Hai IIUMC readers,
Rasa macam nak confess kat sini lepas aku baca confession mencari jodoh dari kaca mata lelaki.
Aku annisa (not my real name), umur 24 dan masih belum kahwin lagi.Nak kata cerewet tu mungkin,aku akan sambung dekat bawah ni.So sharing dari kaca mata aku, seorang wanita bujang yang bukan spesies hipster, stay low key dan dari kalangan geng perempuan yang sama spesies dengan aku.Cumanya aku takdelah pulak nak cakap aku baik, kalau nak ikut confession sebelum ni ciri-ciri yang dia cakap tu masih banyak aku kena usahakan..Anyway, ini ciri-ciri lelaki yang boleh turn off rasa untuk buat jodoh
1) TAK JAGA SOLAT
Solat lima waktu dan solat jumaat ni sangatlah dititiiberatkan kalau nak cari suami.Serious talk, hensem macam mana pun tak guna kalau tak solat.Sebab nanti yang nak jadi leader dalam family lelaki, kalau leader tak solat..habis satu family boleh jadi tak solat kalau dapat wife yang jenis solat tunggang langgang.Sepanjang tempoh aku belajar sampailah aku kerja sekarang,nak jumpa lelaki yang solat 5 waktu tu sangat rare.Macam mana aku tahu sebab kalau time belajar, aku oberve time ada program kolej.Kalau dekat pejabat pulak memang surau tu share jadi memang tau sapa solat sapa tak.Jadi kalau jumpa lelaki jaga solat 5 waktu pn dah cukup hensem kat mata aku,tak payah nak hensem macam Farid Kamil or sado macam Zul Ariffin.Angkat berat mampu angkat tangan nak solat paling kurang 5 minit macam mana tu?
2. BERKIRA
Berkira dalam definisi aku bukan lelaki yang jenis spent duit kat girlfriend dia atau sewaktu dengannya.Berkira nak bagi laluan masa dekat jalan raya,berkira dengan family,berkira nak tolong angkat pinggan kotor kat kedai makan ke..Sebab aku pernah jumpa a guy ni yang refuse nak tolong angkat pinggan kotor ke sinki kantin ni,alasan dia sebab dia dah bayar jadi dia deserve full service.Aku perati je,pada aku,kalau benda kecil macam ni pun berkira, nanti kau dah kahwin mesti kau expect wife kau buatkan semua..sebab kau rasa tu kerja orang perempuan.Dan kalau dengan family dia sendiri berkira..taktau nak cakap apa.
3.SUKA SELFIE DAN KOMEN DEKAT WALL PEREMPUAN CANTIK DI SOCIAL MEDIA
Aku perasan ramai yang confess pasal perempuan selfie and publickan socmed dia ni jenis attention seeker and kurang sesuai nak buat bini.Somehow aku setuju,tapi tahukah anda kaum Adam, untuk perempuan pun kami sangat alergi dengan lelaki kaki selfie.Sebabnya nampak narsistik and tak manly. Bab komen dekat wall/selfie perempuan cantik kat socmed, aku tau lelaki susah nak jaga mata,tapi kalau siap komen gatal tu, nampak sangat hidung belangnya.And jangan main2 dengan stalker skill seorang perempuan,silap hari bulan dia stalk profile korang and reject siap2 dalam list bakal laki dia.
4.TAK JAGA BATAS LELAKI PEREMPUAN
Oh yang ni memang spoil habis.Jenis tak tau nak respek orang dan senangnya nak pegang, bertepuk tampar lelaki perempuan ni memang rasa nak blacklist.Pada aku, kalau kau hormat pada seorang perempuan tu,kau tak kan sesuka hati nak sentuh,walaupun tangan sekalipun.Yang perempuan merelakan diri disentuh tu pun penyakit jugak tu.Walaupun zaman ni macam normal orang pandang benda tu siap kata sweet2 bagai, salah tetap salah.Sampai bila2 hukum Tuhan takkan pernah berubah
5.EMOSI DALAM PERTELINGKAHAN
Last but not least,lelaki emosi.Wanita memang diciptakan makhluk yang emosi dia lebih dari lelaki,sebab tu jugak hikmah wanita menjadi ibu sebab kemampuan nak menyayangi tu lebih kat kaum wanita.Tapi bab2 emosi macam fragile senang merajuk,marah or bebel tu pun kelemahan kami jugak.Jadi sebagai lelaki, aku harap tak sama naik ikut kalau perempuan tu marah dia pun sama naik suara jugak, contohnya.Sebab wanita senang hilang respek dengan lelaki emosi, itu sangat tak cool.Percayalah, ikut observation aku dengan surrounding which family and friends, lelaki yang jenis cool ni kami lebih respek dan takut kalau dia sekadar jeling maut je pun dah rasa macam nak cabut lari.
Dalam pada aku confess ni, aku sedar manusia memang datang dengan kelemahan.Maybe tak semua ciri yang aku list kan ni bakal laki aku takde, tapi tak salah kalau kita,tak kira lelaki atau perempuan, berusaha jadi yang lebih baik.Sebab aku percaya dan pegang perempuan baik tu layaknya dengan lelaki yang baik,kecuali Allah uji sebab dia tahu hamba-Nya layak dengan ujian yang diberikan.
– Annisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit