Ciri-ciri Narcissist

Assalamualaikum hai… Aku nak share story tentang lelaki yang aku boleh katakan narcissist. Dia seseorang lelaki yang aku kenal baru jer beberapa bulan. Aku boleh je terima dia tapi aku perlukan masa untuk menerima juga…

Sebelum tu korang baca dulu apa yang aku hadapi ni dan fahami nanti berilah pendapat dan pandangan korang okey diruangkan komen.

Yes orang akan kata aku ni bodoh boleh terima dia dalam hidup sebab narcissist apa yang aku tahu dia adalah sebahagian daripada mental health isu.

Aku banyak tanya doctor yang berkaitan dengan psychology berkaitan dengan narC, dan banyak buat research tentang NarC ni dan sekarang masih belum temukan lagi jalan penyelesaiannya lagi.

Aku namakan dia ni Leo (bukan nama sebenar). Okey Leo ni membuatkan aku banyak makan hati apatah lagi terasa hati.

Haaaa direct terus dekat sini, nak direct depan Leo nanti jadi lain pula. Aku rasa itu normal je lagi sebab dalam proses mengenali macam-macam perangai akan keluar yang tak disangka. Ehhh betul ke?..

Aku pula jenis love to be real. Jadi diri sendiri aku seorang yang tegas pun aku terus terang tapi bila kenal dengan Leo aku dah belajar tentang apa itu tipu sunat.

Leo pula ada character- character yang macam okeylah dia baik, Caring, selalu ambik berat pasal aku, dan Leo bagi aku dia tak pandai nak nasihatkan orang.

Aku pernah je share story yang melibat diri aku dekat Leo. Masa tu aku pula betul-betul perlukan nasihat dan Leo cuma kata “dia cuma sekadar boleh jadi pendengar je”.

Aku rasa macam Hermmm tak pelaaa. Punya panjang lebar aku cerita itu je dia balas… Hahahha. Cuma dia cakaplah teruskan bersabar.

Aku pun pernah dengar kata-kata dari seorang pakar motivasi. Beliau kata “nak cari jodoh bagi perempuan perlulah cari 2 sahaja iaitu yang beragama dan juga Berakhlak”.

Mula-mula Leo berkenalan dengan aku, Leo ni dah jujur yang dia ni sejenis yang tak solat. Kenal aku barulah dia mula berubah sikit-sikit. Akulah yang selalu ingatkan dia tentang solat apa semua.

Aku pun bukan seorang yang baik yea, dalam proses juga untuk berubah menjadi lebih baik. Pada aku okey jer kalau sama-sama nak berubah.

Aku pernah juga cakap dekat Leo. Yang perhubungan ini kerana Allah. Dalam proses aku kenal dengan Leo, selalu aku cakap dan bagi nasihat yang “kita ada Allah jangan mengharapkan apapun dari manusia lebih dan cuma berharap pada Allah SWT je”.

Tapi makin lama makin banyak aku kenal sisi lain diri Leo ni sebenarnya. Sebabtu aku kaji sebab banyak membuatkan aku tertekan dan bermain dengan mental aku juga.

Kita tak tahu kan niat seseorang, apatah lagi kita nak menghukum. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat suka menghukum.

Pada mulanya aku sedar Leo cepat sangat triggerd dengan perbuatan aku. Contohnya aku pergi bermain badminton dengan anak saudara dan ada jugalah kawan-kawan lelaki anak saudara aku, dia chop aku ni gatal nak mengorat.

Yela court badminton of course ramai lelaki ada dekat sana. Akupun bukan sorang je perempuan dekat sana. Kami ada group geng perempuan tu sendiri.

Dan aku cuba explain untuk perbetulkan keadaan dengan aku cakap, “kawan-kawan anak saudara semua bawah umur dan terus terang jugaklah kami ada group perempuan yg bermain badminton juga”. Sebab aku ni dah masuk 30an.

Memanglah ada je yang nak mengorat tu. Tapi dalam hati aku selalu cakap aku dah ada dia. Aku nak jadi seorang yang setia dekat dia.

Adakalanya aku kene manipulate sebab nak menafikan sesuatu keadaan jadi makin teruk. Nak seronok nak enjoy rasa macam tergugat jugaklah tak senang nak buat apa pun. Sebab semuanya kena update. Pergi dengan siapa, buat apa, makan apa, dekat mana.

Aku okey je semua mula-mula tu, tapi disebabkan dia mula sarcastic mula perli aku rasa self down juga. And adakalanya gurauan dia mesti melibatkan lelaki lain dalam conversation padahal aku tak de sesiapa yang aku kenal pun. Dia yang mencipta perkara tu sedangkan aku tak buat.

Sakit woooooooo. Macam mana nak develop trust tu sedangkan dia asyik bermain dengan kata-kata tu sedangkan diri dia sendiri yang tak suka. Walaupun tak bijak tapi at least jadi seseorang yang ada common sense.

Aku terus terang cakap tak suka dengan apa yang dia kata tu. Dia balas cakap semua itu gurauan pula. Padahal aku dah terasa dan sakit hati mampu diam je.

Seterusnya dia macam tak da common sense seolah-olah aku cuma kena faham dia je. Leo selalu cakap “aku ni ada hati dan ada perasaan juga” on behalf diri sendiri. Lagi-lagi bila aku buat silap abaikan dia lagilah kata-kata tu macam dah biasa bermain dalam conversation kami.

Habis aku ni apa?!!! Sekadar perempuan je yang tak de hati perasaan ke macam tu?. Robot?.. ni kalau aku bersuara pasal ni, mulalah argue dengan dia, aku sendirilah kena fix.

Akulah yang mula kene mintak maaf lepastu Leo react macam dia tak de buat masalah, padahal puncanya datang dari dia juga. Apa yang aku baca tentang narC ni aku cuma perlu berlawan dengan diam je.

Tapi betul juga. Sebab bila aku nak cuba perbetulkan Leo asyik cakap seolah dialah mangsa (Play victim) dan aku ni macam kejam sangat buat dekat dia. Bila aku mintak maaf dia ungkit lagi perkara yang lepas.

100 kali minta maaf pun tetap dia tetap akan membebel. Marah aku macam dia tu dah sakit sangat. Betul betul aku call ambulance karang baru tahu. Hahaha.. Aku pula yang kene pujuk diri aku sendiri. So aku tak boleh nak defensive juga sebab membuatkan keadaan jadi lebih keruh.

Bila seharian aku tak chat dia, mulalah dia guna kata-kata “dia ni bukan sesiapa” & “dia ni tak pentinglah” dan bla bla saja aku busykan diri tak nak layan dialah. Walaupun dengan nada lembut ia boleh buatkan selalu rasa serba salah. Aku pun banyak perkara nak kene buat selain layan drama diri dia tu.

Lepastu dia selalu cakap aku yang nak mulakan pergaduhan macam “mula la tu nak cari gaduh.” Hermmmm dan aku ni diam jela lepas sesudah keadaan tu kembali tenang,

Aku mulakan balik macam conversation seolah-olah perkara tu tak pernah berlaku dan diri dia tak pernah salah. Dan aku dah biasa buat dia menang. Haaaaa korang cakap perempuan je selalu nak menang kan?. Hadap NarC people lah baru tahu.

Kuat ingatan dia nak mengungkit benda yang dah. Kalau aku buat silap sikit habis semua perkara di munculkan balik.

Tapi dia pandai mainkan peranan juga untuk jernihkan keadaan supaya aku berbalik semula dengan dia. Dia pun baran sebenarnya cuma dia pandai ada masa dia jadi mulut manis, pandai ambik hati balik untuk berbaik.

Aku pula seorang wanita yang kasar, fuhhh memang banyak masalah yang timbul. Adakalanya aku berlembut juga sebab nak jaga hatikan tak nak gaduh lagi. Aku cuba berubah sebab Leo sendiri cakap yang berkasar dengan suami tu boleh jadi dosa besar. Betullah aku tahu tu.

Aku tak pernah mencarut pun dekat dia cuma ada satu masa tu aku sedikit stress dia call aku cakap “nak apa lagi” dengan nada yang tinggi sikit lah tertekan high pitch pula. Adoiii tengah stress tambah lagi masalah. Itulah aku hadap. Hari hari boleh jadi gaduh sensetive sangat.

Leo pernah tanya aku “kenapalah dia mudah sangat nak jatuh cinta dan mudah terima seseorang dalam hidup dia”.

Aku nak je dia tahu yang “rasa cinta tu Allah yang bagi, jangan salahkan takdir dengan apa yang jadi. Kesilapan dan kesalahan tu adalah pilihan sendiri. Jangan salahkan takdir. Dia pun ada cakap ” dia tak boleh dengan orang lain, sebab dengan aku jer boleh buat dia berubah”.

Sekarang aku nak tanyalah juga pendapat masing-masing warga iiumc ni sebab sekarang aku dalam dilema, dalam keadaan aku nak mengenali Leo ni. Apa yang aku patut buat? Patut aku tinggalkan dia atau aku kena tunggu dan bantu dia pulih.

Aku memang buntu sangat sekarang ni sebab Leo memang memenuhi ciri-ciri narcissist. Sebab aku takut in long term relationship jadi makin teruk.

Sejujurnya aku cuma ada Leo je yg aku kenal sekarang ni. Sama ada aku perlu bertahan sampai dia sembuh atau aku seharusnya pergi? Apa pendapat korang? Adakah narcissist ni boleh sembuh?

– Tiqa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Nak baca your confession sampai habis pun malas sebab bf you banyak sangat red flag. Angkat kaki sister, leave him! Buat apa la serabutkan otak nak berkawan dengan orang macam tu..baru kawan dah serabut, kalau kahwin nanti macam mana? Just move on sis, kumbang bukan seekor.

  2. Pernah hadap kawan camni. Penat ehhh even kwan je. Cam sis ni baru kwan sis da byk makan hati. N byk telan je kan ape yg die buat. Blum kawen lg. Fkir dlm2 dlu. Buat istiharah.

  3. Seriously orang macam ni tak kan berubah. Kau doa lah sampai sepuluh tahun pun! Manipulatif! Tolong lah cari orang yang boleh sayang dan terima kau seadanya. Kalau kahwin dengan orang macam ni, sepuluh, dua puluh tahun macam ni nak hidup bersama? Ehhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *