Ciri-ciri Penulis Facebook

sekarang aku nampak ramai yang menggunakan facebook sbg medium utk meraih popularity, likes dan followers. ni nk describe ciri2 penulis facebook yang aku nampak. ciri positif byk.. tp yg ni aku nk highlight yg negatif sahaja..

1) kemaruk likes dan followers
yang ni senang je nak detect. semua benda dia nak update. kadang2 information org lain pun dia akan copy&paste. memanglah dia akan letak #copypaste kat hujung article/penulisan. tp kalau ramai org share keluarlah share tersebut dari facebook dia. maka akan ramai lah yang follow dia. itulah yg dia mahukan.

2) humble-brag
ni kdg2 aku baca nk gelak ada.. kesian pun ada. contohnya dia tulis dia ni memang dari keturunan suka bersedekah. dari bapak, mak dan membawa ke anak. semua suka bersedekah. kdg2 dia share percutian mewah ke.. tapi dia akan tulis dia seorang yg humble sebenarnya.. yg tak suka nak menunjuk tp perkongsian ini sbg pedoman atau supaya menjadi contoh yang baik kpd org lain. semua sikap yang baik atau perkara yang baik akan menggunakan diri sendiri atau keluarga sendiri sbg contoh tauladan. kemudian kata.. aku menulis bukan kerana nama…tapi sbg medium menyampaikan kebaikan kpd org lain..

3) tak boleh tgok penulisan org lain lebih baik.
yang ni contohnya dia kebetulan menulis topic yang sama dgn org tersebut. dia tak puas hati tgok penulisan org tu lg baik dan lengkap. makanya, dia pun tulis lg dgn tujuan utk counter back apa yg org tu tulis. tp dgn ayat yg berbunga2 lah. tak nak tunjuk yang dia dengki sebenarnya. tapi dia lupa pembaca biasanya bijak menilai.

4) menulis fakta yang di auta
mcm aku ckp td sbb dia terlampau taksub dengan penulisan sendiri. sebarang maklumat dia syok sendiri yang dia sorang je tulis yang betul. kalau org lain tulis topik yg sama dia akan kata org tu tak bg fakta yang betul.. maklumat yg kurang tepat… jgn percaya.. tp guna ayat yg canggih lah. tak nak menunjukkan yg dia sebenarnya iri hati dgn org lain.

5) menulis utk menjatuhkn org lain.
kesian dgn org mcm ni. niat menulis untuk menyindir org lain. dia terlupa walaupun dia guna perkataan yang bombastik, tapi kalau tujuan menulis sudah berniat tak baik, penulisan tersebut tetap akan bebaur negatif. paling aku tak boleh nak terima sehingga menggunakan ayat2 quran dan tafsir biasanya di ambil dari google lah supaya sindiran itu nampk baik dan lebih islamic padahal niatnya nak menyindir org!

6) gigih.
yg ni bagus sebenarnya. tapi kalau terlalu obses utk mengejar likes makanya dia akan sebok mencari maklumat sehingga memudaratkan diri sendiri. contohnya sbb nak jadi org terunggul share sesuatu info macm pandu arah ke.. dia sanggup susah payah sehingga menyusahkan dan memudaratkan diri sendiri.

setakat ini lah dulu.. aku pun kesian kalau jumpa org2 berciri kat atas ni. jgn terlalu obses dgn likes dan followers smpai lupa pd sikap ihsan, hormat menghormati sesama kita.. jgn suka mengata dan menjatuhkan org lain.. berlapang dada lah dgn kelebihan org lain dan saling menyokong bukannya menjatuhkan! bukan dpt apa.. dpt dosa lg ada.. gunakanlah ke jln yg baik utk menyebarkan dakwah dan kebaikan dgn ikhlas.. Edit

– lala

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit