Assalamualaikum.Terima kasih admin.Berbalik pada tajuk di atas.Introvert. Apa yang korang tahu pasal golongan introvert?Bagi saya,golongan introvert ni adalah golongan yang hanya bersosial,bermesra dengan orang yang tertentu saja.Mereka boleh diklasifikasikan sebagai seseorang yang pemalu,nampak sombong dan mementingkan diri sendiri tapi hakikatnya tidak dan seseorang yang tidak suka berhadapan dengan risiko.Siapa rasa dia adalah seorang introvert? Nak tahu betul ke tak korang golongan introvert?Baca ni.
CIRI-CIRI ORANG INTROVERT
1)tak suka berbual kosong /berbual perkara yang remeh.
Orang introvert ni suka berfikir.Jadi,mereka hanya akan berbual hal-hal yang berat macam teori,idea,kehidupan.Pendek kata,hal-hal yang boleh meransang minda diorang untuk terus berfikir sampai ke lubang cacing.Tapi,kalau diorang terpaksa terlibat dengan perbualan remeh,diorang akan menjadi pendengar yang baik dan mereka tak akan terlibat dengan perbualan tersebut kalau tak perlu.
2)Bukan anti sosial tapi seorang yang selektif
Orang introvert cenderung untuk bersosial hanya dengan kawan baik dan ahli keluarga sahaja.Mereka akan mengenali seseorang dengan mendalam sebelum menjadikan orang tersebut sebagai kawan baik mereka.
3)Suka memerhati
Mereka suka memerhati sesuatu benda,sesuatu kawasan/tempat,sesuatu keadaan dan seseorang dengan teliti.Lepas tu diorang akan mula meransang otak diorang untuk fikir mengenai pemerhatian dia tu.Fikir, lepastu jawab sendiri.
4)Akan banyak berfikir sebelum bercakap
Orang introvert sangat berhati-hati apabila nak bercakap.Mereka akan berfikir dulu kesan daripada percakapan yang akan diucapkan.Dan sekiranya mereka perlu terlibat dengan perbalahan,mereka akan cuba sedaya upaya untuk menang tapi akhir sekali mereka akan mengalah juga sebab tak suka menimbulkan masalah.
5)Sahabat dan kekasih yang setia
Oleh sebab orang introvert ni sangat memilih dalam soal bersosial,mereka cenderung untuk jadi sahabat dan kekasih yang setia sebab agak sukar bagi dia untuk mencari kawan atau kekasih yang baru.Bagi mereka,apa pun kekurangan sahabat atau kekasih,mereka perlu terima juga.Mereka lebih rela terima kekurangan sahabat atau kekasih diorang dari pada cari yang baru.
Siapa rasa ciri-ciri di atas ada yang terkena pada sifat diri dia,mungkin korang seorang yang introvert.Saya pun seorang introvert.Kadang-kadang orang tak nak kawan dengan orang introvert.Yelah,kita ni pendiam,tak banyak cakap.Bila orang cakap dengan kita,kita tak bagi respon pun.Bukan tak nak respon,cuma tak tahu apa nak respon je.Sepatah orang tanya,sepatah juga kita jawab.Nak buat macam mana,dah memang sifat kita dijadikan macam tu.Sedih.Tak apa lah,semua yang Allah ciptakan ada hikmah.Kalau kita bersabar mesti Allah akan tunjukkan hikmahnya satu hari nanti.Insya Allah.
– MYRA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit