlm bank sebab ada duit lebih.
Memang best bila settle hutang cepat sebab boleh simpan cepat duit kita yg betul-betul bersih. Boleh merasa banyak jenis saving dan boleh aim pulak nak beli aset.
Dan, boleh bagi lebih kt family. Sebelum habis bayar ptptn, peruntukan aku bg family 100 je, habis je ptptn peruntukan aku jadi 200.
Manakala saving, up ke 900. So… in 3 years I work tak usik langsung 900 tiap2 bulan.. kira la dah jadi berapa.
Then resign, niaga.
1/4 daripada saving tu buat modal niaga kecil-kecilan frozen food. Dah ada pengalaman buat crab stick kat kilang, dah tahu bahan, proses dan chemical used, berbekalkan ilmu yg dapat masa study food tech jugak. Maka, poom. Terjadi lah bisnes seorang kak lang. Haha.
So… 1/4 pergi ke niaga. 3/4 masih tersimpan senyap tak diusik. Jadi 1/4 tu jela rolling2.
Then tiba nak masuk SSM, register kat FFM bahagian GS1 buat bar code semua tu baru lah terpaksa aku usik seribu lebih dari 3/4 yg tersimpan tu.
Alang2 dah buat syarikat, aku labur lagi 3k pergi seminar2 bisnes. Paling penting, duit rolling jangan sentuh buat belanja, dan mesti mau rajin cari ilmu bisnes.
Apapun, aku tak boleh la share semua kat sini sebab dah macam bukan confession la plak.. haha. Apa yg aku amalkan ni mungkin tak hebat mana, tapi harap dapat la bantu korang yg bertanya.
Main point is, urus kewangan korang dgn baik. Ilmu kewangan sangat banyak sekarang, aku bukak fb ada je yg share ilmu best2 level otai-otai. Tinggal korang amalkan je.
Yg masih study, pesan aku, amalkan budaya menyimpan & manage duit korang dari skrg. Adakan buku akaun simpanan + belanja korang sendiri.
Bila dah biasa dik, kau keluar dari pengajian pun celah gigi je dik nak manage semua ni.
Yg baru kerja, masih duduk dgn parents tu ini lah peluangnya saving kaw2. Urus betul2 duitnya!
Nanti dah start sewa rumah, ada kereta sebijik kang memang dah tak banyak yg boleh simpan.
Akhir sekali: (Disclaimer confession yg lepas)
i. Terima kasih bg yg menegur aku mengenai aku membanding2kan hidup aku dgn kawan2 yg makan gaji.
Langsung aku tak perlekeh diorang. Cuma mungkin aku luahkan sedemikian kerana selama ni aku hidup ‘di bawah’, bukan saja di antara kawan2, dgn adik beradik pun.
Siblings ada yg study di UM dan ada di overseas, walhal aku ni, haih, bagai langit dan bumi.
Belajar sampai terpejam2 mata, boikot TV, tapi markah merah jugak. Sampai masa aku form 4 parents bebel suruh berhenti je sekolah, terus kerja. (Tapi aku tak ikut la haha).
Aku masuk U gov tu pun sesi ‘rayuan’. Kan lepas first dgn second intake kalau tak dapat boleh apply ‘rayuan’ kan.
Jadi aku jakun la sikit bila otak aku ni berfungsi dengan baik dan boleh berdikari. Rezeki Allah bagi. Alhamdulillah.
Sekali lagi aku katakan, aku tak perlekehkan korang. Apatahlagi kawan2 aku. Diorg still hebat-hebat belaka, no worries.
Aku cuma fokus pd hasrat aku nak merantau masa belajar yg kawan2 dulu dah biasa dapat, aku tak dapat2. Haha.
Seperti aku cakap di confession lepas, rezeki orang lain-lain. Kelebihan kawan2 aku, dapat kerja di company besar, gaji pun besar tak perlu OT sgt.
Aku, starting keje company kecik, kilang. Kena OT hari2 kalau nak gaji banyak. Dan bila resign dan niaga ni, pendapatan semua atas sekuat mana usaha aku. Tak usaha takde hasil la.
Cuma sbb aku kerja sendiri, dapat la aku merantau bila-bila aku nak.
Manakala kawan2 aku yg dulu dah merasa berjalan, skrg susah sikit sbb makan gaji. Tapi once dorang cuti pun boleh je berjalan sakan, cuma tak sekerap atau selama aku la sbb diorg terikat dgn jadual kerja.
Ada pro and cons di tiap pihak, kan? Rezeki aku pada masa yg flexible, rezeki diorg pada fixed huge income. Rezeki kan pelbagai bentuk. Kesihatan semua tu rezeki. Berkajang pulak kalau nak senarai semua jenis rezeki kt sini.
Apapun aku cuma berlaku jujur atas apa yg aku rasa. Ni kan confession. Bukannya cerita teladan dibuat2, yg semuanya murni. Haha.
Sekiranya pendapat kita tak sama, aku minta maaf ya. We all awesome in our own way. :)
ii. Salah faham ‘tak payah belajar pandai-pandai’ pun tak ada masalah.
Nooooo. Tidak sama sekali. Aku ni grad cukup makan sebab memang dah tahap aku cmni. Selama aku study gila-gila, paling tinggi dapat capai pun gpa 3.35…
Kalau korang tu kepala memang pandai, atau boleh capai dekan tu capai lah! Banggakan mak abah korang! Aduhai.
Parents aku kalau boleh nak aku dekan tau. Tapi macamana teruk aku study hard pun tak dapat dekannya sebab dulu lemah maths. Huhu. English pun masa tu suam2 kuku. Start kerja kilang baru la kena marah kena sound hari-hari sebab bengap sampai naik biol.
Then baru la slowly jadi pandai… ingat senang? Ha.. tabah tak tabah jela.
Kisah-kisah berjaya survive di luar alam pengajian bukan tiket utk korang sambil lewa masa study. Okay? Lain la kepala korang lebih kurang aku jugak tu takpe lah. Moga sharing aku membantu lah self esteem korang tu.
Goodluck ~
Hadam dan buat. Salam Lebaran.
– Kak Lang – Yana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit